Advertisements

Semakan Keputusan MRSM 2021 & Rayuan Kemasukan Tingkatan 1 & 4

Advertisements

Semakan keputusan UKKM / tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM sesi 2021 boleh disemak secara berperingkat mulai Rabu, 10 Mac 2021.

Perkara itu diumumkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Kemasukan ke MRSM pada tahun ini mengambil kira 2 kriteria berikut:

  • lulus Ujian Kecenderungan Kecemerlangan Kemasukan ke MRSM (UKKM) atau Ujian Khas Ulul Albab
  • merit Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga.

Pengerusi Mara, Datuk Azizah Mohd Dun berkata agensi itu masih mengekalkan dasar 60 peratus pengambilan pelajar dalam kalangan berpendapatan rendah atau B40.

“Keutamaan juga diberikan kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar. Bagi memastikan pelajar B40 ini dapat meneruskan pengajian di MRSM, Mara akan meneruskan program BUDI Mara.

“Pelajar terpilih akan diberi bantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,100 merangkumi yuran persekolahan, pembelian pakaian persekolahan, pakaian harian, keperluan asrama, peralatan persekolahan dan sebagainya,” ujarnya.

Baca juga: Biasiswa Yayasan Pahang 2021: Syarat, Permohonan & Semakan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pada tahun ini, dua buah MRSM baharu juga akan dibuka iaitu MRSM ATM Bera, Pahang dan MRSM Bagan Datuk, Perak yang dijangka beroperasi pada awal Jun 2021 bagi memberi peluang pendidikan yang lebih besar kepada masyarakat.

Pelajar MRSM sedia ada kini berjumlah 28,087 orang pelajar setakat Februari 2021 di 53 buah MRSM.

MRSM menawarkan enam program iaitu

  • MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
  • MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP)
  • MRSM Ulul Albab
  • MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)
  • MRSM Premier
  • MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

Cara Semakan Keputusan MRSM Sesi 2021

Cara membuat semakan keputusan MRSM sesi 2021 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah
  2. Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
  3. Keputusan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
  4. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.
  5. Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.
semakan ukkm mrsm

Selain semakan online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Baca juga: Program Jana Niaga MARA Shopee: Baucer Kedai & Kredit Iklan RM800

Rayuan Kemasukan MRSM Sesi 2021

Bagi yang tidak berjaya, permohonan rayuan ke MRSM akan dibuka pada 7 April 2021 sehingga 30 Mei 2021 secara dalam talian.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2021.

semakan mrsm 2021

https://www.youtube.com/watch?v=49_YGSorf_E

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan anda, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Leave a Comment