Solat Fajar: Niat & Panduan Menunaikannya
Daripada Aisyah R.anha, bahawa Nabi SAW bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: Dua rakaat sunat fajar itu lebih baik daripada dunia dan segala apa di dalamnya. – Hadis riwayat Muslim
Berdasarkan hadis ini, kita dianjurkan untuk mengerjakan solat fajar dua rakaat untuk mendapatkan ganjaran yang besar.
Solat sunat ini dikategorikan oleh ulama sebagai salah satu solat sunat rawatib yang mengiringi solat fardu, iaitu solat fardhu subuh.
Jom baca panduan yang dikongsikan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara pelaksanaannya.
BACA JUGA: Solat Sunat Rawatib: Niat & Panduan Solat Sunat Ba’diyyah & Qabliyyah
Solat Fajar
Solat fajar adalah solat sunat dua rakaat yang ditunaikan pada waktu subuh sebelum mengerjakan solat fardhu subuh.
Waktu mengerjakan solat ini adalah apabila bermulanya waktu fajar atau subuh adalah setelah terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq) dan berakhir apabila terbitnya matahari.
Diriwayatkan oleh Abd al-Razaq, Sabda Nabi SAW:
لَا صَلَاةَ بَعْدَ طُلُوعِ اَلْفَجْرِ إِلَّا رَكْعَتَيْ اَلْفَجْرِ
Maksudnya: Tidak ada solat selepas terbitnya Fajar melainkan dua rakaat (Sunat) Fajar. – Bulugh al-Maram (28)
Panduan Menunaikan Solat Fajar
Cara menunaikan solat sunat ini adalah sama seperti menunaikan solat sunat 2 rakaat yang lain seperti solat sunat qabliyyah.
Anda boleh rujuk panduan di bawah dengan lebih jelas.
Rakaat Pertama
1. Berdiri tegak dan menghadap kiblat.
2. Niat.
Lafaz niat solat fajar adalah seperti berikut:
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala.
3.Takbiratul ihram.
Menyebut الله أكبر sambil mengangkat tangan.
4. Membaca Surah Al-Fatihah diikuti surah pilihan.
5. Rukuk.
Bacaan semasa rukuk adalah:
6. Iktidal.
Setelah rukuk, bangun dan bacalah:
7. Sujud.
Bacaan semasa sujud adalah:
8. Duduk diantara dua sujud.
Bacaan antara dua sujud adalah:
9. Sujud kali kedua.
Bacaan semasa sujud adalah:
10. Berdiri tegak semula untuk rakaat kedua.
Rakaat Kedua
1. Mulakan rakaat kedua dengan lafaz takbir (Intiqalat) – Menyebut الله أكبر
2. Membaca Surah Al-Fatihah diikuti surah pilihan.
3. Rukuk.
Bacaan semasa rukuk adalah:
4. Iktidal.
Setelah rukuk, bangun dan bacalah:
5. Sujud.
Bacaan semasa sujud adalah:
6. Duduk diantara dua sujud.
Bacaan antara dua sujud adalah:
7. Sujud kali kedua.
Bacaan semasa sujud adalah:
8. Duduk tahiyat akhir.
Bacaan semasa tahiyat akhir adalah:
9. Memberi salam.
Palingkan wajah ke arah sebelah kanan, dan ucapkan:
Kemudian, palingkan wajah ke arah sebelah kiri pula dan ucapkan sekali lagi:
Selesai.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda!
RUJUKAN:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1783-bilakah-ditunaikan-dua-rakaat-fajar