SOP Terkini Pelitup Muka Di Tempat Awam & Sekolah KPM

SEMAKAN SEMULA SOP PELITUP MUKA DI TEMPAT AWAM & SEKOLAH KPM

Kementerian Kesihatan, Khairy Jamaluddin, telah membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka setelah menerima syor daripada pakar mengenai keperluan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SOP Pemakaian Pelitup Muka berkuatkuasa 7 September 2022.

SOP Terkini Pemakaian Pelitup Muka Berkuatkuasa 7 September 2022

KKM ingin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) kini adalah atas pilihan (optional).

Walau bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.

Selain itu orang ramai AMAT DIGALAKKAN memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan.

Pemakaian pelitup muka masih DIWAJIBKAN bagi situasi berikut:
i) Kes positif COVID-19;
ii) Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah; dan
iii) Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya.

KKM juga AMAT MENGGALAKKAN agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutamanya apabila:
i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung membeli belah dan rumah-rumah ibadah;
ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
iii) Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan
iv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Keperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan sekiranya:
i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak;
ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
iii) Individu berisiko tinggi; dan
iv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Untuk melihat senarai penuh SOP terkini yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sila rujuk lampiran di bawah:

Tarikh Berkuatkuasa

Protokol baharu ini akan MULA BERKUAT KUASA SERTA MERTA PADA HARI INI, 7 SEPTEMBER 2022.

KKM akan terus memantau situasi COVID- 19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima bagi memastikan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi COVID-19.

Kelonggaran yang diberikan ini bukanlah bermakna orang ramai boleh memandang ringan risiko jangkitan COVID-19.

Sumber: Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

KEPERLUAN PEMAKAIAN PENUTUP MUKA DI SEKOLAH & PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KPM

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing susulan pengumuman ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Bagaimanapun beliau tetap mengalakkan pemakaian pelitup muka di dalam kawasan sekolah khususnya ditempat yang ramai orang.

Berikut kenyataan media berkaitan Semakan Semula Keperluan Pemakaian Pelitup Muka Di Premis Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

SEMAKAN SEMULA KEPERLUAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) merujuk kepada kenyataan media Menteri Kesihatan Malaysia bertarikh 7 September 2022 berkaitan semakan semula keperluan pemakaian pelitup muka.

Mengambil kira sesi persekolahan penggal 3 bagi Sesi Akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 11 September 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 12 September 2022 bagi negeri Kumpulan B , KPM ingin memaklumkan bahawa pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam bangunan ( indoor ) dan di luar bangunan ( outdoor ) atau kawasan terbuka di kawasan institusi pendidikan adalah mengikut pilihan individu.

Walau bagaimanapun, KPM menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam kawasan institusi pendidikan khususnya di kawasan ramai orang dan sesak.

Bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema, pemakaian pelitup muka semasa di dalam bangunan ( indoor ) kawasan institusi pendidikan adalah diwajibkan, manakala pemakaian pelitup muka di luar bangunan ( outdoor ) kawasan institusi pendidikan pula adalah amat digalakkan.

Bagi individu yang dikesan positif COVID – 19 semasa berada di institusi pendidikan atau asrama, mereka diwajibkan memakai pelitup muka semasa dirujuk ke Pusat Penilaian COVID – 19 ( CAC ) atau fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan penilaian kesihatan.

Di samping itu, murid diwajibkan memakai pelitup muka semasa menaiki bas / van sekolah atau perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e – hailing.

Ketetapan ini turut terpakai untuk semua institusi pendidikan bawah KPM serta disarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Sumber:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
10 September 2022

Baca juga: Takwim Persekolahan KPM Sesi 2022/2023 & Cuti Penggal

Bantu kami share artikel ini: