Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!

Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!

Shibuya Sky adalah destinasi ikonik yang menawarkan pemandangan 360 darjah dari tingkat atas bangunan Shibuya Scramble Square di Tokyo, Jepun. 

Terletak di salah satu kawasan paling sibuk dan bersejarah di Tokyo, Shibuya Sky menjadi salah satu tempat popular yang sering menjadi tumpuan pelancong luar mahupun penduduk tempatan. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Shibuya Sky termasuk cara untuk mendapatkan tiket masuk dengan diskaun menarik. 

Jom baca!

BACA JUGA: Panduan Bercuti Ke Semporna: Tempat Menarik, Aktiviti yang Sesuai Dilakukan & Tips Penting!

Shibuya Sky

Shibuya Sky adalah merupakan sebuah dek pemerhatian terbuka yang terletak di bangunan Shibuya Scramble Square, Tokyo.

Dengan ketinggian 229 meter, ia menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo. Ini termasuklah pemandangan Gunung Fuji, Tokyo Skytree dan beberapa bangunan ikonik Tokyo. 

Sumber: Shibuya Sky

Dek pemerhatian ini dibahagikan kepada tiga zon utama iaitu; Sky Gate, Sky Gallery, dan Sky Stage. 

Setiap zon masing-masing menawarkan pengalaman yang unik dan pastinya, pemandangan yang memukau untuk para pengunjung.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan tarikan lain yang direka khusus untuk memberikan pengalaman  menyeronokkan kepada setiap pengunjung yang datang. 

Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Sumber: Shibuya Sky

Keunikannya

Keunikan Shibuya Sky terletak pada gabungan reka bentuk moden serta pemandangan panoramik yang ditawarkannya. 

Dek pandangan ini menggunakan lantai kaca yang membolehkan pengunjung melihat terus ke bawah dari ketinggian yang menakjubkan.

Selain itu, terdapat pelbagai kawasan khas seperti ‘Sky Deck’ yang terbuka, memberi pengunjung peluang untuk merasai angin segar sambil menikmati pemandangan bandaraya moden, Tokyo. 

Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Sumber: Your Japan

Seni bina inovatif dan penggunaan teknologi canggih menjadikan Shibuya Sky bukan sekadar tempat melihat pemandangan, tetapi juga sebuah destinasi seni dan teknologi.

Buat peminat fotografi mahupun pengunjung yang ingin mengabadikan kenangan terindah di negera matahari terbit ini, Shibuya Sky sememangnya pilihan yang ideal. 

Lokasi Strategik dan Mudah Diakses

Shibuya Sky terletak di kawasan Shibuya yang sangat strategik dan mudah diakses. Seperti yang diketahui ramai, Shibuya adalah merupakan salah satu pusat tumpuan utama di Tokyo yang terkenal dengan persimpangan pejalan kaki yang sibuk dan pusat membeli-belah yang meriah. 

Anda boleh pergi ke Shibuya Sky melalui pelbagai laluan kereta api seperti Tokyo Metro dan JR Line, termasuk Laluan Yamanote dengan akses terus dari Stesen Shibuya. 

Ini menjadikannya destinasi yang sangat mudah untuk dikunjungi oleh pelancong dan juga penduduk tempatan.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat meneroka kawasan sekitarnya, yang juga menempatkan beberapa tarikan lain. Contohnya seperti, Shibuya Crossing, Hachiko dan sebagainya. 

Tarikan Utama di Shibuya Sky

Shibuya Sky terdiri daripada tiga zon utama iaitu SKY GATE, kawasan peraliharan daripada tingkat 14 ke tingkat 45, SKY STAGE, kawasan pemerhatian rooftop dan SKY GALLERY, kawasan pemerhatian dalaman (indoor) di tingkat 46.

Antara tarikan utama yang boleh dinikmati di ketiga-tiga zon ini ialah:

1. Sky Edge

Sky Edge adalah kawasan pemerhatian berlantai kaca di tingkat 46 yang menawarkan pemandangan panorama kota Tokyo yang tidak tertandingi. 

Dari sini, pengunjung dapat melihat seluruh Tokyo, termasuk pemandangan mercu tanda terkenal seperti Tokyo Tower, Tokyo Skytree dan bahkan Gunung Fuji pada hari yang cerah. Tempat ini sangat sesuai untuk mengambil gambar estetik dan mengabadikan momen indah anda.

Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Sumber: ShibuyaSky

2. Cloud Hammock

Cloud Hammock adalah sebuah kawasan di mana pengunjung boleh mencuba tempat berbaring (hammock) sambil bersantai menikmati pemandangan awan dan panorama kota Tokyo. 

Waktu terbaik untuk menikmati Cloud Hammock adalah ketika matahari terbenam. Pada waktu malam pula, anda boleh menyaksikan pemandangan indah bulan bintang di langit. 

Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Sumber: ShibuyaSky

3. Geo Compass

Geo Compass adalah salah satu alat digital yang ada di dek pemerhatian Shibuya Sky. Alat ini membantu pengunjung untuk mengenal pasti mercu tanda di sekitar Tokyo serta memberikan maklumat tentang sejarah dan budaya Tokyo. 

Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Sumber: ShibuyaSky

4. Crossing Light

Crossing Light adalah pertunjukan cahaya yang diadakan pada waktu malam di Shibuya Sky.

Pertunjukan ini menampilkan 18 sinar cahaya yang menerangi langit Tokyo, mencipta suasana yang memukau dan unik. Pertunjukan ini biasanya diadakan setiap 30 minit selepas jam 7 malam.

Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Sumber: ShibuyaSky

Sky Gallery terletak di tingkat 46 dan menawarkan pengalaman seni dengan pelbagai instalasi seni yang menarik. Dari sini, anda boleh menikmati pemandangan Tokyo dari dalam ruangan sambil menjelajahi pameran seni yang memikat.

Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Sumber: ShibuyaSky
Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Sumber: ShibuyaSky

6. The Roof

The Roof adalah dek pemerhatian terbuka yang memberikan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo. Anda boleh melihat persimpangan Shibuya yang terkenal, Tokyo Skytree, dan Gunung Fuji. 

Dek ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk merasai udara segar dan menikmati pemandangan luar biasa. Di sinilah terletaknya Cloud Hammock.

Kemudahan dan Perkhidmatan di Shibuya Sky

Shibuya Sky bukan sahaja menawarkan pemandangan yang menakjubkan tetapi juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang menjadikan lawatan ke sini pengalaman yang menyeluruh dan memuaskan.

Shibuya Sky: Destinasi Wajib Pergi Apabila Bercuti di Tokyo!
Sumber: Shibuya Sky

Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan juga kemudahan asas seperti tandas yang bersih dan selesa, kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan unik, serta kafe yang menawarkan pelbagai makanan dan minuman. 

Sumber: Shibuya Sky

Bagi pengunjung yang memerlukan bantuan, terdapat petugas yang sedia membantu dan memberikan maklumat mengenai tempat dan aktiviti yang tersedia.

Sumber: Shibuya Sky

Terdapat juga perkhidmatan fotografi profesional untuk merakam kenangan anda di sini. Cas yang dikenakan ialah 1500 yen per gambar.

Cadangan Tempat Makan Halal Berdekatan

Bagi pengunjung yang mencari makanan halal, terdapat beberapa pilihan restoran berdekatan Shibuya Sky yang menawarkan hidangan halal. 

Antaranya termasuk restoran halal di sekitar Shibuya yang menyajikan masakan Jepun, Timur Tengah, dan antarabangsa. 

Restoran seperti Gyumon dan Halal Wagyu Yakiniku PANGA adalah antara pilihan yang popular di kawasan Shibuya, menyediakan makanan yang mematuhi standard halal.

Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke kedai serbaneka seperti 7-Eleven, Lawson, atau FamilyMart yang terdapat di sekitar Shibuya yang mempunyai beberapa pilihan makanan yang sesuai untuk Muslim, seperti sandwich tuna atau salad.

Muat turun aplikasi seperti HalalGo atau Halal Navi untuk memudahkan anda mencari restoran halal di sekitar Shibuya.

Waktu Operasi

Sumber: Shibuya Sky

Shibuya Sky biasanya dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, dengan waktu terakhir kemasukan adalah pada jam 9 malam. 

Walau bagaimanapun, dek pemerhatian ini mungkin ditutup pada hari-hari tertentu atau apabila cuaca buruk. Oleh itu, pengunjung disarankan untuk menyemak laman web rasmi sebelum membuat lawatan ke sana. 

Harga Tiket

Harga tiket untuk Shibuya Sky berbeza mengikut usia dan jenis tiket. Secara amnya, harga tiket dewasa adalah sekitar ¥2,000 hingga ¥3,000, manakala harga tiket untuk kanak-kanak dan pelajar mungkin lebih rendah. 

Terdapat juga pilihan tiket VIP yang menawarkan keistimewaan tambahan dengan kos yang lebih tinggi. 

Untuk mendapatkan maklumat harga yang tepat dan terkini, rujuk laman web rasmi Shibuya Sky atau platform jualan tiket seperti KLOOK. 

Cara Membeli Tiket Shibuya Sky Melalui KLOOK

Untuk membeli tiket masuk ke Shibuya Sky, anda boleh menggunakan platform seperti Klook yang menawarkan kemudahan tempahan tiket secara dalam talian. 

Anda hanya perlu taip ‘Shibuya Sky’ dalam kotak carian di bawah. Pilih tarikh dan masa yang sesuai, kemudian ikuti arahan untuk membuat pembayaran. 

Klook.com

Setelah pembayaran selesai, anda akan menerima e-tiket yang boleh ditunjukkan semasa lawatan. Dengan pembelian tiket melalui Klook, anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter. Harganya pun dijamin lebih murah!

NOTA: Pastikan anda membeli tiket lebih awal untuk mendapatkan slot waktu yang diingini.

Penutup

Shibuya Sky adalah destinasi yang wajib dikunjungi bagi sesiapa yang berada di Tokyo. 

Dengan reka bentuk moden, kemudahan canggih, dan lokasi strategik, ia merupakan tempat yang sesuai untuk semua pelancong yang ingin merasai keindahan Tokyo dari sudut pandang yang berbeza. 

Jom selami keindahan pemandangan Tokyo dari ketinggian! 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut