Skyview Hot Air Balloon : Lokasi, Harga Tiket dan Waktu Operasi

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kerajaan negeri Melaka bakal melancarkan satu lagi produk pelancongan terbaharu iaitu Skyview Hot Air Balloon.

Dengan tarikan serba unik ini, orang ramai berpeluang untuk menaiki belon udara panas dan melihat panorama bandar Melaka pada waktu petang dan malam pada ketinggian 200 kaki di udara.

Pelancaran Skyview Hot Air Balloon ini juga merupakan bukti komitmen kerajaan negeri Melaka untuk terus memperkukuh sektor pelancongan.

Ia juga bertepatan dengan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) yang bakal berlangsung pada September tahun ini serta Tahun Melawat Melaka yang dilanjutkan sehingga 2026.

Sumber : Facebook Melaka Daily

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata fasa permulaan, dua unit belon udara panas akan beroperasi.

Bergantung kepada sambutan orang tempatan dan pelancong, jumlah belon udara panas mungkin akan ditambah kepada enam unit pada masa akan datang.

Difahamkan bahawa satu unit belon udara panas ini boleh memuatkan sehingga enam orang penumpang pada satu masa.

Tarikan terbaharu yang bertempat di Dataran Sejarah Ayer Keroh ini akan mula dibuka kepada orang ramai bermula 1 April 2025.

Skyview Hot Air Balloon

Harga dan Waktu Operasi Skyview Hot Air Baloon / Belon Udara Panas Melaka

Berikut dikongsikan pula butiran mengenai Skyview Hot Air Balloon :

Harga

  • Pelancong tempatan : RM 99 seorang
  • Pelancong antarabangsa : RM 120 seorang
  • Harga Istimewa untuk warga Melaka : RM 70 seorang (setiap Selasa – Khamis)  

Hari dan Waktu Operasi

  • Selasa – Khamis : 5.00 petang – 11.00 malam
  • Jumaat – Ahad : 4.00 petang – 12.00 tengah malam

Lokasi : Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka (Google Maps)

Skyview Hot Air Balloon
Sumber : Facebook Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Jangan lepaskan peluang untuk alami pengalaman serba unik serta pemandangan epik negeri Melaka dari udara bersama rakan dan keluarga.

Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini mengenai tarikan terbaharu di Melaka ini, sila ikuti Facebook Skyview Balloon.

Sumber : Facebook Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Bernama, News Straits Times, melakatv.com

Baca Juga : 9 Port Sarapan di Melaka Yang Wajib Dicuba

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut