Sambutan Merdeka Melaka: Waktu Acara, Lokasi, Penutupan Jalan

Sambutan Merdeka Melaka: Tarikh Sambutan, Waktu, Lokasi, Acara Diadakan

Negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67 tahun pada 31 Ogos 2024 ini..

Tidak ketinggalan, pada tahun ini, negeri Melaka turut mengadakan sambutan peringkat negeri Melaka seperti tahun-tahun sebelumnya. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Sambutan Merdeka Melaka. 

Tema Sambutan Merdeka Melaka 2024

Tema Sambutan Hari Kebangsaan Negeri Melaka sama seperti di Peringkat Kebangsaan iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’. 

Tema ini menginterpretasikan semangat patriotik meliputi aspek pemikiran yang digabung jalin dengan integrasi sosial dan ekonomi telah membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.

Konsep Sambutan Hari Kebangsaan Negeri Melaka pada tahun ini masih lagi mengekalkan elemen Kebijaksanaan Tuah dan Keberanian Jebat.

Sambutan Merdeka Melaka: Tarikh Sambutan, Waktu, Lokasi, Acara Diadakan

Tarikh Sambutan & Masa

Sambutan Merdeka Melaka: Tarikh Sambutan, Waktu, Lokasi, Acara Diadakan
  • Tarikh: 31 Ogos 2024 (Sabtu) 
  • Jam: 7.30 pagi

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos 2024 (Sabtu) bermula pada jam 7.30 pagi. 

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis sambutan ini. 

BACA JUGA: Promosi Merdeka 2024 Malaysia – Marrybrown, Tealive, Jco, dll

Lokasi

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri yang lazim diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan setiap tahun diubah ke Dataran Kemerdekaan berhadapan pusat beli-belah Mahkota Parade, Banda Hilir di sini. 

Perpindahan dibuat bagi memberi kelainan kepada sambutan kerana lokasi tersebut lebih luas untuk pelbagai penganjuran program.

Acara Sambutan Ambang Merdeka & Perarakan Hari Kebangsaan Negeri Melaka 2024

Berikut adalah beberapa acara yang dianjurkan:

1. Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Melaka 2024

  • Tarikh: 30 Ogos 2024
  • Masa: 9.00 malam
  • Tempat: Dataran Orang Kampung Merlimau, Melaka
Sambutan Merdeka Melaka: Tarikh Sambutan, Waktu, Lokasi, Acara Diadakan

2. Melaka Bila Larut Malam Edisi Merdeka 2024 

  • Tarikh: 31 Ogos 2024
  • Masa: 11pm – 2am

Rujuk maklumat lanjut di Facebook Kerajaan Negeri Melaka

3. Karnival Merdeka Kehidupan Lebih Bersama Bank Muamalat, Kejohanan Ragbi Antarabangsa 10s

  • Tarikh:  31 Ogos – 1 September 2024
  • Masa: 8 pagi hingga 10 malam
  • Tempat: Stadium Hang Tuah, Melaka
Sambutan Merdeka Melaka: Tarikh Sambutan, Waktu, Lokasi, Acara Diadakan

4. Pertandingan Parents Bento Box Keselamatan Makanan

  • Tarikh pendaftaran: 𝟐𝟑 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭) 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟎 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚)
  • Pertandingan dibuka kepada 10 pasangan suami isteri 👩🏻‍❤️‍👨🏽
  • 10 penyertaan awal 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 ‼️

Imbas kod QR di bawah atau klik link berikut untuk syarat dan borang penyertaan: https://linktr.ee/wfsdmelaka2024 

Sambutan Merdeka Melaka: Tarikh Sambutan, Waktu, Lokasi, Acara Diadakan

5. Orkestra Tradisional Malaysia 

  • Tarikh:  31 Ogos 2024
  • Masa: 10 malam
  • Tempat: Bandar Hilir Melaka

6. Perarakan Bot Sungai Melaka

  • Tarikh: 31 Ogos 2024 (Sabtu)
  • Masa: 7.00 pagi – 12.00 tengahari
  • Tempat: Jeti Pengkalan Rama

BACA JUGA: Sambutan Hari Merdeka Malaysia 2024 – Peringkat Kebangsaan

Jalan Ditutup Serta Laluan Alternatif

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka yang bakal diadakan, terdapat beberapa laluan akan ditutup, serta laluan alternatif akan dibuka untuk membantu trafik berjalan dengan lancar. 

Sila klik pautan berikut: https://pdf.ac/464zV7  untuk makluman lanjut berkenaan jalan yang akan ditutup serta laluan alternatif sepanjang program itu berlangsung.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Sila rancang perjalanan anda dan berhati-hati ketika memandu.

Berikut dikongsikan juga laluan alternatif bagi anda yang akan hadir ke perarakan Merdeka di Melaka nanti – jom tengok video di bawah.

Sumber: Mahkota Parade https://www.facebook.com/reel/2445163105678074?locale=ms_MY

BACA JUGA: Contoh Sajak Kemerdekaan Sempena Hari Kebangsaan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, pertanyaan atau info terkini, sila ikuti Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

Rujukan:

  1. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
  2. Kerajaan Negeri Melaka
Bantu kami share artikel ini: