Skim Air Darul Ehsan atau SADE terus diperkenalkan pada tahun 2024 oleh kerajaan negeri Selangor.
Melalui program bantuan ini, lebih sejuta rakyat atau 285,673 akaun penerima air percuma itu menerima tanggungan kos yang meningkat RM1.60 kepada RM13 bagi setiap isi rumah.
Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menambah pentadbiran negeri menampung peningkatan kos dari RM31.8 juta kepada RM37.3 juta setahun, manakala RM2 juta untuk rumah ibadah dan kebajikan.
Secara keseluruhan, tanggungan kos Kerajaan Negeri bagi pemberian air percuma melalui SADE dan penyerapan peningkatan tarif air rumah ibadah dan rumah kebajikan dianggarkan RM40 juta setahun.
Ringankan perbelanjaan bulanan anda melalui program SADE ini kerana anda boleh mendapat bil air percuma setiap bulan!
Semak syarat-syarat permohonan program Skim Air Darul Ehsan (SADE) untuk mengetahui jika anda layak untuk menerima air percuma setiap bulan.
Berikut dikongsikan penerangan lebih lanjut tentang program ini.
Apakah Skim Air Darul Ehsan (SADE)?
Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
*Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
Nota: Sewaktu peringkat awal program SADE diperkenalkan, syarat pendapatan isi bulanan isi rumah ditetapkan adalah RM4,000 namun bagi tahun 2024, syarat kelayakan telah dinaikkan kepada RM5,000.
Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.
Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.
Syarat-syarat
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).
- Premis kediaman mempunyai meter individu.
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.
Nota:
Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
Cara Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE)
- Permohonan SADE boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang https://ssipr.selangor.gov.my
- Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut: www.airselangor.com
- Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)
- Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke [email protected] ataumelalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
- Pelanggan juga boleh memuat turun borang permohonan di laman sesawang www.airselangor.com dan borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke [email protected]
Baca juga: Cuti Selangor 2024 : Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah
Rayuan Permohonan
Pemohon yang telah mendaftar untuk program Inisiatif Peduli Rakyat di portal Smart SSIPR dan telah mengemukakan permohonan Skim Air Darul Ehsan secara atas talian (online) dan berstatus gagal, pemohon hanya perlu ‘login’ sistem SSIPR di https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/login dan tekan butang ‘Permohonan Rayuan’ di bahagian bawah paparan skrin permohonan Skim Air Darul Ehsan beliau.
Sila kemaskini maklumat permohonan yang terkini dan tekan butang ‘Hantar’.
Pemohon juga boleh memuat turun Borang Permohonan Skim Air Darul Ehsan di laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com dan hantar borang yang lengkap dengan maklumat terkini ke [email protected] atau mana-mana sepuluh (10) Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd
Maklumat Lanjut
Layari https://www.airselangor.com/residen…/skim-air-darul-ehsan/
Soalan Lazim (FAQ) : https://www.airselangor.com/uploads/2021/03/IPR_FAQ_BM_V3.pdf
Rujuk video:
Facebook : Air Selangor
Baca juga: