SMART Lane – Cara Guna, Lokasi – Hari Raya Aidilfitri 2025

smart lane hari raya diskaun tol
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Isu kesesakan lalu lintas bukanlah satu perkara yang asing lagi di Malaysia terutamanya apabila tiba musim perayaan atau cuti panjang. 

Untuk mengatasi masalah ini, PLUS Malaysia Berhad telah memperkenalkan SMART Lane sebagai inisiatif inovatif untuk menyuraikan trafik dan menambah kapasiti lorong di lebuh raya, terutamanya pada waktu-waktu puncak. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai lorong SMART ini. 

BACA JUGA: Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) – Tarikh Bayaran / Semakan

Apa itu SMART Lane?

SMART LANE  adalah pengaktifan Lorong paling kiri di Lebuhraya PLUS di beberapa laluan kritikal di lebuh raya bertujuan menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan terbabit dan dilaksanakan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan.

Ia diperkenalkan pertama kali pada 2019 di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan kini diperluaskan ke lokasi lain sepanjang lebuh raya PLUS. 

Sistem ini bukan sekadar membuka lorong kecemasan secara rawak. Ia melibatkan perancangan teliti dan pemantauan berterusan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya. SMART Lane diaktifkan di lokasi-lokasi strategik yang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang sering mengalami kesesakan kritikal.

Sehingga tahun ini, PLUS Malaysia Berhad telah mengembangkan penggunaan SMART Lane ke lebih banyak lokasi, menunjukkan keberkesanan sistem ini. 

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), lebih 70% pengguna jalan raya yang telah menggunakan lorong SMART bersetuju bahawa sistem ini berkesan dalam mengurangkan kesesakan.

Walau bagaimanapun, penggunaan lorong ini memerlukan kerjasama dan kesedaran daripada semua pengguna jalan raya. 

Terdapat beberapa insiden di mana pemandu yang tidak tahu tentang sistem ini telah menegur atau mengganggu kenderaan yang menggunakan lorong SMART.

Jom tengok infografik di bawah:

@plusmalaysiaberhad

Ha! Korang tahu tak apa itu SMART LANE?🤔 Pernah guna tak? 🤨 Jom layan video ni untuk tahu apa itu SMART LANE dan tips penggunaan SMART LANE 😁 Kalau dah tahu, pastikan anda amalkan pemanduan berhemah seperti berikut:- 🚗 Patuhi lorong secara konsisten dan elakkan kerap menukar lorong. 🚗 Patuhi had laju dan memberi kerjasama demi menjamin keselamatan kenderaan-kenderaan lain. 🚗 Rancang penukaran lorong dengan berhati-hati apabila menghampiri penghujung laluan ‘SMART LANE’. #PLUS_Safety #PLUS_Comfort #SMARTLANE #TBC2024

♬ original sound – PLUS2u – PLUS2u

Pihak PLUS sehingga kini masih aktif berkongsi mengenai lorong ini untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang sistem ini.

BACA JUGA: Kamera AwAS: Senarai Lokasi Speed Trap JPJ Terkini

Penambahbaikan 

Antara penambahbaikan yang dilaksanakan di laluan Smart Lane adalah papan tanda elektronik mudah alih (MPVMS) diletakkan di permulaan laluan SMART Lane.

Papan tanda mula akan dilengkapi dengan kerlipan lampu hijau (Green Flashing Light) sebagai indikasi laluan Smart Lane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi yang tertentu.

Selain itu, PLUS juga menambah papan tanda peringatan dalam selang jarak 500 meter sehingga tamat laluan di lokasi Smart Lane yang telah dikenal pasti.

@plusmalaysiaberhad

Smartlane for smart driver 😁 Apa-apa pun berhati-hati di lebuh raya dan patuhi papan tanda keselamatan.. ☺️ Dapatkan info pengaktifan smartlane di Twitter plustrafik 😁 #plus #smartlane #plusmalaysia #newyear

♬ Cradles – Sub Urban

Waktu Pengaktifan Smart Lane Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, PLUS Malaysia Berhad akan mengaktifkan 28 lokasi Smart Lane di sepanjang Lebuhraya PLUS sebagai salah satu inisiatif untuk menyuraikan trafik dan menambah kapasiti lorong di lebuh raya.

Sentiasa amalkan pemanduan berhemah ketika menggunakan lorong SMART untuk memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.

smart lane hari raya diskaun tol

Muat turun aplikasi PLUS atau layari pautan berikut untuk mengetahui lokasi, tarikh dan masa pengaktifan Smart Lane di Lebuhraya PLUS sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini https://shorturl.at/NP7U6

NOTA: Jumlah lokasi lorong yang diaktifkan boleh berubah bergantung kepada keadaan trafik dan keperluan semasa. PLUS sentiasa menilai dan menyesuaikan penggunaan untuk memastikan kelancaran trafik di lebuhraya.

Lokasi SMART Lane Yang Diaktifkan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

Berikut ialah senarai lokasi SMART lane yang diaktifkan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025:

Wilayah Utara

BilLokasiJarak Smart Lane
1Bertam ke Sungai Dua (KM120.6 hingga KM125.0 Arah Selatan)4.4KM
2Bukit Tambun hingga Plaza Tol Juru (KM150.4 hingga KM146.4 Arah Utara)4.0KM
3Hentian Sebelah Sg. Bakap hingga Jawi (KM159.3 hingga 162.7 Arah Selatan)3.4KM

Wilayah Tengah

BilLokasiJarak Smart Lane
1Gua Tempurung hingga Gopeng (KM303.2 hingga KM297.0 Arah Utara)6.2KM
2Slim River hingga Sungkai (KM367.3 hingga KM354.0 Arah Utara)13.3KM
3Sungkai ke Slim River (KM354.0 hingga KM356.0 Arah Selatan)2.0KM
4Kawasan Rehat & Rawat Rawang hingga Sg. Buaya (KM439.5 hingga KM435.5 Arah Utara)4.0KM
5Hentian Sebelah Rawang hingga Rawang (KM437.1 hingga KM443.3 Arah Selatan)6.2KM
6Setia Alam ke Shah Alam (KM4.3 hingga KM8.1 Arah Selatan)3.8KM
7Shah Alam hingga Setia Alam (KM8.4 hingga KM7.0 Arah Utara)1.4KM
8Susur Keluar Petron, NKVE hingga Subang (KM11.2 hingga KM13.3 Arah Utara)2.1KM
9Nilai hingga Kawasan Rehat & Rawat Seremban (KM280 hingga KM276 Arah Selatan)4.0KM
10Putra Mahkota ke Southville (KM289.6 hingga KM296.2 Arah Utara)3.2KM
11Southville ke Putra Mahkota (KM295.3 hingga KM289.5 Arah Selatan)4.0KM
12Restoran Jejantas Arah Utara hingga Seafield (KM8.2 hingga KM4.5 Arah Utara)2.8KM
13Bandar Saujana Putra hingga Putra Heights (KM16.3 Arah Utara)3.1KM
14Putra Heights ke Bandar Saujana Putra (KM13.8 hingga KM15.1 Arah Selatan)1.9KM
15Susur masuk dari Lebuhraya MEX ke Putrajaya – Cyberjaya500 Meter
16[Putrajaya – Putrajam]** (KM P3.0 – KM 4.0 Arah Timur)1.0KM

Wilayah Selatan

BilLokasiJarak Smart Lane
1Port Dickson hingga Seremban (KM259.6 hingga KM263.1 Arah Utara)3.1KM
2Ayer Keroh hingga Hentian Sebelah Kg. Bemban (KM194.5 hingga KM184.0 Arah Selatan)10.5KM
3Sedenak hingga Kulai (KM34.0 hingga KM27.0 Arah Selatan)7KM
4Senai hingga Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 Arah Utara)8KM
5Kulai hingga Senai (KM27.0 hingga KM19.0 Arah Selatan)8KM
6Dato’ Onn hingga Pasir Gudang (KM4.5 hingga KM1.9 Arah Selatan)2.6KM
7Pandan hingga Kempas (KM0.4 hingga KM6.0 Arah Utara)5.4KM
8Pedas Linggi hingga Senawang** (KM244 hingga KM248.5 Arah Utara)4.5KM
9Tangkak hingga Jasin** (KM174 hingga KM180.2 Arah Utara)6.2KM

Nota: Lokasi Baru ditandakan dengan (**).

smart lane hari raya 2025

Cara Guna SMART Lane

Penggunaan lorong SMART memerlukan pematuhan pada beberapa garis panduan asas, iaitu:

1. Perhatikan papan tanda

SMART Lane ditandakan dengan papan tanda berwarna kuning yang besar. Anda akan melihat papan tanda “SMART Lane Mula” di permulaan dan “SMART Lane Tamat” di penghujungnya. Sepanjang laluan, papan tanda peringatan diletakkan setiap 500 meter. 

2. Tunggu isyarat pengaktifan

PLUS telah menambah lampu hijau berkelip setiap 1 kilometer untuk menandakan bahawa SMART Lane telah diaktifkan. 

3. Masuk dengan berhati-hati

Sebelum memasuki SMART Lane, beri isyarat awal dan tukar lorong dengan berhati-hati. 

4. Pandu dengan selamat

Setelah berada di lorong ini, pandulah pada kelajuan yang sesuai (60km/h) dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Pastikan jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan. 

5. Berwaspada dengan kenderaan lebar

Memandangkan lorong ini menggunakan lorong kecemasan sedia ada, ia mungkin agak sempit. Berhati-hati dengan kenderaan besar di lorong bersebelahan. 

6. Keluar di penghujung

Apabila anda melihat papan tanda “SMART Lane Tamat”, bersedia untuk keluar dari lorong tersebut. Beri isyarat awal untuk tukar ke lorong perlahan. 

NOTA: 

  • Gunakan hanya semasa kesesakan: Lorong SMART ini bertujuan untuk digunakan semasa kesesakan trafik. Jika jalan raya tidak sesak, adalah lebih baik untuk menggunakan lorong biasa. 
  • Ingatlah bahawa penggunaan lorong ini hanya dibenarkan di lokasi dan waktu operasi yang telah diumumkan oleh PLUS

Rujuk video berikut untuk info lebih terperinci mengenai cara menggunakan SMARTLane:

Maklumat Lanjut

Bagi pengguna yang ingin maklumat lanjut atau rujukan masa nyata, sila muat turun aplikasi PLUS atau layari laman rasmi PLUS di pautan berikut: https://www.plus.com.my/ 

Jangan lupa ikuti media sosial rasmi PLUS untuk dapatkan info terkini dengan lebih mudah:

Dengan pemahaman dan kerjasama semua pihak, SMARTLane mampu memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik kepada semua. Akhir kata, pandulah dengan bijak dan sila patuhi peraturan jalan raya. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut