Sinar (dahulunya dikenali sebagai Sinar FM) merupakan sebuah stesen radio berbahasa Melayu yang sedang meningkat naik di Malaysia.
Dengan membariskan penyampai popular yang terdiri daripada pelawak Jep, Rahim dan Angah pada segmen harian setiap pagi, gandingan ini cukup diminati oleh ramai pendengar.
Stesen radio ini dimiliki oleh Astro Holdings Sdn Bhd, syarikat yang turut memiliki beberapa stesen radio lain antaranya ERA, Gegar, Hitz, Zayan dan lain-lain.
Sejarah Penubuhan Sinar FM
Stesen radio Sinar FM mula bersiaran pada 1 Mac 2004.
Stesen radio ini memberi tumpuan kepada pendengar yang lebih berumur dan memainkan muzik klasik dari artis tempatan dan luar negara, berbanding stesen ERA, Gegar dan zayan yang masing-masing menyasarkan pendengar yang lebih muda dan Pantai Timur.
Pada 2015, menurut Nielsen RAM Survey Wave #1, Sinar mengekalkan kedudukannya sebagai stesen berbahasa Melayu kedua terkemuka di Malaysia dengan lebih 3.7 juta pendengar.
Sejak stesen ini dilancarkan pada 1 Mac 2004, Sinar kebanyakannya memainkan lagu hits klasik dan kontemporari dewasa dari 1980-an hingga hari ini menyasarkan pendengar yang berumur antara 25 hingga 39 tahun.
Baca lagi: ERA FM: Senarai DJ, Program dan Frekuensi Siaran
Frekuensi Radio Sinar FM
Sinar FM boleh didengari di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan menukar radio anda kepada frekuensi-frekuensi berikut:
Frekuensi | Lokasi | Pemancar |
96.7 MHz | Lembah Klang | Gunung Ulu Kali |
97.1 MHz | Alor Setar, Kedah dan Perlis | Gunung Jerai |
97.1 MHz | Pulau Pinang | Gunung Jerai |
100.9 MHz | Langkawi, Kedah | Gunung Raya |
96.4 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
96.9 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
96.9 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
96.0 MHz | Melaka dan Utara Johor | Gunung Ledang |
87.8 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai |
97.2 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung |
97.5 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Jerung |
93.8 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Bukit Panau |
102.1 MHz | Kuching Sarawak | Bukit Djin |
96.6 MHz | Miri, Sarawak | Bukit Lambir |
96.6 MHz | Kuala Belait, Brunesi | Bukit Lambir |
104.9 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Karatong |
106.9 MHz | Sandakan, Sabah | Bukit Trig |
Selain itu, inar FM juga boleh didengari secara dalam talian di laman we Syok di pautan https://sinar.syok.my/
Senarai penyampai / DJ
Berikut merupakan senarai penyampai dan DJ stesen radio Sinar FM:
- Jep
- Rahim
- Angah
- Dina Nadzir
- Elizad
- Hefny
- Falyq
- Putra
- Haiqal
- Syafa
- Roy Azman
Segmen / Program Harian dan Hujung Minggu
Berikut merupakan senarai segmen harian dan minggu di ERA FM:
- Pagi Di SINAR
- SINAR Solo
- Duo SINAR
- Rehat dan Relax Sinar
- Borak Selebriti SINAR
- Hujung Minggu SINAR
- SINAR ETA (Eh! Tetiba Ahad)
- Laguku Di SINAR
- Laman Rohani