Sebelum ini kita telah sedia maklum bahawa nombor telefon dari telefon bimbit yang mengatakan mereka daripada agensi Kerajaan, LHDN dan sebagainya dah sah-sahlah scammer kan?
LHDN juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah membuat panggilan dari nombor telefon bimbit.
Tapi tahukah anda, taktik scammer yang terbaru kini menggunakan nombor telefon dari premis tetap untuk mengelirukan orang ramai.
Malah, mereka yang dah ‘terkena’ mendakwa scammer ini siap menggunakan operator dan mempunyai maklumat peribadi orang yang dihubunginya!
Taktik Baru Scammer LHDN Guna Nombor Telefon Pejabat!
Perkara ini dimaklumkan oleh pengguna-pengguna di Twitter yang mendakwa mereka telah menerima panggilan individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN memaklumkan bahawa mereka mempunyai cukai tertunggak.
Dalam perkongsian itu, Audra telah mengambil inisiatif untuk mengesahkan perkara tersebut melalui pihak LHDN sendiri.
Ternyata, pihak LHDN mengatakan bahawa nombor telefon itu bukan dari pihak mereka.
Di ruangan komen, beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman yang sama apabila menerima panggilan daripada scammer LHDN.
Antara komen balas yang diterima adalah seperti di bawah:
Banyak betul percubaan scammer ni kan?
Cara Elak Ditipu / Dihubungi Scammer
Sebagai pengguna, kita perlu alert bahawa LHDNM TIDAK membuat panggilan melalui telefon bimbit.
Selain itu, LHDN juga tidak akan menyambungkan penggilan ke agensi lain seperti PDRM, Mahkamah, dan lain-lain.
Jadi, apa anda boleh buat untuk mengelakkan penipuan scammer?
- Jangan percaya dan matikan telefon jika ada individu mendakwa mereka sebagai pegawai bank, polis, LHDN dan meminta anda mendedahkan sebarang maklumat peribadi.
- Buat semakan nombor telefon tersebut melalui laman web CCID CCID (Commercial Crime Investigation Department) aka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di pautan berikut: http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
- Bertanya sendiri dengan pihak polis, LHDN atau mana-mana agensi melalui nombor telefon rasmi atau laman rasmi agensi berkenaan.
- Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti TrueCaller untuk menyaring nombor telefon scammer.
Baca juga:
- Permohonan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak 2022 – mycrs.gov.my
- Senarai Pelepasan Cukai 2021 Untuk e-Filing 2022
Oleh itu, orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dan jangan terpedaya dengan taktik scammer LHDN.
Jika ada dapat panggilan dari LHDN nanti, anda boleh terus mengesahkan nombor telefon tersebut kepada pihak LHDN untuk semakan melalui:
- Telefon : 03-8911 1000
- Facebook : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDNM
- Laman web : https://www.hasil.gov.my/
- Twitter: https://twitter.com/LHDNMofficial
Jadi lepas ni kena lebih berhati-hati dan jangan tertipu ok!