SOP BAGI MEREKA YANG HILANG STATUS LENGKAP VAKSIN
Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, serta penerima Sinovac 18 tahun ke atas perlu ambil dos penggalak bagi status vaksinasi lengkap sebelum 1 April 2022 ini, katanya dalam siaran langsung sidang media KKM terkini.
Kementerian Kesihatan telah melanjutkan tempoh masa bagi penerima vaksin Sinovac, di mana sebelum ini, individu terbabit perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 28 Februari bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka.
“Sekiranya tidak berbuat demikian, status anda akan berwarna putih pada Mac ini dan dianggap tidak divaksin sepenuhnya di MySejahtera”.
Individu ini juga tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan penerima dos lengkap vaksin COVID-19.
Berikut dikongsikan SOP bagi individu yang hilang status ‘Lengkap Vaksin’ di MySejahtera kerana tidak mengambil dos penggalak.
Kumpulan Individu Yang Akan Kehilangan Status Vaksinasi Lengkap
Bermula 1 April 2022, berikut adalah kumpulan individu yang akan kehilangan status vaksinasi lengkap:
- Semua penerima vaksin Sinovac dan Sinopharm berusia 18 tahun dan ke atas; dan
- Penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas
Bagaimanapun, maklumat sejarah vaksin primer yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera masih kekal.
SOP Yang Ditetapkan Jika Hilang Status Lengkap Vaksin
- Masih boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan ke atas individu yang telah menerima vaksinasi lengkap seperti:
- dine-in di restoran
- memasuki pusat beli-belah
- pergi ke tempat kerja
- memasuki rumah ibadat
- Pengembara dari luar negara yang akan memasuki Malaysia, mereka perlu mengikut SOP yang ditetapkan iaitu – hanya pengembara yang telah menerima vaksinasi lengkap (lengkap vaksinasi dos primer dan penggalak) dibenarkan memasuki premis-premis tersebut
Pemakluman SOP terbaharu ini bagaimanapun, bukan bermaksud penerima Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin 60 tahun ke atas tidak perlu mendapatkan dos penggalak.
Sehubungan itu, KKM menasihatkan dan menggalakkan individu yang belum menerima dos penggalak supaya mendapatkannya segera.
Baca juga:
- Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In
- Pendaftaran Program Vaksinasi Dari Rumah Untuk Warga Emas – KKM
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media KKM sepenuhnya di bawah: