Sekam Di Dada – Sinopsis, Waktu Tayangan, Sedutan Episod

Sekam Di Dada - Sinopsis, Waktu Tayangan, Sedutan Episod
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Drama bersiri Sekam Di Dada telah memulakan tayangannnya pada 12 Mac 2025. Drama ini dijangka menjadi salah satu karya terbaik yang menghiasi Slot Samarinda TV3 pada tahun 2025. 

Jika anda peminat drama Melayu yang penuh emosi dan konflik keluarga, anda wajib nonton drama Sekam Di Dada ini. 

Berikut dikongsikan info lanjut mengenai drama ini.

BACA JUGA: Keluarga Itu: Sinopsis Drama, Pelakon & Sedutan Episod 1-30

Sinopsis Drama Sekam Di Dada

Sekam Di Dada mengisahkan penderitaan Orkid (Amyra Rosli), seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan toksik bersama suaminya, Nasir (Dato’ Adi Putra). 

Di sebalik imej sempurna sebagai suami dan bapa, Nasir menyembunyikan sisi gelap yang menyeksa Orkid secara emosi.

Konflik utama bermula apabila Nasir jatuh sakit dan kehilangan keupayaan berjalan. Secara mengejut, Orkid menuntut cerai. Tindakan ini mencetuskan kemarahan Nasir dan rasa kecewa anak-anak mereka, Nazman (Apich Lo) dan Sara (Auni Yusri).

Mereka tidak dapat menerima keputusan yang dilakukan oleh ibunya dan tidak menyangka ibunya ingin meninggalkan mereka dalam keadaan terpuruk. 

Walaubagaimanapun, apabila Orkid benar-benar pergi daripada rumah itu, barulah mereka (anak-anak Orkid dan Nasir) sedar bahawa Nasir bukan lelaki yang mudah untuk diuruskan. 

Konflik menjadi semakin rumit apabila kekasih lama Orkid,  Arif (Josiah Hogan), kembali ke dalam hidupnya. 

Kalau nak tahu apa jadi seterusnya, jangan lupa nonton!

@adpadiputra

Selamat Berpuasa semua! Nantikan Sekam Di Dada di TV3 bermula 12 March di Slot Samarinda, setiap Isnin – Jumaat, pukul 10 Malam. Di TV3 @dramasangat #sekamdidada

♬ Tetap Berharap – Jimi

BACA JUGA: Drama Dia Imamku – Sinopsis & Sedutan Episod

Barisan Pelakon & Watak

Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat yang membawa watak-watak kompleks dengan penuh penghayatan. 

PELAKONWATAK
Dato’ Adi PutraNasir
Amyra RosliOrkid
Josiah HoganArif
Puteri Sarah LiyanaRozie
Auni YusriSara
Qistina KhaledNoreen
Apich LoNazman

Drama ini diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd denga arahan Zamri Zakaria dan skrip oleh Wan Mahani Wan Hassan.

Waktu Tayangan Sekam Di Dada

Drama “Sekam Di Dada” ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam di slot Samarinda TV3.

  • Hari Tayangan: Isnin hingga Jumaat
  • Slot: Samarinda
  • Saluran: TV3

Bagi penonton yang tidak sempat menonton di kaca televisyen, drama ini juga boleh distrim di platform penstriman Tonton bila-bila masa.

Lagu Tema (OST)

  • Tajuk: Tetap Berharap
  • Penyanyi: Jimi Kamal

Sedutan Episod (Highlight)

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut