Senarai Kursus TVET & Institusi TVET Di Malaysia

senarai kursus tvet
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam kursus TVET, terdapat senarai kursus TVET yang boleh dirujuk dalam memilih kursus yang diinginkan.

Terdapat pelabagai kursus yang ditawarkan bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke bidang tersebut.

Mengenai TVET

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan proses pendidikan dan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan dan menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan.

TVET juga menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat yang meliputi peringkat sekolah menengah, lepasan sekolah sehingga ke tenaga kerja di industri melalui latihan berasaskan pekerjaan serta latihan berterusan dan pembangunan profesional.

Menerusi TVET, ia akan menjadi pemacu utama atau ‘game changer’ bagi melahirkan tenaga mahir tempatan yang secara langsung akan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Skop TVET

Skop TVET di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Berdasarkan standard pekerjaan/industri yang diiktiraf
  • Mengandungi 50-70% komponen praktikal berdasarkan tahap program
  • Penekanan kepada elemen psikomotor dan kemahiran kerja
  • Menerapkan pendedahan industri
  • Menerapkan komponen latihan industri
  • Menerapkan projek berasaskan kerja/industri

Senarai Institusi TVET

Senarai institusi TVET di peringkat pendidikan tinggi adalah seperti berikut:

  • Giatmara
  • Institut Kemahiran MARA
  • Kolej Kemahiran Tinggi Mara
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Kolej Vokasional
  • ADTEC
  • Perhebat
  • Perda-Tech
  • Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur

Senarai Kursus TVET

Antara senarai kursus ini adalah seperti berikut:

KursusPenerangan
Kursus Teknologi AutomotifKursus ini memfokuskan kepada latihan hands-on bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam melahirkan graduan yang mempunyai kompetensi dan berkeyakinan tinggi melalui pendekatan yang menyeluruh sebagai persediaan untuk memasuki industri automotif yang semakin berkembang pesat.
Kursus Teknologi ElektrikKursus ini menawarkan kompentensi dan kemahiran dalam semua skop pekerjaan melibatkan bidang elektrik seperti pendawaian sistem 1 Fasa, sistem 3 Fasa, penyelenggaraan, rekabentuk pendawaian, baik pulih pendawaian serta pemasangan asas penghawa dingin.
Kursus Teknologi Penyejukan dan Penyamanan UdaraKursus ini menyediakan pelajar dengan kebolehan praktikal serta teori dalam bidang teknologi kejuruteraan penyaman udara dan penyejukan.

Pelajar akan menjalani latihan dalam bidang penyaman udara dan penyejukan meliputi rekabentuk sistem, pemasangan, penyelenggaraan, pemasangan elektrik dan pengurusan projek.

Program Persijilan Juruteknik Servis(CSTP) yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) turut akan disediakan kepada pelajar sebagai persijilan professional tambahan.
Kursus Teknologi KimpalanDalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia, mereka bentuk, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

Para pelajar juga akan mempelajari proses-proses kimpalan seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerged Arc Welding (SAW) dan sebagainya. Pelajar juga akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian hasil kimpalan.

Para pelajar juga akan didedahkan dengan kaedah pemotongan logam seperti menggunakan “gas oksi-asitilin”, “disc cutter”, “plasma cutting” dan “power saw”. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer, Autocad, lukisan kejuruteraan, Asas keselamatan, fitting dan lain-lain.
Kursus KulinariKursus ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan khususnya seni masakan dengan pembelajaran berkaitan sanitasi di dalam perkhidmatan, nutrisi makanan, asas masakan Malaysia dan antarabangsa.

Program ini turut memberikan tumpuan kepada asas penyajian makanan dan minuman, perancangan menu, penyediaan roti dan pastri, operasi perkhidmatan makanan komersial dan kawalan kos makanan dan minuman.
Kursus Pertanian Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang meminati bidang pertanian bagi mewujudkan tenaga kerja mahir bagi membantu transformasi sektor pertanian negara.

Ini bagi meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan domestik yang semakin meningkat dan pembangunan pertanian bernilai tinggi yang dapat meningkatkan sumbangan kepada pendapatan negara dan usahawan tani.
Kursus Teknologi MaklumatKursus ini menerapkan kemahiran dalam asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer dan rangkaian serta pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.

Selain itu, peningkatan pengetahuan pentadbiran penyelenggaraan pelayan dan pengurusan penyelenggaraan rangkaian komputer turut diutamakan
Kursus PembinaanKursus ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan konsep pembinaan sesuatu struktur, konsep lukisan pelan dan asas kejuruteraan pembinaan.

Kursus ini turut memberi tumpuan kepada lukisan berbantukan komputer (AutoCAD), Permodelan Maklumat Bangunan (BIM), bahan binaan, ukur kejuruteraan, mekanik tanah, sistem pembinaan industrial (IBS) dan konsep bangunan hijau bagi memenuhi keperluan industri pembinaan.

Selain itu, kepakaran dalam penyelenggaraan bangunan, keselamatan industri amat diutamakan.
Kursus Kejuruteraan MekanikalKursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran praktikal yang komprehensif.

Ianya merangkumi pelbagai bidang teknikal yang boleh digunakan dalam pelbagai industri termasuk menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian.
Kursus FesyenKursus ini berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan bengkel, produk dan cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian.

Penyediaan pelbagai jenis rekaan yang dihasilkan seperti pakaian kostum dan maskot, rekaan draping atau Evening Dress, pakaian custom made contohnya pakaian pejabat, pakaian sukan dan pelbagai lagi serta mempelajari menghasilkan Fashion Illustration dengan pelbagai kaedah dan teknik seperti teknik mix-media, collage, hatching dan banyak lagi.

Carian Kursus TVET

Untuk mengetahui kursus TVET dengan lebih mendalam, sila buat carian kursus di pautan https://www.tvet.gov.my/awam-kursus/carian.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai senarai kursus TVET, sila layari laman web TVET iaitu https://www.tvet.gov.my/.

Baca juga: TVET MARA : Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM (2025)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut