Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2024/2025 : Jadual Waktu Peperiksaan
Darjah Khas Agama atau SDKA merupakan sebuah sistem pengajian agama Islam yang hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim.
Pengajian di peringkat Darjah Khas Agama ini adalah program lanjutan pembelajaran di Sekolah Agam Kerajaan Johor di bawah Institusi Pendidikan Agama Johor.
Sejarah Pengenalan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)
Walaupun Darjah Khas Agama mungkin kurang dikenali di luar negeri Johor, SDKA sebenarnya sudah lama diwujudkan. SDKA diperkenalkan secara formal pada tahun 1923 lagi.
Sistem pengajian diwujudkan untuk diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya.
Disamping itu, ia berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Pengajian SDKA ini disediakan untuk lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di SDKA agar mudah difahami.
Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
BACA JUGA: eSMANJ – Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2025
Objektif
Pengajian di peringkat Darjah Khas Agama ini diwujudkan untuk mencapai objektif yang berikut:
- Memberi kefahaman yang lebih luas tentang Islam agar pelajar dapat menyempurnakan peranannya sebagai hamba dan Khalifah Allah di bumi.
- Memupuk kekuatan diri dan daya juang yang tinggi menerusi pendidikan dan pembinaan iman yang mantap
- Melahirkan golongan muslim mukmin yang sepadu dan seimbang antara akalnya, rohaninya, jasmaninya, dan emosinya bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat
- Membentuk generasi pelanjut umat yang berkualiti dan sentiasa bersyukur kepada Allah.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi Sijil Darjah Khas Agama adalah setahun, dari bulan Februari hingga November.
Jumlah pertemuan maksimum pada setiap bulan hanya empat kali sahaja dan sekiranya terdapat lima minggu dalam sebulan, maka minggu pertama adalah cuti.
Hari pengajian bagi SDKA hanyalah 1 hari persekolahan dalam seminggu di mana masa pembelajaran daripada 8 pai hingga 1 tengah hari (5 jam sahaja).
Kebiasaannya, jumlah murid dalam setiap kelas antara 35 hingga 40 orang.
Syarat Kelayakan
Pelajar yang hanya memenuhi syarat-syarat berikut sahaja akan diterima masuk melanjutkan pengajian dalam sistem Sijil Darjah Khas Agama ini:
- Warganegara Malaysia. Bukan warganegara yang boleh dipertimbangkan.
- Lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dengan pencapaian markah sekurang-kurangnya 50% sebelum 2005
- Lulus enam (6) matapelajaran termasuk tiga (3) matapelajaran Teras mulai tahun 2005
atau
- Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
Kelebihan
Bagi mereka yang belum mengetahui, SDKA merupakan sijil tertinggi dalam sistem Sekolah Agama Kerajaan Johor peringkat rendah dan mula diwujudkan pada tahun 1923 sebelum digubal sukatan pelajaran pada tahun 1930 dan dimulakan secara rasmi sama seperti SDKA sekarang bermula pada tahun 1932 apabila kelas SDKA dimulakan.
Kalau mengikut sistem Sekolah Agama Kerajaan Johor peringkat rendah, para pelajar akan bermula dengan darjah 1 sehingga darjah 5 (kemudian mendduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa atau UPKK ) , disambung kepada Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) untuk darjah 6 dan berakhir dengan SDKA untuk darjah 6+1.
Konsep pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor ialah siapa gagal, dia tak naik darjah. Bermaksud jika anda gagal darjah 1 anda akan kekal di darjah 1 sampai anda lulus. Sebab itu jugalah kadang-kadang ada pelajar darjah 4 tapi umur 15 tahun (feeling mudalah tu) walaupun sepatutnya umur bagi darjah 4 jika anda lulus setiap darjah cumalah 10 tahun. Bagi SDKA pula, anda cuma akan layak mengambil tahap lanjutan ini apabila lulus peperiksaan SDEA.
Tempoh masa pembelajaran SDKA ialah selama setahun sahaja iaitu daripada bulan 2 sehingga bulan 11 dan peperiksaan akhir akan diadakan pada penghujung tahun iaitu bermula sekitar bulan 11 atau 12.
Uniknya SDKA ini ialah pelaksanaan proses pembelajarannya hanyalah maksima 4 kali pertemuan dalam sebulan iaitu selama 5 jam bermula jam 8 am sehingga jam 1 pm. Bermakna anda cuma perlu hadir ke sekolah seminggu sekali untuk mempelajari keseluruhan sukatan pelajaran SDKA itu sendiri iaitu sebanyak 11 subjek dan kebiasaan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) diadakan pada setiap hari Sabtu.
Subjek-subjek tersebut ialah Al-Quran, Tauhid, Ibadat, Muamalat, Munakahat, Jenayah, Arab, Faraid, Tafsir Al-Quran, Sirah dan Akhlak.
Satu lagi yang anda kena tahu, tak kiralah dari darjah 1 Sekolah Agama Negeri Johor peringkat rendah hinggalah SDKA ini, bagi menjawab peperiksaan tersebut kenalah dalam bentuk tulisan Jawi dan bukan Rumi. Sebab itu jugalah kenapa dalam proses P&P, guru-guru akan menggunakan sepenuhnya tulisan jawi dalam proses P&P.
Perkara ini dilakukan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan bahawa khazanah tulisan Jawi ini dapat dikekalkan dan dipelihara untuk generasi seterusnya supaya tidak ditelan diarus zaman.
Bagi mereka yang dapat keputusan SDKA, jangan tiba-tiba pelik kenapa ada gred 1 bagai dan bukannya guna sistem pointer atau sistem Abjad (A, B, C , D) dalam sijil rasmi SDKA anda nanti. Sebab sijil ini menggunakan sistem penggredan atau pangkat iaitu 1 untuk paling cemerlang, 2 cemerlang, 3 baik , SAA lulus dan gagal tu gagal.
Kebiasaannya setiap tahun akan diadakan majlis Konvokesyen oleh pihak sekolah dan Daerah untuk meraikan mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SDKA. Jadi jangan hairan tiba-tiba nampak ada yang pakai jubah konvokesyen kat sekolah agama, maksudnya ada majlis konvokesyen meraikan merekalah tu.
Kelebihan mempunyai sijil darjah khas ini selain bertujuan memantapkan diri dengan ilmu agama di Johor sebelum Izrail memanggil antaranya ialah;
1) Salah satu syarat kelayakan untuk menjadi Guru KAFA di negeri Johor.
2) Sijil tambahan untuk diberi keutamaan bekerja dalam sektor kerajaan di Negeri Johor.
Sumber perkongsian oleh Nur Firdaus
Tarikh Peperiksaan SDKA Sesi 2024/2025
Peperiksaan bertulis Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025 akan berlangsung pada tarikh berikut:
20 JANUARI 2025 SEHINGGA 27 JANUARI 2025
Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2024/2025
JADUAL PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH KHAS AGAMA (SDKA) SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025
Jadual Rasmi Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) bagi sesi persekolahan 2024/2025 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan telah diedarkan kepada semua pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor.
Peperiksaan akan berlangsung pada 20 JANUARI 2025 SEHINGGA 27 JANUARI 2025
Arahan Kepada Calon
- Anda hendaklah berada di tempat duduk dalam bilik/dewan peperiksaan sepuluh minit sebelum masa yang ditetapkan bagi peperiksaan itu.
- Calon yang tiba lewat dikehendaki memberi sebab yang munasabah kepada ketua pengawas. Kertas soalan TIDAK AKAN DIBERIKAN kepada calon yang tiba lewat daripada 30 minit kecuali dalam keadaan dibenarkan.
- Letakkan kad pengenalan/surat beranak/borang pengenalan diri dan kenyataan kemasukan peperiksaan anda di atas meja sepanjang masa peperiksaan.
- Semak butiran pada pelekat meja.
- Beritahu pengawas dengan serta merta jika anda diberi kertas soalan berlainan daripada jadual atau menerima kertas soalan yang tidak lengkap.
- Baca semua arahan pada kertas soalan dengan teliti sebelum mula menjawab.
- Tuliskan jawapan anda dengan menggunakan pensel 2B atau BB sahaja atau pen mata bulat warna biru atau hitam.
- Apabila anda disuruh berhenti menulis, susun kertas jawapan anda mengikut susunan yang betul. Pastikan anda sudah menulis angka giliran yang betul pada setiap kertas soalan. Anda mestilah duduk di tempat anda dan senyap semasa kertas jawapan dipungut pengawas.
- Jangan keluar dari bilik/dewan peperiksaan sebelum tamat masa yang diperuntukkan melainkan dengan kebenaran pengawas.
- Anda tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari bilik/dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan.
- Anda tidak dibenarkan membawa masuk alat komunikasi ke dalam bilik/dewan peperiksaan.
Selamat maju jaya diucapkan.
Dapatkan BUKU NOTA RINGKAS DARJAH KHAS (SDKA) berdasarkan silibus Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.
Semakan Keputusan
Keputusan SDKA biasanya diumumkan sekitar bulan Mei-Julai, bergantung kepada Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Bagi tahun 2023 yang lalu, Majlis Perisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) diadakan pada 29 Mei 2023.
Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini, sila layari Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.