Bagi pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), anda boleh semak baki akaun anda di mana sahaja dengan memanfaatkan perkhidmatan perbankan dalam talian BSN yang dikenali sebagai BSN Online yang juga dikenali sebagai myBSN.
Dengan myBSN, anda tidak lagi perlu menghadirkan diri ke kaunter cawangan BSN untuk menyemak baki wang simpanan anda sebaliknya semuanya boleh dijalankan di mana sahaja melalui peranti mudah alih anda.
Teruskan bacaan untuk mengenali apa itu aplikasi myBSN dan bagaimana caranya untuk semak baki duit dalam akaun anda.
Apakah myBSN?
Ianya merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Kita juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan BSN online melalui internet seperti:
- Semak Baki Akaun Simpanan BSN
- Pemindahan Dana
- Pembayaran Bil
- Pembayaran Kad Kredit
- Pembelian SSP
- Pembelian Pin
- dan banyak lagi.
Sekiranya anda ingin memuat turun aplikasi myBSN, sila klik salah satu pautan muat turun di bawah:
- Google Play (Bagi pengguna Android)
- App Store (Pengguna iOS)
Pendaftaran Akaun BSN Online
Untuk menikmati segala kemudahan yang disediakan melalui myBSN termasuklah semak baki akaun BSN anda, anda perlulah mendaftar dan mengaktifkan dahulu akaun myBSN anda.
Proses ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja apabila anda baru pertama kali menggunakan perkhidmatan myBSN.
Sekiranya anda sudah mendaftar dan mengaktifkan akaun myBSN anda, anda hanya perlu log masuk akaun anda.
Baca lagi: myBSN: Cara Daftar BSN Online Banking & Login Akaun
Cara Semak Baki Akaun BSN
Berikut merupakan langkah-langkah untuk semak baki akaun BSN anda:
- Layari laman web rasmi BSN di alamat https://www.bsn.com.my/
- Sebagai alternatif, anda juga boleh mengakses myBSN melalui aplikasi myBSN yang dinyatakan di atas
- Pada bahagian menu atas website tersebut, klik pada myBSN
- Masukkan butiran akaun anda untuk log masuk ke akaun myBSN anda
- Pada halaman utama selepas log masuk, baki akaun simpanan anda akan dipaparkan.
- Anda juga boleh klik pada akaun tersebut untuk melihat transaksi terkini.
Selain dari semakan baki, anda juga boleh memuat turun penyata akaun untuk tujuan rekod atau dokumentasi.
Kelebihan Menyemak Baki Akaun BSN Secara Online
Semakan baki akaun melalui myBSN memberi pelbagai kelebihan kepada pengguna:
- Selamat dan Terjamin: myBSN menggunakan sistem keselamatan yang canggih seperti TAC (Transaction Authorization Code) dan pengesahan dua faktor.
- Cepat dan Mudah: Anda hanya perlu log masuk dan klik beberapa butang untuk mengetahui baki akaun.
- Jimat Masa dan Tenaga: Tiada keperluan untuk hadir ke ATM atau cawangan BSN.
- Boleh Diakses Di Mana-Mana: Sama ada di rumah, pejabat atau dalam perjalanan – asalkan ada sambungan internet.
Tips Keselamatan Semasa Guna myBSN
Walaupun perkhidmatan semakan baki akaun BSN ini selamat, pengguna dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga ketika menggunakan myBSN:
- Elakkan klik pautan yang meragukan yang kononnya daripada BSN.
- Jangan kongsi ID pengguna atau kata laluan dengan orang lain.
- Elakkan menggunakan komputer awam untuk akses myBSN.
- Sentiasa log keluar selepas selesai urusan.
- Tukar kata laluan secara berkala.
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh myBSN atau mempunyai sebarang masalah untuk semak baki akaun BSN anda, sila hubungi dengan pegawai khidmat pelanggan di talian 1300 88 1900