Ramai yang tidak tahu bahawa bagi waris pemohon/pasangan yang lulus STR yang telah meninggal dunia, anda boleh memohon bantuan di bawah Skim Khairat Kematian (SKK) bagi tahun 2024.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 : SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)
Pengenalan Skim Khairat Kematian 2024 (SKK)
Bantuan SKK ini disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Januari 2024.
Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
Jumlah dan Jenis Bantuan
Bantuan yang diberikan adalah berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM1000 tunai.
Tempoh permohonan
Berikut merupakan tempoh permohonan bagi bantuan Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK):
Tarikh Kematian Pemohon/Pasangan yang LULUS STR | Tempoh Tuntutan SKK | Jumlah Tuntutan SKK |
---|---|---|
1 Januari 2023 – 31 Disember 2023 | 17 Julai 2023 – 1 Januari 2024 | RM1,000.00 |
Artikel berkaitan: Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian ASB
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan perincian syarat kelayakan Skim Khairat Kematian (SKK):
- Jika kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang SKK, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan
- Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:
- Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon/pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan/atau
- Urusan tuntutan SKK
- Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
- Adik-beradik
- Cucu
> Tempahan Yassin sempena Majlis Tahlil (Custom Nama Arwah)
Cara Memohon Skim Khairat Kematian 2024 (SKK)
Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia
Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN ialah:
- Sijil Kematian Pemohon/Pasangan;
- Kad Pengenalan asal Waris; dan
- Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Rujuk Soalan 19 (iii)
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Sekiranya ada mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan Skim Khairat Kematian (SKK), sila berhubung dengan pgawai yang bertugas melalui talian berikut:
Telefon: 1-800-88-2747
Emel: [email protected]
Maklumat lanjut, sila layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/