Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan berita baik bagi program bantuan tunai SARA MADANI bagi tahun 2027 menerusi pembentangan Belanjawan 2027.
Insentif SARA MADANI tidak terhad kepada golongan berpendapatan rendah (B40) sahaja, malah turut merangkumi golongan M40 dan individu bujang yang bukan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Berikut adalah perincian lengkap mengenai jumlah bantuan, kategori kelayakan, tarikh pembayaran, dan kaedah penebusan kredit SARA MADANI bagi tahun 2027.
Apa Itu SARA MADANI 2027?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MADANI 2027 ialah program bantuan tunai dan hantaran tanpa tunai (cashless) kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan (MOF) yang telah ditambah baik untuk tahun 2027
Melalui pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, program ini adalah serupa dengan bantuan SARA UNTUK SEMUA @ Bantuan Penghargaan SARA yang telah dilaksanakan dengan pada tahun 2026.
Penerima boleh menggunakan bantuan ini menggunakan MyKad di lebih 15,000 kedai runcit, koperasi, serta rangkaian pasaran tani FAMA dan tamu di seluruh negara untuk membeli barangan dapur dan barangan basah segar.

Kategori Kelayakan & Jumlah Bantuan SARA MADANI 2027
Semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas LAYAK menerima SARA MADANI.
- Jumlah Bantuan: RM200 seorang.
- Kaedah Agihan: Dibayar secara berperingkat sebanyak RM100 bagi setiap fasa (dua kali bayaran).
- Jumlah Penerima: Dianggarkan bakal memberi manfaat kepada 13 juta rakyat Malaysia.
Tarikh Bayaran SARA MADANI 2027
Bantuan SARA MADANI 2027 akan dibayar sebanyak dua kali pada tahun 2027, di mana tarikhnya ditetapkan bersempena dengan Hari Raya dan Hari Kebangsaan:
- Bayaran Fasa 1 (RM100): Dijangka disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri 2027.
- Bayaran Fasa 2 (RM100): Dijangka disalurkan sebelum sambutan Hari Kebangsaan (Merdeka) ke-70 pada Ogos 2027.

Kaedah Penebusan Kredit SARA
Penerima kini boleh menggunakan kredit SARA untuk membeli barangan dapur dan hasil segar di 216 Pasar Tani FAMA di seluruh Malaysia.
Rangkaian premis rakan niaga yang menerima sistem bayaran SARA juga akan dipertingkatkan daripada 6,800 kepada 10,000 premis menjelang akhir tahun. Ini memudahkan rakyat membeli-belah di kedai runcit komuniti berhampiran rumah mereka.
Langkah ini dijangka mampu merangsang ekonomi domestik melalui peningkatan aktiviti perniagaan di peringkat mikro dan runcit.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim SARA MADANI 2027
Dapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai SARA MADANI 2027 menerusi saluran-saluran utama berikut:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) LHDN
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang BUKAN penerima STR. Ini bermakna individu dalam golongan M40, pekerja swasta, dan golongan bujang yang tidak melepasi syarat kelayakan STR sebelum ini kini automatik layak menerima bantuan RM200 ini.
Berdasarkan pelaksanaan tahun sebelum ini, tiada permohonan diperlukan kerana setiap warganegara boleh membuat tuntutan secara automatik melalui kad pengenalan masing-masing. Namun, Kementerian Kewangan (MoF) akan mengumumkan kaedah pendaftaran atau kemas kini data rasmi dalam masa terdekat sekiranya terdapat keperluan permohonan baharu.
– Fasa 1 (RM100): Sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri 2027.
– Fasa 2 (RM100): Sebelum sambutan Hari Kebangsaan (Merdeka) ke-70 pada Ogos 2027.
Di bawah peluasan Bajet 2027, penggunaan kredit SARA kini merangkumi barangan keperluan asas serta barangan basah dan segar (seperti ikan, ayam, dan sayur-sayuran). Anda boleh menggunakan bantuan ini di 216 Pasar Tani dan Tamu FAMA serta lebih 10,000 premis kedai runcit rakan niaga yang berdaftar di seluruh negara.




