Sidang Kemuncak ASEAN 2025 – Senarai Jalan Tutup, Tarikh Masa

sidang kemuncak asean 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bakal menjadi tumpuan utama rantau Asia Tenggara apabila Malaysia bertindak selaku tuan rumah kepada perhimpunan pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota ASEAN.

Dijadual berlangsung hujung bulan ini, sidang kemuncak berprofil tinggi ini akan menghimpunkan ketua-ketua negara bagi membincangkan isu-isu serantau seperti kerjasama ekonomi, keselamatan, perubahan iklim, digitalisasi dan hubungan luar.

Sebagai hos rasmi, Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju strategik ASEAN untuk tahun mendatang. Dalam masa yang sama, rakyat terutama di ibu negara dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan kesesakan lalu lintas dan sekatan jalan tertentu.

Artikel ini menghuraikan secara lengkap tarikh rasmi, lokasi penganjuran dan persediaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang perlu anda tahu.

Baca juga: ASEAN: Sejarah Penubuhan, Matlamat & Negara Anggota

Pengenalan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (2025)

Sidang Kemuncak ASEAN merupakan pertemuan tertinggi antara para pemimpin negara-negara anggota ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara) yang diadakan secara berkala bagi membincangkan isu-isu penting berkaitan serantau dan antarabangsa.

Sidang ini berfungsi sebagai platform strategik untuk memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, keselamatan, kesihatan, pendidikan, perubahan iklim, dan hubungan luar.

Dihadiri oleh ketua-ketu negara atau kerajaan dari 10 negera anggota iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Sidang ini memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dasar dan inisiatif serantau demi kestabilan dan kemakmuran bersama.

Melalui deklarasi dan perjanjian yang dipersetujui, ASEAN terus memperkukuh perpaduan dan identitinya sebagai satu komuniti serantau yang dinamik serta berpengaruh di peringkat global.

Kredit: Astro Awani

Objektif Sidang Kemuncak ASEAN 2025

1. Memperkukuh kerjasama serantau

  • Mengukuhkan hubungan antara negara anggota ASEAN dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan keselamatan demi kepentingan bersama.

2. Menangani isu serantau dan global

  • Menyelaraskan pendirian bersama terhadap cabaran seperti krisis ekonomi, pandemik, perubahan iklim, keselamatan siber, dan ketegangan geopolitik.

3. Mempromosi keamanan dan kestabilan

  • Mewujudkan dialog terbuka dan diplomatik untuk mencegah konflik serta mengekalkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.

4. Mengukuhkan identiti Komuniti ASEAN

  • Membangunkan rasa kekitaan dan perpaduan serantau melalui inisiatif sosial, budaya, dan pendidikan yang menyatukan rakyat ASEAN.

5. Menggalakkan keterangkuman dan pembangunan mampan

  • Memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan mampan merangkumi negara-negara yang kurang maju dalam kalangan anggota ASEAN.

Negara yang Terlibat

Berikut ialah senarai 10 negara yang terlibat dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46:

  1. Malaysia
  2. Brunei Darussalam
  3. Kemboja (Cambodia)
  4. Indonesia
  5. Laos
  6. Myanmar
  7. Filipina (Philippines)
  8. Singapura
  9. Thailand
  10. Vietnam

Timor-Leste (Timor Leste) kini telah diterima secara prinsip sebagai anggota ke-11 ASEAN, namun masih dalam proses pelaksanaan keanggotaan penuh. Negara ini menyertai sebahagian mesyuarat sebagai pemerhati.

Baca juga: Rumah Mesra Rakyat (Siri 19/2025) – Semakan & Permohonan

Tarikh, Lokasi & Jadual Program Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan diadakan pada tetapan seperti berikut:

  • Tarikh :  26 dan 27 Mei 2025
  • Lokasi : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) 
  • Tema :  ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ 
  • Negara yang Terlibat : 20,000 individu termasuk perwakilan, peserta, anggota sekretariat serta kakitangan sokongan (10 pemimpin negara anggota ASEAN, 19 ketua negara dijangka hadir termasuk dari negara Teluk dan China)
sidang kemuncak asean 2025
sidang kemuncak asean 2025
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Senarai Jalan Tutup Sempena Sidang Kemuncak Asean 2025

PERINGATAN PENUTUPAN & LENCONGAN JALAN SEMPENA ASEAN SUMMIT 2025

Orang awam dimaklumi bahawa penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan sempena Mesyuarat Kepengerusian ASEAN ke-46 (ASEAN Summit 2025) yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Tarikh Lencongan / Jalan Tutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN :
23 – 28 Mei 2025, Bermula seawal pukul 7.00 pagi hingga selesai pergerakan VVIP

Antara laluan utama yang terlibat:

  • Laluan ke/dari KLIA & Subang
  • Laluan ke/dari KLCC, Istana Negara & hotel penginapan rasmi
  • Jalan-jalan utama sekitar pusat bandar Kuala Lumpur
  • Lebuhraya: ELITE, NKVE, GUTHRIE, MEX, KL–Seremban & lain-lain

PDRM akan mula digerakkan 30 minit sebelum waktu penutupan jalan bermula bagi memastikan kelancaran kawalan lalu lintas.

Orang awam disarankan:

  • Rancang perjalanan lebih awal
  • Gunakan pengangkutan awam
  • Elakkan laluan terlibat dan patuhi arahan petugas trafik

Info lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

sidang kemuncak asean 2025
Sumber infografik : Kementerian Dalam Negeri (KDN)

PERINGATAN: RAPTAI SIDANG KEMUNCAK ASEAN (DRY RUN) JALAN TUTUP – 21 & 22 MEI 2025

Raptai (dry run) kawalan trafik akan dijalankan pada 21 & 22 Mei 2025 (Rabu & Khamis) melibatkan laluan dan kawalan seperti hari kejadian sebenar ASEAN Summit 2025.

Dry run ini termasuk:

  • Pergerakan motoked
  • Kawalan laluan & lokasi persidangan
  • Simulasi kawalan di hotel & KLCC

Raptai pergerakan motoked akan melibatkan laluan dari lapangan terbang ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur, KLCC dan Istana Negara.

Penutupan jalan akan dilakukan mengikut jadual sebenar — pengguna jalan raya dinasihati mengelakkan laluan terlibat & mematuhi arahan petugas trafik.

Kerjasama anda amat dihargai demi kelancaran persiapan negara sebagai tuan rumah.

Jalan tutup asean

PERINGATAN: PENUTUPAN JALAN – 23 & 28 MEI 2025

Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula Jumaat hingga 28 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata jalan yang ditutup termasuk laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Istana Negara serta laluan ke hotel penginapan.

sidang kemuncak asean 2025 jalan tutup
Sumber infografik : BERNAMA https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2424395

Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) Sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadual hujung bulan ini, kerajaan melaksanakan langkah Bekerja Dari Rumah (BDR) secara fleksibel bagi penjawat awam yang terkesan dengan kesesakan trafik.

Ketua jabatan diberi kuasa mempertimbangkan permohonan BDR berdasarkan garis panduan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SR.4.1.2.

Dasar ini menekankan keseimbangan antara keperluan agensi dan kesejahteraan pegawai, selaras dengan nilai-nilai Madani.

Pegawai yang layak digalakkan berhubung dengan ketua jabatan masing-masing, dan pelaksanaan dasar ini perlu mematuhi tatacara ditetapkan bagi memastikan kelancaran urusan perkhidmatan awam tidak terjejas.

Jalan tutup asean
Jalan tutup asean

Senarai Sekolah Terlibat PdPR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 hingga 28 Mei ini bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Kementerian Pendidikan memaklumkan cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu.

Kredit: Astro Awani

Baca juga: Dasar Bekerja Dari Rumah SSPA – Soalan Lazim (FAQ)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut