40 Contoh Menu Jamuan Kelas Untuk Sekolah Anak

menu jamuan kelas sekolah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Menjelang akhir tahun ni, tentu ibu ayah tengah sibuk memikirkan menu apa yang sesuai untuk anak bawa ke kelas sempena jamuan sekolah akhir tahun nanti.

Kalau boleh, tentulah kita nak fikirkan menu yang ringkas untuk disediakan, mudah dibawa, sedap dan dengan bajet sederhana.

Kadang-kadang, kita hanya perlu kreatif untuk ‘twist’ sedikit menu biasa untuk menambah ciri menarik kepada sesuatu makanan yang biasa dimakan agar ia nampak lebih menyelerakan dan PALING PENTING – mudah anak nak bawa ke sekolah. Tidak terlalu berat, tidak mudah tumpah, dan senang dimakan.

Jom kami kongsikan beberapa idea netizen yang menarik di media sosial untuk anda cuba buat untuk menu jamuan kelas di sekolah anak nanti.

40 Contoh Menu Jamuan Kelas / Sekolah Untuk Anak

  1. Agar-agar
  2. Puding roti milo / oreo
  3. Sandwich telur / sardin
  4. Sandwich peanut butter / fruit jam
  5. Dadih
  6. Aiskrim malaysia
  7. Bihun Singapore / bihun putih
  8. Mee goreng (tak perlu campur segala seafood)
  9. Nasi goreng simple² tapi bagi nampak menarik
  10. Macaroni cheese
  11. Macaroni goreng
  12. Pasta / spaghetti bolognese
  13. Pasta / spaghetti carbonara
  14. Creamy spiral pasta (skrol resepi di bawah)
  15. Meatball black pepper sauce
  16. Roti poket Doraemon (skrol resepi di bawah)
  17. Beli kek pisang, kek coklat, kek pandan – Potong siap2 letak dalam bekas
  18. Goreng nuggets or sosej
  19. Ayam goreng
  20. Popcorn chicken
  21. Kek batik
  22. Kek apollo
  23. Roti sosej roll
  24. Beli air kotak 1 karton / ikut bilangan murid
  25. Beli buah tembikai potong siap2
  26. Buah anggur / epal / pear cucuk macam sate
  27. Pisang
  28. Keropok keping
  29. Coco jar
  30. Donat
  31. Karipap
  32. Cheesy wedges
  33. Nasi lemak
  34. Maggi goreng
  35. Mee / bihun sup
  36. Roti jala
  37. Cupcake – buat sendiri atau boleh beli yang siap, Gardenia pun dah ada jual sekarang
  38. Roti wrap chicken
  39. Apam polkadot
  40. Mashmallow pop

CONTOH MENU 1 : MINI BURGER

Beli baby bun, potong tengah dia. Isi nugget ayam. Letak mayo n sos cili sikit. Ala² chicken burger. Habis licin anak kata kawan² makan.

Kalau ada modal boleh letak sedikit salad / sayuran lain seperti tomato atau kobis.

Sumber: Facebook Siti Nurur Raihan

CONTOH MENU 2 : MINI SPIRAL PASTA

Sumber: Tiktok mommy3bunga

MENU 3 : SWEET CORN FROZEN

  • 2kg jagung dapat 20 bekas
  • Marjerin 3 sudu
  • Susu pekat 1/2 tin
  • Secubit garam
Sumber : Facebook Zizah Mizie

MENU 4 : ROTI ROLL SOSEJ

@littleheedaya

Replying to @Yanna_ana85 Hai awak ni satu lg idea terpaling senang IDEA JAMUAN ANAK SEKOLAH ,ROTI ROLL SOSEJ… Bahan pun senang dan murah je 😉 JAMUAN ANAK SEKOLAH bawakkn yang simple2 budak2 suka,ehh yang dewasa pun suka 🤭 ROTI ROLL SOSEJ simple ROTI ROLL SOSEJ senang Selingan Meh tengok2 video saya yang ni kot nak shoping Paru Rangup @Little Heedaya Sambal Bajaq@Little Heedaya Gula Sihat@Little Heedaya #jamuanrayasekolah #jamuansekolah #ideamenusekolah #jamuankelas #jamuanraya #rotigulung #rotisosej #rotisosej #bentoboxideas #sosejroll #snackideas #breadrolls

♬ Comandoo – Rian DTM
Sumber: Tiktok littleheedaya

MENU 5 : COCO JAR

@messmymamakitchen

Resepi mudah choc jar mini coco crunch. DIY set kita ada mini coco crunch 200gm, beryls milk coklat 200gm dan coklat pop 100gm. Hanya cairkan coklat. sedap dan mudah. #chocojar #chocojarviral #fyp #chocojarmurah

♬ Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound
Sumber: Tiktok messymamakitchen

CONTOH MENU 6 : JELLY BALL

RESEPI JELLY BALL 1

  • 1 pek serbuk jelly 10g plain
  • 1/2 pek (5g) serbuk agar plain
  • 250g gula
  • 1200g air
  • Kordial lion ikutlh nak perisa ape

Cara-cara

  1. Satukan serbuk jelly serbuk agar2 dan gula
  2. Campurkan dalam air
  3. Masak hingga mendidih.. sentiasa kacau bagi semua bahan larut..
  4. Bahagi kepada beberapa bahagian. Saya buat bahagi 3 je – Setiap bahagian letak 2 sudu besar kordial
  5. Tuang dalam acuan dan tutup.
  6. Kalau takde acuan bulat ni boleh juga guna mana-mana acuan yang ada.
  7. Biar suam sikit baru masuk peti.
  8. Siap, bolehlah cucuk pada lidi macam ni.
menu jamuan kelas
Sumber: Facebook Shakila AB Rashid

Boleh juga tengok video di bawah untuk beberapa variasi lain :

Sumber: Tiktok yyaadany

RESEPI JELLY BALL 2

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 bungkus jelly (10 gram)
  • Serbuk agar-agar (3 gram)
  • Gula 300 gram
  • Air 1300ml
  • Perisa
  • Buah-buahan
  • Bekas jelly ball

Cara-cara buat jelly ball:

  1. Sediakan periuk, jangan buka api. Satukan air, serbuk jelly, serbuk agar-agar dan gula. Kacau rata.
  2. Kemudian, baru buka api dan masak sehingga mendidih. Masukkan perisa.
  3. Dalam bekas jelly ball, letakkan buah-buahan yang disukai.
  4. Apabila wap agar-agar sudah tiada, tuangkan ke dalam bekas jelly yang berisi buah tadi.
  5. Isi separuh saja, tutup bekas jelly ball dan tekan sampai keluar dari lubang kecil-kecil.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga jelly keras. Selamat mencuba!
menu jamuan kelas
@cuna_marlysa

Dah lepas ni senang la nak buat jelly ball ni. Pakai je acuan ice ball ni. Pakai serbuk jelly atau agar2 pon jadi. Tapi kalau nak cucuk kat lidi lebih sesuai pakai serbuk jelly. kalau agar2 dia mudah pecah. #jelly #jellyball #agar2 #foryou #tiktokshop #tiktokshopmalaysia #learnontiktok #cunaracuntts #tiktokshop1212megasale

♬ suara asli – Yuz – Yuz
Sumber: Tiktok cuna_marlysa

CONTOH MENU 7 : MEATBALL BLACK PEPPER SAUCE

Caranya mudah saja, mula-mula rebus bebola daging, kemudian buat sos black pepper.

menu jamuan sekolah kelas
Sumber: Facebook Izu Rosli
menu jamuan sekolah kelas
Meatball black pepper sauce versi ada sayur. Sumber : Facebook Wawa Arbain

Bahan-bahan sos black pepper:

  • 1½biji bawang holland
  • Sedikit marjerin atau butter,
  • 2 sudu makan tepung gandum,
  • 1 sudu makan lada hitam
  • Air rebusan bebola daging
  • Gula & garam secukupnya

Cara-cara

  1. Tumbuk lada hitam
  2. Tumjs butter
  3. Masuk bawang hollad, tumis hingga sedikit perang
  4. Masukkan tepung gandum,kacau dgn api perlahan sehingga warna tepung bertukar perang
  5. Masukkan lada hitam, kemudian masuk air rebusan meatball.. klu xnk guna ni boleh guna air biasa.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya

Boleh juga refer video di sini :

Sumber: Tiktok Jzlnashafie

CONTOH MENU 8 : ROTI POKET DORAEMON

Roti poket doremon sesuai sangat buat menu jamuan kelas anak-anak.

Caranya pun mudah.

Jom kami kongsikan.

menu jamuan sekolah
Sumber: Facebook Norfarahin Kasim
  1. Tekap roti putih dua keping dengan cawan.
  2. Salut roti dengan telur,dan serbuk roti.
  3. Goreng sampai garing lepas lepastu gunting tengah roti tu.
  4. Jadi dapatlah dua keping.

Untuk inti

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sosej potong nipis
  • Carrot

Cara buat inti :

  • Masuk minyak sikit,tumiskan bawang merah n putih. Bila dah naik bau, masuk carrot dan sosej.
  • Tunggu sejuk.
  • Sumbatkan semua dalam roti yang dah siap td. Sebelum letak semua bahan tu selitkan dulu dengan salad. OK, lepas tu bole letak sos dann mayonis ikut suka.
@surayamasak

Poket Doraemon ✨ Kalau ada roti lebih atau nak dekat expire, try buat menu ni. Guna je bahan apa yg ada. Serius sedap! Bahan-bahan:- 1)Inti -3 keping daging burger -Sedikit bawang holland -Sos cili (agak2) -Carrot,timun, tomato ceri -Mayonis -Serbuk lada putih 2)Poket doraemon -Roti leftovers (su guna 6keping roti) -Alat tekap (guna penutup balang pun boleh) -1 biji telur -Breadcrumbs Selamat mencuba ✨ #rotikebab #poketdoraemon #rotipoketdoraemon #kebab #lebihanroti #rotilebih #rotiexpire #rotigardenia #idearoti #idearesepiroti #ideasbreakfast #minumpetang #easyrecipes #foodie #surayamasak

♬ original sound – Suraya Masak – Suraya 𐙚
Sumber: Tiktok surayamasak

Selamat mencuba!

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut