Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2025 / 2026 & Rayuan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

MAKLUMAN MURID TAHUN 1 (2025) : SEMAKAN TAHUN 1 , PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN ONLINE BAGI SESI 2025 / 2026 & PERMOHONAN RAYUAN

Mohon ibu bapa yang anak mereka yang akan memasuki darjah 1 Tahun 2024, sila ambil maklum tarikh penting untuk semakan dan cetak surat penempatan anak Tuan / Puan.

Surat penempatan ini nanti dibawa bersama sewaktu mendaftar anak pada bulan Februari nanti.

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan Tahun Semakan pengesahan penempatan & permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2025 / 2026 di sistem idME akan dibuka mulai 1 Oktober 2024 untuk memudahkan ibu bapa membuat cetakan untuk pendaftaran.

Jadi, bagi ibu bapa yang dah lupa dekat mana slip penempatan Tahun 1 untuk pendaftaran sekolah anak bulan Mei 2024 yang lalu, jangan lupa buat semakan dan war-warkan juga pada ibu bapa yang lain ya.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2025/2026.

Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2025 / 2026

Dimaklumkan keputusan penempatan Tahun 1/PPKI bagi sesi persekolahan 2025/2026 boleh disemak mulai 1 Oktober 2024 (Selasa) melalui sistem Pengurusan IDentiti (idMe) di pautan berikut – https://idme.moe.gov.my/login

  • Rayuan hanya melalui sistem idme – dibuka mulai 1 Oktober 2024 – 31 Oktober 2024. Sila login ke pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk rayuan.
  • Semakan keputusan rayuan mulai sistem idme mulai 1 Disember 2024 – 31 Disember 2024

MAKLUMAN TAMBAHAN (Sekiranya RAYUAN tidak berjaya)

  • Sekiranya keputusan rayuan TIDAK BERJAYA – ibu bapa penjaga perlu sahkan penempatan yang telah diberi sebelum ini. Sekiranya rayuan BERJAYA – ibu bapa perlu sahkan penerimaan sekolah berdasarkan kelulusan rayuan tersebut.
  • Permohonan pindah sekolah dalam daerah mulai minggu ke-2 sesi persekolahan baharu (guna borang PUA275)
  • Permohonan pindah sekolah antara daerah/antara negeri boleh mohon RESET melalui PPDHL.
  • Daftar Lewat – boleh mohon melalui sistem idme sehingga 17 Januari 2025.
  • Daftar Lewat – guna borang ASBS mulai 19 Januari 2025.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

CARA SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2025/2026

LANGKAH 1 – Login ke portal idMe https://idme.moe.gov.my/login

semakan penempatan tahun 1

LANGKAH 2 – Pergi bahagian Menu (rujuk gambar)

LANGKAH 3 – Klik Aplikasi

LANGKAH 4 – Klik Permohonan Kemasukan

Klik bahagian menu di bawah

Anda akan dibawa ke bahagian Permohonan.

LANGKAH 5 – Klik Pendaftaran Tahun 1 2025

Status permohonan berjaya akan dipaparkan seperti berikut:

LANGKAH 6 – Cetak surat tawaran dan hantar ke sekolah.

Surat penempatan ini perlu dihantar ke pejabat sekolah sebelum 31 Oktober 2024.

Ibu bapa perlu membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran penempatan Tahun 1 seperti di bawah:

semakan tahun 1 2024 penempatan pendaftaran

Baca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK JKM) RM1000 Sebulan

TINDAKAN IBU BAPA

Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.

PERAKUAN PENEMPATAN

  1. Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
  2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
  3. Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

Permohonan Rayuan Penempatan Tahun 1

Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, anda boleh membuat rayuan mulai 1 Oktober hingga 30 Oktober 2024.

Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak bersetuju dengan penempatan yang dipaparkan, mereka boleh membuat rayuan.

Bersama-sama ini juga disertakan manual pengguna bagi rujukan tuan/puan.

MANUAL PENGGUNA: PERMOHONAN RAYUAN PENEMPATAN SEKOLAH (Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM)

Sila rujuk panduan di bawah:

  1. Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  2. Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  3. Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  4. Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

TINDAKAN SEKOLAH

  1. MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
  2. Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
  3. Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
    Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut.

Baca juga:  Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/2026 KPM Online (public.moe.gov.my)

LANGKAH RAYUAN TAHUN 1 JIKA TIDAK SETUJU SEKOLAH YANG DITEMPATKAN:

  1. Login https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik pengesahan penempatan
  3. Cetak surat tawaran
  4. Mohon RAYUAN (dalam sistem idMe) mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2024.
  5. Keputusan rayuan akan keluar pada bulan Disember.

Semakan keputusan rayuan penempatan Tahun 1 boleh dibuat mulai 1 Disember 2024.

Terlupa Kata Laluan

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

  1. Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
  2. Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
  3. Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

Maklumat Lanjut Semakan Tahun 1 Sesi 2025/2026

Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut