Tahukah anda, seseorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap masih boleh memiliki rumah melalui sebuah insiatif kerajaan yang digelar sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Pada 24 Februari 2023, melalui pembentangan Belanjawan 2023, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan sebanyak RM5 bilion dengan had pembiayaan yang lebih tinggi, iaitu sehingga RM500,000 untuk terus membantu bakal pembeli rumah kali pertama yang mempunyai kemampuan kewangan membayar ansuran bulanan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.
Apakah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?
Bagi memudahkan pemilikan rumah kediaman khususnya untuk belia, Kerajaan menyediakan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap.
Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Dengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Rujuk kriteria kelayakan selanjutnya di bawah.
Jenis-jenis SJKP
- SJKP
- SJKP – Madani
i) Skim SJKP
- Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan Gadai Janji
- Had Pinjaman: RM500,000 dan ke bawah(termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)
- Jenis Pembiayaan: Pinjaman/ pembiayan bertempoh-i
- Tempoh Pinjaman: 35 tahun atau mana2 tempoh yang lebih awal (pinjaman dua generasi dibenarkan
- Jaminan Pinjaman: *Jaminan pembiayaan melebihi 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, **MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)
- Kadar Faedah/ Keuntungan: Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat
ii) Skim SJKP – MADANI
- Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan Gadai Janji
- Had Pembiayaan: Sehingga RM360,000 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)
- Jenis Pembiayaan: Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh Sahaja
- Tempoh Pembiayaan: Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)
- Jaminan Pembiayaan: Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi
- Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan
- Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot
- Kadar Faedah/ Keuntungan:Seperti yang ditetapkan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Kriteria Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
- Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
- Kategori berpendapatan tetap
- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
- Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
- Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
- Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Dokumen Diperlukan
Berikut merupakan dokumen-dokumen penting yang perlu disertakan oleh pemohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) :
- Kediaman / Rumah
- Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka
- Pendapatan
- Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
- Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
- Surat pengesahan pekerjaan
- Dokumen Sokongan Lain
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Surat pengesahan majikan (jika ada)
- Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
- Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank
*JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung
Tempoh Pembayaran Pembiayaan
Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.
Baca juga: Projek Perumahan SASaR: Satu Anggota Satu Rumah
Cara Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2024
Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Institusi Yang Menyertai SJKP
Terdapat 15 institusi kewangan dengan cawangan melebihi 1800 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang menyertai skim jaminan ini.
Anda boleh memohon pembiayaan perumahan anda di mana-mana cawangan berikut:
- Affin Bank
- Affin Islamic Bank
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- BSN
- Bank Rakyat
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SKJP, sila rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan di pautan berikut : https://www.sjkp.com.my/
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: [email protected]
NOTA:
SJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak kami. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan individu yang membuat dakwaan bahawa mereka mewakili SJKP. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang berhampiran dengan anda.⠀