TAWARAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU SKIM PELAJAR CEMERLANG (SPC) TAHUN 2022
YAYASAN TERENGGANU mempelawa pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman untuk memohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Tahun 2022 dibawah program yang
ditawarkan sebagaimana berikut :
Syarat Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
A) SYARAT UMUM
- Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu
atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu. - Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau Surat Akaun
Bermastautin. - Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
- Keutamaan kepada pemohon dari kalangan berpendapatan rendah (B40).
PENGAJIAN DALAM NEGARA
- Biasiswa Foundation Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Biasiswa Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS)
- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kedah
- Biasiswa Foundation In Accountancy (FIA) – ACCA, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
PENGAJIAN LUAR NEGARA
- Biasiswa Program Persediaan Luar Negara dalam Bidang Sains/Kejuruteraan/ Perakaunan
- Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Jordan) & Pergigian (Mesir/Jordan)
- Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Perbankan Islam) Di Jordan
- Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Di Jordan
SILA RUJUK SYARAT PENUH BAGI SETIAP PROGRAM MELALUI LAMPIRAN BERIKUT:
Baca juga: SPGA: Sistem Semakan Potongan Gaji Biro Angkasa Online (eSPGA)
Kaedah Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022
Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) bermula 16 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022 (12.00 tengahari) menerusi ytpenajaan.terengganu.gov.my
Borang permohonan mesti dilengkapkan dengan memuatnaik (upload) semua dokumen yang diperlukan.
Ujian Bertulis & Temuduga
Calon-calon yang layak akan dihubungi melalui emel masing-masing untuk menduduki ujian bertulis dan/atau menghantar satu persembahan video pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
Hanya calon-calon yang telah menduduki ujian bertulis dan/atau menghantar persembahan video akan disenarai pendek sesi Temuduga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu.
Baca juga: ePerumahan Terengganu: Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik
Keputusan Tawaran Biasiswa SPC Terengganu 2022
Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://yt.gov.my/penajaan/