Senarai Taska Di Malaysia & Kadar Yuran Terkini 2024/2025
TASKA atau Taman Asuhan Kanak-Kanak diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan serta perkembangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.
Tahukah anda terdapat beberapa jenis TASKA yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?
JKM telah meletakkan pelbagai syarat serta kriteria yang perlu dipatuhi pengusaha TASKA bagi menjamin standard serta kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Hal ini amat penting bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak-anak jagaan.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai senarai taska di Malaysia secara lebih lanjut.
BACA JUGA: Jerebu: Sekolah, Tadika & Taska Ditutup Jika IPU Melebihi 200
Pengenalan
TASKA adalah singkatan kata daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak. Taska boleh didefinisikan sebagai”mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun kebawah selain daripada seisi rumah dengan menerima upah.”
TASKA adalah berbeza dari TADIKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Tujuan TASKA diwujudkan adalah untuk membantu ibubapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibubapa.
Penubuhan Taska perlu didaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ibu bapa perlu juga perlu memilih taska yang sudah berdaftar dengan JKM sebelum menghantar anak-anak mereka.
Jenis Taska di Malaysia
Berdasarkan perkongsian daripada Jabatan Kebajikan Malaysia, terdapat 4 kategori TASKA iaitu :
1. TASKA Institusi
- Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
- Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2. TASKA di Tempat Kerja
- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
- Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja.
3. TASKA Komuniti
- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
- Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
- Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
4. TASKA Di Rumah
- Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
- Dijalankan di kediaman sendiri.
Selain itu, TASKA KEMAS juga adalah satu lagi pusat jagaan kanak-kanak yang dipercayai ramai ibu-bapa.
Senarai Taska di Malaysia
Anda boleh semak senarai taska berdaftar di Malaysia mengikut kategori seperti berikut:
- Senarai Taska Berdaftar
- Senarai Taska Komuniti Berdaftar
- Senarai Taska KEMAS (klik pada Senarai Alamat TASKA untuk semak senarai mengikut negeri)
Kenaikan Yuran Taska
Kenaikan yuran taska dan tadika dijangka berlaku pada tahun 2025, dengan anggaran peningkatan antara 10 hingga 25%.
Ini dipengaruhi oleh peningkatan kos operasi, terutamanya disebabkan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,700 mulai Februari 2025, yang ditetapkan untuk pekerja dengan bebanan tugas yang tinggi seperti guru dan penjaga kanak-kanak.
Kenaikan ini diperlukan untuk menampung kos tambahan seperti caruman KWSP dan PERKESO, yang juga meningkat.
Pengusaha tadika dan taska di Johor, misalnya, telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan kenaikan ini, walaupun mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa pendidikan tempatan terlebih dahulu.
Dalam konteks ini, banyak pusat taska dan tadika merasakan bebanan kewangan semakin berat, terutama dengan kos bahan mentah yang meningkat sekitar 60% sejak tahun lepas, yang turut mempengaruhi harga makanan yang disediakan kepada anak-anak.
Harga Yuran Taska Terkini
KEMAS (Seluruh Malaysia)
Taska KEMAS adalah taska di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat yang beroperasi di seluruh negara. Kadar yuran mereka adalah seragam di seluruh Malaysia: (yuran 2025 akan dikemaskini kelak)
PASTI
PASTI adalah singkatan untuk Pusat Asuhan Tunas Islam. Ia adalah satu institusi pendidikan awal kanak-kanak yang ditubuhkan oleh PAS (Parti Islam Se-Malaysia). Berikut ialah kadar yuran pendaftaran dan program bulanan untuk sesi akademik 2025:
TASKA PUSPANITA PARLIMEN MALAYSIA (TPPM)
ASKA PUSPANITA Parlimen Malaysia (TPPM) terbuka kepada semua warga Parlimen dan orang awam. Berikut ialah kadar bayaran bulanannya:
Little Caliphs
Little Caliphs adalah tadika Islam yang menawarkan pengalaman pendidikan unik dengan mengintegrasikan ajaran Islam dalam kurikulum yang komprehensif, bertujuan untuk memupuk perkembangan spiritual, kognitif, sosio-emosi, dan fizikal kanak-kanak.
Berikut ialah kadar yuran semasa untuk tahun 2024: (yuran 2025 akan dikemaskini kelak)
Brainy Brunch
Brainy Bunch mengintegrasikan pendekatan Montessori dengan pendidikan Islam, menyediakan pengalaman pembelajaran yang diperibadikan untuk kanak-kanak dalam persekitaran berbahasa Inggeris. Berikut ialah kadar yuran untuk kategori umur 1.5-3 tahun yang terkini:
Al Baghdadi
Al Baghdadi adalah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang menawarkan perkhidmatan taska dan tadika di beberapa lokasi di Malaysia23. Institusi ini memberi tumpuan kepada pendidikan prasekolah berasaskan Al-Quran dan nilai-nilai Islam.
Berikut ialah kadar yuran terkini untuk kemasukan tahun 2025:
REAL KIDS
REAL Kids adalah rangkaian taska dan tadika terkemuka di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1986. Terdapat lebih daripada 40 cawangan di seluruh Malaysia dan lebih daripada 5,000 pelajar.
Berikut ialah kadar yuran semasa untuk tahun 2024: (yuran 2025 akan dikemaskini kelak)
Genius Aulad
Genius Aulad adalah rangkaian taska dan tadika swasta yang menekankan pendidikan prasekolah Islam dengan pendekatan “belajar sambil bermain.” Ia menawarkan program yang seimbang antara pendidikan akademik dan pembangunan sahsiah untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun.
Berikut ialah kadar yuran semasa untuk tahun 2024: (yuran 2025 akan dikemaskini kelak)
Kinder Kaizen
KinderKaizen adalah pusat pengayaan berasaskan permainan untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun yang pertama di Malaysia mengamalkan konsep pembelajaran melalui permainan.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai taska yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), sila rujuk pada pusat TASKA berhampiran.
Anda juga boleh layari laman web taska yang berkaitan untuk maklumat lanjut dan info tmengenai yuran taska terkini untuk kemasukan 2025.