idMe KPM – Login Sistem Pengurusan IDentiti

Panduan Login & Penggunaan Sistem Pengurusan IDentiti KPM (idMe)

Sistem Pengurusan IDentiti (IdMe) akan menjadi repositori utama bagi menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.

Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk mementukan kebolehcapaian modul dalam sistem.

Komponen ini adalah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.  

Ikuti perkongsian berikut untuk mengetahui cara pengunaan sistem idMe serta panduan video mudah oleh KPM untuk rujukan.

Baca Juga : Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)

PEREKODAN DAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SESI AKADEMIK TAHUN 2023

Untuk makluman semua guru, pada 15 Februari 2023, KPM telah mengumumkan bahawa perekodan dan pelaporan PBD boleh dilakukan sama ada secara luar talian atau menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) secara hidbrid.

Templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik tahun 2022 / 2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.

Ini adalah bagi mengurangkan beban tugas guru dan memastikan guru terpelihara.

Apakah Itu IdMe?

Tahukah anda apa itu idMe?

idMe adalah Sistem Pengurusan IDentiti, idMe merupakan Pintu Gerbang untuk log masuk Modul-modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Sistem apa yang boleh diakses melalui idMe?

  1. Pengurusan Awam
  2. Pengurusan Murid
  3. Pengurusan Institusi
  4. Pengurusan Pentaksiran
  5. Pengurusan Guru
  6. Penubuhan dan Pendaftaran Institusi
idme kpm

Cara Login idMe Untuk Guru

Cara Daftar Masuk idMe

LANGKAH 1 : Google link https://idme.moe.gov.my/login

LANGKAH 2 : KLIK [daftar baru]

LANGKAH 3 : Lengkapkan semua data pengguna anda

* email guna email yang aktif/DELIMA

LANGKAH 4 : Klik butang Saya bukan robot

LANGKAH 5 : Masukkan Captcha yang diberikan

LANGKAH 6 : Klik DAFTAR

LANGKAH 7 : Keluar [Pengguna berjaya didaftarkan Sila semak email untuk dapatkan kata laluan anda

LANGKAH 8 : Klik pada email Pentadbir idME

LANGKAH 9 : Snip Maklumat kata laluan anda dan SAVE

LANGKAH 10 : KLIK PAUTAN PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA

LANGKAH 11 ; MASUKKAN SEMULA NO IC DI MUKA DEPAN idME

LANGKAH 12 : KLIK DAFTAR MASUK

LANGKAH 13 : SEMAK KATA KUNCI DAN KLIK YA

LANGKAH 14 : MASUKKAN KATA LALUAN YANG SNIP

LANGKAH 15 : KLIK DAFTAR TERUS MASUK DASHBOARD idME

LANGKAH 16 : Hasilkan kata laluan anda yg baru

LANGKAH 17 ; Klik submit

LANGKAH 18 : Daftar masuk semula dengan kata laluan baru cikgu

LANGKAH 19 : Klik dashboard dan klik aplikasi untuk melihat [website]

idme kpm

Cara Login & Daftar idMe Untuk Ibu Bapa (Pendaftaran Tahun 1)

  1. Untuk pengguna baharu yang belum mempunyai akaun, Klik Daftar Baru.
  2. Isikan semua maklumat di ruangan yang disediakan. Maklumat yang bertanda wajib untuk diisi.
  3. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan.
  4. Klik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna.
Sistem Pengurusan IDentiti

Nota : Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak e-mel untuk dapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata lalauan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baharu.

Cara Tukar Kata Laluan

Sekiranya anda lupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan.

  1. Seterusnya, masukkan alamat e-mel yang sah di medan yang disediakan.
  2. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar Tetapan.
  3. Anda akan mendapat e-mel untuk penetapan semula kata laluan. Klik butang “Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.”
  4. Semestinya masukkan maklumat e-mel, nombor kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan.
  5. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang “Menetapkan Semula Kata Laluan” untuk teruskan proses.
Sistem Pengurusan IDentiti idme kpm

Panduan Video idMe / MOIES

Pengenalan Sistem idMe

Manual Pengguna Tetapan Murid :

Manual Pengguna Tetapan Kelas :

Manual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Peristiwa :

Manual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Gantian :

Manual Pengguna Pengesahan Bulanan :

Manual Pengguna Penetapan Mata Pelajaran Kelas :

Manual Pengguna Penetapan Guru Mata Pelajaran :

Manual Pengguna Penetapan Mata Pelajaran Murid :

Manual Pengguna Mendaftar Akaun Baharu :

Manual Pengguna Selenggara Kurikulum Institusi :

Manual Pengguna Analisis DLP :

Manual Pengguna Analisis MP :

Manual Pengguna Analisis STEM :

Manual Pengguna Daftar Murid :

Manual Pengguna Kehadiran Murid :

FULL PLAYLIST : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmD1mchJt7tWa3SsydR8Q6CmOp6E04y7W

Muat Turun Panduan Penuh (PDF)

Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS), sila kemukakan ke

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

No. Tel : 03-88843501

No. Fax : 03-88895244

Email : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!