Semakan CCRIS Online – Bank Negara Malaysia (BNM)

semakan ccris online
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mulai hari ini pengguna individu baharu warganegara Malaysia boleh membuat semakan CCRIS dan mendaftar akaun eCCRIS mereka dengan mudah dari rumah. Tidak perlu lagi datang ke Bank Negara Malaysia atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pendaftran eCCRIS!

@ecentral.my

Nak angkat Honda ketam kena check CCRIS dulu bang. Senang sikit loan lulus nanti kalau tahu cara check CCRIS online. Free je tak perlu bayar. #ccris #eccris #skorkredit #creditscore #creditreport #honda #bangsahonda

♬ Hip Hop Background(814204) – Pavel

Mudah dan lebih selamat, bukan?

Bagi yang belum tahu, CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.

Sistem ini mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta.

Contoh maklumat yang direkodkan termasuklah bayaran ansuran PTPTN.

Tetapi CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak ya!

Jom ketahui lebih lanjut tentang semakan CCRIS online ini.

Apakah CCRIS Bank Negara Malaysia?

CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System) Elektronik yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia.

  • Dimiliki dan dikendalikan oleh BNM untuk memudahkan pengurusan risiko kredit di antara bank.
  • CCRIS memproses data yang diterima daripada institusi kewangan peserta dan menggabungkannya menjadi laporan kredit.
  • Laporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan, peminjam (atas permintaan) dan agensi pelaporan kredit yang diluluskan (dengan persetujuan peminjam).
  • Peminjam boleh mengakses laporan kredit mereka secara dalam talian menerusi eCCRIS tanpa bayaran.

Sebagai pengguna eCCRIS, anda boleh membuat semakan CCRIS online di mana sahaja dan bila-bila masa.

Tiada had ditetapkan untuk membuat semakan CCRIS online ini dan ianya percuma!

Siapa yang boleh mengakses Laporan eCCRIS?

  • Mana-mana peminjam individu atau syarikat untuk laporan kredit sendiri;
  • Mana-mana peminjam individu untuk laporan kredit perniagaan sendiri, iaitu milikan tunggal, perkongsian atau badan profesional;
  • Institusi kewangan, untuk sebarang permohonan kredit dan semasa menyemak kelayakan kredit pelanggan sedia ada; dan
  • Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan oleh BNM dengan kebenaran daripada peminjam.

Selain itu, Laporan CCRIS juga boleh dipohon bagi pihak:

  • syarikat, badan perniagaan atau profesional, oleh individu yang diberi kuasa oleh entiti;
  • peminjam yang telah meninggal dunia, oleh individu yang dilantik oleh Mahkamah.
ccris online bnm

Apakah Maklumat Didapati Melalui Semakan CCRIS Online?

Melalui semakan CCRIS online, anda akan mendapat Laporan Kredit CCRIS yang mengandungi maklumat kredit peminjam seperti berikut:

i) Kredit Belum Berbayar

Semua kemudahan kredit yang diperoleh peminjam, yang masih belum berbayar, sama ada di bawah:

  • nama sendiri;
  • akaun bersama dengan peminjam lain;
  • nama keempunyaan tunggal atau perkongsian yang peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;
  • nama badan profesional yang peminjamnya merupakan anggota badan profesional tersebut; atau
  • nama syarikat.

Kemudahan kredit yang telah dibayar sepenuhnya dikecualikan daripada laporan kredit.

ii) Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas

Semua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.

iii) Permohonan Kredit

Semua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.

Cara Baca Laporan CCRIS

Semua orang nak nombor ‘0’ dalam CCRIS. Kenapa?

Ini contoh laporan CCRIS. Setiap huruf dan nombor tu ada MAKSUD TERSIRAT!

Kenapa nak ‘0’ dalam rekod CCRIS?

0 – Tiada tunggakan

1 – Lewat 1 bulan

2 – Lewat 2 bulan

3 – Lewat 3 bulan

Jika tak bayar lebih dari 3 bulan, ada nama anda dah direkod dalam pemerhatian Akaun Perhatian Khas atau Special Attention Account (SAA)

Cuba ingat ada bayaran tertunggak tak? Kalau ada, jangan tangguhkan pembayaran, nanti nak apply loan memang susah pihak bank nak luluskan sebab rekod pembayaran dan CTOS score kita tak cantik.

contoh laporan ccris cara baca

Antara kod penting dalam laporan CCRIS yang perlu anda tahu adalah:

  • Kod 10 : Pinjaman hartanah
  • Kod 00 : Pinjaman Peribadi
  • Kod 00 : Kad kredit
  • Kod 30 : Pinjaman kereta code 30
  • Kod 23 : Pinjaman ASB loan
  • Kod 90 : Pinjaman pajak gadai

[Kod 00 ] adalah clean loan, pinjaman tidak ada pajakan seperti hutang personal loan & Kad kredit.

[Kod 10] adalah pinjaman rumah kediaman, dalam laporan CCRIS & CTOS akan tulis pinjaman perumahan Kod 10

Kepentingan Laporan Kewangan

Jika rekod dalam CCRIS menunjukkan si pemohon itu mempunyai rekod membayar balik pinjamannya dengan baik, barulah bank akan meluluskan permohonannya.

Namun jika kita tidak pernah mempunyai hutang, nama kita tidak timbul dalam CCRIS dan ia boleh menyukarkan kita apabila mahu memohon pinjaman pada masa depan.

Eh, kenapa pula ya?

Ini kerana, tanpa ada rekod dalam CCRIS, bank tidak tahu apakah kita seorang pembayar balik pinjaman yang berdisiplin ataupun sebaliknya.

Walau bagaimanapun, institusi kewangan peserta masing-masing mempunyai dasar tersendiri apabila memproses permohonan pembiayaan.

Baca juga : Pinjaman LPPSA : Semakan Kelayakan & Permohonan Online

Keputusan pemberian pinjaman dan pembiayaan oleh institusi kewangan peserta bergantung pada maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk laporan kredit, kesanggupan mengambil risiko dan strategi perniagaan sesebuah institusi kewangan peserta.

CCRIS tidak semestinya merupakan sumber maklumat tunggal yang digunakan oleh institusi kewangan peserta untuk menilai kepercayaan kredit pemohon atau peminjam.

Sistem Informasi rujukan seperti CTOS (Credit Tip Off Service) juga memaparkan maklumat kewangan anda dengan melaporkan tunggakan hutang dengan pihak pemiutang (bukan dengan bank).

Contohnya;

i. Kedai perabot, barangan elektrik, atau apa-apa barangan bayaran ansuran (contoh : Courts, Singer)
ii. Kedai motor
iii. Bil dengan syarikat komunkasi
iv. Syarikat-syarikat lain di mana anda berhutang dengan bayar secara ansuran atau menjadi penjamin yang tertunggak bayarannya

Cara Semakan CCRIS Online

Dari manakah saya boleh mendapatkan Laporan CCRIS?

Jika anda warganegara Malaysia yang mempunyai akaun perbankan dalam talian dan BELUM mendaftar sebagai pengguna eCCRIS, sila mendaftar secara dalam talian melalui portal eCCRIS.

Bagi lain-lain individu dan entiti, daftar untuk akses eCCRIS dengan menghantar Borang Permohonan CCRIS/eCCRIS berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK.

Jika anda ingin mengakses laporan kredit anda dalam talian melalui eCCRIS, sila mendaftar sebagai pengguna eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1

Layari https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml

Langkah 2

Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:

  • 1 salinan MyKad (depan dan belakang) atau
  • 1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
  • 2 dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)

Langkah 3

Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen.

Akhir sekali boleh muat turun laporan CCRIS masing-masing.

Dalam laporan akan tunjukkan maklumat penting2 seperti tunggakan. Kalau semua ‘0’, bagus dan cantik la tu.

Kalau banyak nombor lain 1,2,3,4,5 maksudnya ada tunggakan.

Boleh semak lanjut dengan institusi tersebut untuk pengesahan.

Apply CCRIS ni free saja. CTOS kena bayar.

Cara Semakan CCRIS Secara Manual

Bagi yang tidak mahu membuat semakan CCRIS online, anda juga boleh melakukannya secara manual melalui cara berikut:

i) Kios

Anda boleh memohon laporan kredit peribadi melalui Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK.

Kiosk CCRIS terdapat di premis Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negara.

Sila layari laman web dan media sosial AKPK untuk maklumat lokasi dan waktu operasi.

Sila bawa MyKad anda dan laporan kredit akan dicetak kepada anda pada masa itu juga.

ii) Agensi Pelaporan Kredit Yang Diluluskan

Anda juga boleh memohon laporan kredit peribadi CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM.

Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan:

Agensi Pelaporan Kredit mungkin mengenakan bayaran untuk khidmat mereka.

Sila bawa Mykad beserta apa-apa dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti anda seperti lesen memandu atau passport (sekiranya bukan rakyat Malaysia).

Laporan kredit akan diberikan kepada anda pada masa itu juga.

iii) Memohon melalui surat

Sekiranya anda memohon laporan kredit CCRIS menerusi surat, anda boleh memohonnya dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut :

  • Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR);
  • Borang Pengisytiharan Pinjaman;
  • Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan
  • Mana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):
  •      Bil air;
  •      Bil elektrik;
  •      Bil telefon;
  •      Penyata akaun bank;
  •      Penyata kad kredit; atau
  •      Penyata KWSP.

Borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman boleh didapati di laman web http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau klik di sini untuk muat turun borang.

Sila pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:

BNMTELELINK
LINK dan Pejabat BNM
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn,
P.O Box 10922,
50929 Kuala Lumpur

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai semakan CCRIS online melalui sistem eCCRIS Bank Negara Malaysia, anda boleh menghubungi Pusat Hubungan BNMTELELINK di saluran berikut

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut