Selamat Hari Gawai: Maksud dan Contoh Ucapan

selamat hari gawai
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Selamat Hari Gawai buat yang menyambutnya.

Hari Gawai diraikan sebagai tanda berakhirnya musim menuai pada bukti, selain untuk melahirkan rasa syukur atas rezeki yang diperoleh pada musim tersebut.

Hari ini merupakan hari bagi suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu untuk berpesta dan bergembira bagi meraikan rezeki menuai pada kerana perkataan “gawai” itu bermaksud pesta.

Apakah itu Hari Gawai?

Mengikut laman Dewan Budaya, Hari Gawai (atau selalu disebut sebagai Gawai Dayak) merupakan perayaan tradisi yang disambut oleh etnik Iban, Bidayah dan orang ulu di Sarawak.

Gawai bermaksud “perayaan” dan Dayak pula nama kolektif untuk orang peribumi di Sarawak, Kalimantan dan pedalaman Borneo.

Perayaan ini disambut pada 1 Jun setiap tahun.

Sejak 25 September 1964, Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayyaan rasmi di di Sarawak dan sambutan pada peringkat negeri yang pertama telah dianjurkan pada 1 Julai 1965.

Sebelum dipanggil Hari Gawai, cuti umum ini dipanggil “Hari Sarawak” oleh pemerintah Rajah Brooke.

Tarikh Hari Gawai 2024

selamat hari gawai

Hari gawai 2024 akan disambut pada 1 Jun 2024 bersamaan hari Sabtu.

Artikel berkaitan: Kalendar 2025: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah

Upacara Hari Gawai

sambutan hari gawai

Persediaan untuk menyambut Gawai Dayak bermula bila tibanya bulan Mei dengan penapaian “tuak” iaitu sejenis minuman tradisi komuniti Dayak. Penapaian tuak mengambil masa selama kira-kira sebulan.  

Setelah siap membuat tuak iaitu selepas pertengahan bulan Mei, kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang dipanggil “sarang semut”, “acuan” dan “kuih sepit”.

Hari Gawai juga turut dilazimi dengan amalan ziarah-menziarahi yang dipanggil ngabang (Iban) atau bijarah (Bidayuh).

Ucapan dalam bahasa etnik

Berikut pula merupakan ucapan Selamat Hari Gawai menggunakan bahasa etnik yang terdapat di Sarawak:

Iban – ‘Selamat Ngintu Hari Gawai Dayak’
Bidayuh – ‘Silamat Andu Gawai Dayak’
Kayan – ‘Selamat Dau Gawai Dayak’
Kenyah – ‘Selamat Tau Gawai Dayak’
Kelabit – ‘Doo Adto Irau Dayak’
Berawan – ‘Selamat Enchiew Gawai Dayak’
Saban – ‘Selamat Siew Gawai Dayak’
Lun Bawang – ‘ Do Aco Irau Dayak’
Bisaya – ‘Selamat Nyambut Adau Gawai Dayak”
Melanau – ‘Selamat Lau Gawai Dayak’
Penan – ‘Jian Dau Gawai Dayak’

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut