Sex Mengandung Penyebab Keguguran? Ini Posisi Yang Selamat

sex mengandung
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Permasalahan mengenai sex mengandung adalah isu yang mungkin menjadi pertanyaan dan persoalan bagi sesetengah suami isteri yang baru sahaja pertama kali mahu menimang cahaya mata.

Ilmu ini penting kerana ada sesetengah pasangan bila mana tahu yang isterinya mengandung, mereka berasa gementar dan ragu-ragu untuk melakukan hubungan intim dengan selamat.

Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan sex mengandung yang selamat dengan panduan yang betul.

Baca juga:

Bahaya ke buat sex ketika mengandung?

Sex mengandung sebenarnya tidak mendatangkan permasalahan atau kesan buruk kepada isteri khususnya.

Umumnya, aktiviti seksual tidak akan memberi kesan yang buruk kepada bayi anda selagi mana anda tidak mengalami tanda komplikasi seperti kelahiran pramatang atau masalah plasenta.

Dalam kata lain, hubungan seks tidak akan menyebabkan berlaku keguguran. Hal ini kerana kebanyakkan keguguran berlaku kerana janin tidak berkembang secara normal.

Sungguhpun begitu, anda perlu faham bahawa setiap proses kehamilan akan menyebabkan berlakunya perubahan dari segi tahap keselesaan semasa berhubungan intim dan keinginan seksual pasangan.

Posisi sex mengandung yang selamat

Secara umumnya, bila bercakap soal kedudukan seks terbaik semasa kehamilan boleh dikatakan kebanyakkan posisi seksual adalah “OK” semasa hamil. Bahkan seks oral juga selamat ketika hamil.

Namun begitu, berikut adalah antara beberapa posisi sex mengandung yang selesa dan selamat untuk anda praktikkan mengikut trimester bersama pasagan.

1. Posisi ketika trimester pertama (1 – 12 minggu)

  • Semua jenis posisi boleh dipraktikkan. Dari missionarydoggy style, reverse cowgirl dan macam-macam lagi posisi.

2. Posisi ketika trimester kedua (13 – 27 minggu)

  • Cuba praktikkan posisi unik berdua seperti reverse spooning, sit and stare, hands and knees dan macam-macam lagi.

3. Posisi ketika trimester ketiga (28 minggu ke atas)

  • Posisi terbaik adalah spooningrear entrywoman on top atau apa-apa sahaja posisi yang tidak membebankan perut isteri.

Posisi sex mengandung yang bahaya

sex mengandung

Setiap trimester juga mempunyai jenis-jenis posisi yang tidak disarankan untuk anda buat semasa melakukan hubungan intim. Berikut adalah penjelasannya:

1. Posisi bahaya ketika trimester pertama (1 – 12 minggu)

Pada trimester pertama, tidak ada larangan untuk posisi seks tertentu. Namun, ibu hamil tetap perlu berhati-hati bila ada rasa tidak selesa atau sakit ketika berhubungan seks.

Dalam masa yang sama elak dari melakukan seks kasar dan kuat. Para ibu pula juga pastikan sentiasa bersikan Miss V seusai berhubungan intim.

2. Posisi bahaya ketika trimester kedua (13 – 27 minggu)

Selama trimester kedua, ibu hamil digalakkan untuk elak dari buat posisi seks di mana ibu harus baring telentang, contohnya seperti posisi misionaris.

Posisi ini dapat menyebabkan penekanan pada pembuluh darah di bahagian perut dan dikhawatiri dapat menyekat aliran darah ke jantung dan janin.

3. Posisi bahaya ketika trimester ketiga (28 minggu ke atas)

Pada trimester ketiga pula, elakkan dari buat posisi seks yang terlalu menekan perut ibu. Antaranya seperti:

  • Semua posisi hubungan intim yang mengharuskan ibu hamil berbaring telentang seperti misionaris.
  • Posisi seks woman on top.
  • Turtle position dan doggy style.
  • Posisi anvil.

Wanita hamil rasa sakit selepas seks?

sex mengandung

Sesetengah wanita akan mengalami rasa tidak selesa pada bahagian bawah perut (pelvis) selepas melakukan hubungan intim. Ini boleh berlaku sekiranya suami melakukan penetrasi yang dalam.

Justeru, anda peru lebih berkomunikasi dengan suami agar mereka faham akan kesakitan dan keinginan anda dalam berhubungan intim.

Lakukan posisi sex mengandung yang selamat dan selesa seperti yang kami ajarkan tadi.

Sekiranya anda tetap berasa tidak selesa dan sakit terus berpanjangan walaupun sudah melakukan pelbagai cara, anda boleh rujuk dengan doktor masing-masing.

Hal ini kerana beberapa masalah kesihatan yang serius boleh menyebabkan rasa sakit pada wanita hamil ketika berhubungan intim.

Kelebihan seks ketika hamil

Seks ketika hamil memiliki beberapa kelebihan yang dapat dirasakan oleh pasangan, antara seperti:

1. Meningkatkan Hubungan Emosional

Berhubungan seksual boleh memperkuat ikatan emosional antara pasangan. Ini dapat membantu memperdalam ikatan emosional saat anda dan pasangan berkongsi pengalaman kehamilan bersama-sama.

2. Meningkatkan Kesihatan Mental

Seks dapat memicu pelepasan endorfin dan hormon bahagia lainnya dalam tubuh, yang dapat membantu mengurangkan stres, anxiety, dan rasa gembira pada hati.

3. Meningkatkan Kesihatan Fizikal

Seks dapat membantu meningkatkan aliran darah ke organ panggung, yang boleh membantu menjaga kesihatan organ reproduksi.

Selain itu, beberapa penelitian menunjukkan bahawa seks teratur dapat membantu mengurangi risiko preeklampsia pada wanita hamil.

4. Meningkatkan Keharmonian Rumah Tangga

Hubungan seksual yang sihat dan bermakna semasa kehamilan dapat memperkuat hubungan antara pasangan, membantu mereka merasa lebih dekat antara satu sama lain.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan permasalahan sex mengandung dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan panduan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Sex During Pregnancy: What’s Ok, What’s Not. Mayo Clinic
  2. What To Know about sex during pregnancy. Medical News Today
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut