SKDS 2.0 – Permohonan Pembayaran Tunai Subsidi Diesel

SKDS 2.0 – Permohonan Subsidi Diesel (BUDI Madani)

SKDS 2.0 atau Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi ini diperkenalkan bagi menangani risiko ketirisan serta penyeludupan diesel bersubsidi dengan lebih cekap.

Januari lalu, fasa pertama bagi projek itu berjaya dilaksanakan dengan penglibatan daripada enam syarikat perintis dalam sektor pengangkutan darat (barangan).

Kenderaan yang terlibat untuk fasa kedua pula membabitkan lori kargo am, lori minuman botol, lori ais, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van panel dan van ‘window’.

Bagi SKDS 2.0 Fasa II, kelayakan kenderaan di bawah SKDS kini telah diperluas lagi kepada 14 jenis kenderaan pengangkutan darat barangan yang bertujuan untuk membantu mengurangkan impak kenaikan kos operasi syarikat dan seterusnya menjamin kestabilan harga barangan di pasaran.

PELAKSANAAN PENYASARAN SUBSIDI DIESEL DI STESEN-STESEN MINYAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Selaras dengan pengumuman Kementerian Kewangan, KPDN akan menguatkuasakan harga baharu diesel pada kadar RM3.35 seliter di stesen minyak di Semenanjung Malaysia bermula pada 10 Jun 2024, jam 12.00 tengah malam.

Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awal dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan fleet card di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Syarikat pengangkutan awam dan barangan yang telah memperolehi kelulusan SKDS tetapi belum menerima fleet card daripada syarikat minyak dikehendaki menyimpan resit pembelian diesel bermula 10 Jun 2024. Ini bagi membolehkan tuntutan pembayaran balik tunai dibuat kepada Kementerian Kewangan mengikut tatacara permohonan yang akan diumumkan kelak.

Pada masa yang sama, KPDN menyeru syarikat pengangkutan yang layak tetapi masih belum memohon kelulusan subsidi diesel untuk segera berbuat demikian dan seterusnya memohon fleet card daripada syarikat minyak pilihan.

Tempoh permohonan

Syarikat pengangkutan yang terlibat bagi kesemua 14 jenis kenderaan barangan tambahan ini boleh membuat permohonan subsidi diesel melalui Sistem MySubsidi Diesel SKDS 2.0 bermula pada hari Isnin, 13 Mei 2024, jam 10.00 pagi.

Syarat Permohonan SKDS & Jenis Kenderaan Yang Layak

SKDS 1.0 : 10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Awam

  1. Bas sekolah
  2. Bas Ekspres
  3. Bas Henti-henti
  4. Bas Pengantara
  5. Bas Mini
  6. Kereta Sewa
  7. Teksi
  8. Van / Lori Mayat
  9. Ambulans
  10. Bomba

SKDS 2.0 Fasa 1 : 9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan

  1. Lori Rigid – Kargo Am
  2. Penggerak Utama
  3. Lori Rigid – Luton / Kotak
  4. Lori Rigid – Tangki Air
  5. Lori Rigid – Minuman Botol
  6. Lori Rigid – Refrigerated
  7. Lori Rigid – Tangki Tepung
  8. Window Van
  9. Panel Van

SKDS 2.0 Fasa II : Pertambahan 14 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan Baharu

  1. Lori Rigid – Curtainsider
  2. Lori Rigid – Hasil Pertanian
  3. Lori Rigid – Kandang Haiwan
  4. Lori Rigid – Kombinasi
  5. Lori Rigid – Open Platform
  6. Lori Tangki Rigid – Minuman
  7. Lori Rigid – Sampah
  8. Bas – Food Catering
  9. Van – Food Catering
  10. Lori – Food Catering
  11. Semi – Panel Van
  12. Bas – Perkhidmatan Bergerak
  13. Van – Perkhidmatan Bergerak
  14. Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
skds 2.0 permohonan subsidi diesel

Cara Permohonan SKDS 2.0

  1. Permohonan untuk SKDS II ini boleh dibuat melalui https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
  2. Maklumat diperlukan adalah:
    • butiran maklumat syarikat
    • nombor pendaftaran kenderaan
    • pilihan syarikat minyak (maksimum 3 jenama) antara jenama PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP.
  3. Kelulusan adalah serta-merta dengan syarat semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  4. Syarikat akan menerima 2 dokumen:
    • Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi
    • Senarai Kenderaan yang diluluskan

Sila rujuk video di bawah:

Artikel menarik: Kad Minyak Shell: Transaksi Pembelian Lebih Mudah & Selamat

TERKINI : Pembayaran Tunai SKDS 2.0

Bermula 1 Julai 2024, permohonan bayaran semula secara tunai dibuka.

Ini adalah khusus bagi pemilik kenderaan di bawah SKDS 2.0 yang masih belum menerima ‘fleet card’.

Kementerian Kewangan akan menyalurkan pembayaran semula tunai dalam 15 hari bekerja bagi setiap tuntutan yang diluluskan.

Terma dan syarat adalah seperti berikut:

  1. Permohonan SKDS 2.0 sudah diluluskan KPDN sebelum 30 Jun 2024.
  2. Belum menerima fleet card.
  3. Tertakluk kepada had liter ditetapkan. Resit asal pembelian perlu disimpan untuk audit.
  4. Kementerian Kewangan akan menyalurkan pembayaran semula tunai dalam 15 hari bekerja bagi setiap tuntutan yang diluluskan.
permohonan bayaran subsidi diesel skds tunai
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan subsidi diesel SKDS 2.0 boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan Sistem MySubsidi Diesel di talian 03-8882 5917/ 6176/ 5894/ 5893 bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang pada hari bekerja.

Bagi sebarang persoalan mengenai permohonan Fleet Card syarikat-syarikat minyak boleh terus dirujuk melalui platform perhubungan seperti

  • Petronas (1-300-88-8181)
  • Shell (1-300-22-8181)
  • Petron (1-800-88-8298)
  • Caltex (1-800-88-3168)
  • BHP (03-77199499)

Rujukan :

Bantu kami share artikel ini: