Salah satu pembelajaran dalam matapelajaran Sains untuk murid Tingkatan 4 adalah sistem endokrin manusia Tingkatan 4.
Untuk memastikan murid dapat menguasai mata pelajaran ini dengan baik, bab Sistem Endokrin ini perlulah dikuasai terlebih dahulu.
Ini bagi memudahkan murid untuk menjawab soalan berkaitan bab ini di dalam peperiksaan.
Mengenai Sistem Endokrin Manusia
Sistem endokrin terdiri daripada beberapa kelenjar yang merembeskan pengutus bahan kimia iaitu hormon dalam badan.
Kelenjar endokrin merupakan kelenjar yang tidak berduktus, maksudnya hormon dirembeskan terus ke dalam salur darah.
Hormon yang dihasilkan hanya akan memberi kesan kepada sel sasaran spesifik sahaja walaupun hormon tersebut mengalir ke seluruh badan.
Hormon tersebut akan bergabung dengan reseptor spesifik yang terdapat di permukaan sel-sel sasaran dan menyebabkan sel-sel tersebut memberi gerak balas tertentu.
Hormon terlibat dalam 3 fungsi utama iaitu pembiakan, pertumbuhan dan homeostasis.
Kedudukan Kelenjar Endokrin
Kedudukan kelenjar endokrin bagi lelaki dan wanita boleh dirujuk melalui gambar di bawah:
Fungsi Kelenjar Endokrin
Fungsi kelenjar endokrin adalah seperti berikut:
i) KELENJAR PIUITARI
- Terletak di bawah serebrum.
- Ia juga dikenali sebagai kelenhar induk kerana mengawal fungsi kelenjar endokrin yang lain.
- Merembeskan hormon berikut:
– Hormon pertumbuhan yang mengawal pembahagian sel dan pertumbuhan manusia.
– Hormon antidiuresis (ADH) membantu ginjal mengawal air dalam badan.
ii) KELENJAR TIROID
Merembeskan hormon tiroksina untuk:
– Menambahkan kadar metabolisme dalam badan.
– Mengawal atur pertumbuhan dan pekembangan fizikal dan mental kanak-kanak.
iii) KELENJAR ADRENAL
Fungsi kelenjar ini adalah untuk merembeskan hormon adrenalin untuk menyediakan badan kita menghadapi kecemasan dengan meningkatkan:
- Kadar metabolisme
- Kadar denyutan jantung
- Paras glukosa dalam darah
Selain itu, hormon adrenalin juga mengawal jumlah garam mineral dalam badan.
iv) PANKREAS
Fungsi pankreas adalah untuk merembeskan hormon insulin bagi mengawal paras glukosa dalam darah selain merangsang pertukaran glukosa berlebihan kepada glikogen untuk disimpan dalam hati.
v) OVARI
Ovari merembeskan hormon estrogen yang berfungsi untuk:
- Mengawal perkembangan uterus untuk penghasilan ovum & penempelan embrio.
- Merangsang perkembangan ciri-ciri seksual sekunder perempuan seperti perkembangan payudara dan pembesaran pinggul.
- Merembeskan hormon progesteron yang berfungsi untuk mengawal ketelabalan dinding uterus untuk penempelan embrio.
vi) TESTIS
Testin berfungsi untuk merembeskan hormon testosteron untuk:
- Mengawal penghasilan sperma.
- Merangsang perkembangan ciri-ciri seksual sekunder lelaki seperti suara garau dan misai.
Info Lanjut
Untuk memahami lebih lanjut mengenai Sistem Endokrin Manusia Tingkatan 4, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=2xE9C5Of_xI.