Selawat Adnani merupakan selawat yang boleh diamalkan umat Islam, bagi menunjukkan rasa cinta dan hormat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Mengamalkan selawat merupakan satu pekara sunat yang sangat digalakkan untuk kita lakukan.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi berkenaan selawat ini seperti cara pembacaan selawat, kelebihan berselawat dan sebagainya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.
Apa itu Selawat Adnani?
Selawat merupakan ungkapan doa dan pujian yang ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W, yang mengandung permohonan kepada Allah S.W.T untuk memberikan rahmat dan keberkatan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, dan para sahabat Baginda.
Perkataan “Selawat” itu merupakan sebuah perkataan yang dibentuk dari perkataan “Solat” yang membawa maksud doa atau pujian. Selawat ini telah ditakrifkan sebagai “doa kesejahteraan ke atas Nabi” oleh Kamus Dewan Edisi Keempat.
Selawat Adnani adalah salah satu bentuk selawat yang biasa diamalkan oleh umat Islam sebagai ungkapan kecintaan dan penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW. Seperti bentuk-bentuk selawat lainnya, Selawat Adnani memohon kepada Allah SWT untuk memberikan rahmat dan keberkahan kepada Nabi Muhammad SAW.
Baca juga: Selawat Ringkas, Panduan Bacaan & Kelebihan Mengamalkannya
Panduan Bacaan Selawat Adnani (Solla Alaikallah Huya Adnani)
Bagi anda yang tidak tahu atau tidak pernah mendengarkan selawat adnani ini, berikut merupakan teks bacaan bagi selawat ini dalam tulisan Jawi dan Rumi.
Bersama teks ini juga disekalikan makna bagi selawat ini untuk anda fahami:
Kelebihan Berselawat
Berikut merupakan antara beberapa kelebihan atau manfaat yang bakal anda peroleh jika anda mengamalkan selawat adnani ini dalam kehidupan seharian anda:
- Mendapatkan Rahmat dan Keberkahan
- Orang yang sering berselawat juga akan mendapatkan rahmat dan keberkatan dalam kehidupannya.
- Mendapat Syafaat Nabi Muhammad SAW
- Diyakini bahwa mengamalkan selawat dapat mendatangkan syafaat dari Nabi Muhammad S.A.W pada hari kiamat. Syafaat ini adalah bantuan atau perantaraan yang dapat meringankan beban umat Islam di akhirat nanti.
- Menghapuskan Dosa
- Mengamalkan selawat dengan ikhlas dapat membantu menghapus dosa-dosa kecil.
- Meningkatkan Kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW
- Selawat adalah ungkapan cinta dan penghormatan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dengan sering mengamalkan selawat, seseorang dapat memperkuat rasa cinta dan penghormatannya kepada Rasulullah S.A.W.
- Menghilangkan Kesusahan dan Kesulitan
- Diyakini bahwa dengan mengamalkan selawat, Allah S.W.T akan mempermudah urusan dan menghilangkan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi.
- Selawat juga dapat menjadi sumber ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.
- Meningkatkan Keimanan dan Ketaqwaan
- Dengan sering mengamalkan selawat adnani, seseorang dapat menjadi lebih dekat kepada agama dan lebih taat dalam menjalankan perintah Allah S.W.T.
Video Selawat Adnani
Bagi anda yang tidak pernah mendengarkan selawat adnani ini, berikut merupakan video selawat dari Youtube Teacher Muhammad Firdaus, yang boleh anda jadikan sebagai panduan anda bagi peringkat permulaan ini: