STPM 2024 – Semakan Keputusan Peperiksaan Semester 1

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2024, Semester 1 akan diumumkan pada 25 April 2024, jam 10.00 pagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui sebuah infografik di media sosial rasmi badan tersebut.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon.

Tarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2024

Tarikh pengumuman keputusan Semester 1, STPM 2024 adalah pada tarikh dan waktu berikut:

  • Hari : Khamis, 25 April 2024
  • Masa : 10.00 pagi

Terdapat 2 cara semakan bagi calon-calon mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sila rujuk langkah-langkah semakan di bawah:

Cara Semakan Keputusan STPM Online & SMS

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:

KAEDAH SEMAKAN

i) Semakan melalui portal MPM 

Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan https://stpm.mpm.edu.my

keputusan stpm semakan

Sila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.

Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.

Untuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.

ii) Semakan melalui SMS

STPM<jarak>No.K/P>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 mulai jam 10.00 pagi

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke
[email protected]

Semoga berjaya.

Sumber:
Majlis Peperiksaan Malaysia

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2024

Rayuan semak semula STPM akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan:

  • Tarikh buka : 25 April 2024 (10.00 pagi)
  • Tarikh tutup : 3 Mei 2024 (12.00 tengah malam)

Pautan rayuan penyemakan semula keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia : http://online.mpm.edu.my

Bayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah RM50.00 bagi satu matapelajaran.

Bayaran boleh dibuat melalui MyPay di pautan https://mypay.com.my/web/mpm/

keputusan stpm

Semakan Keputusan Semak Semula

Keputusan akan diterima dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Semakan boleh dibuat di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!