Saguhati Umrah RM1671 Seorang Akan Dikreditkan 18 Februari 2022

saguhati umrah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN SAGUHATI UMRAH AKAN DIBAYAR PADA 18 FEBRUARI 2022 (BIL. 2/2022)

Kerajaan Malaysia akan menyalurkan pembayaran saguhati sebagai tanda keprihatinannya kepada jemaah umrah yang terpaksa membatalkan ibadah umrah di Tanah Suci akibat penularan jangkitan virus Omicron bermula 8 Januari yang lalu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembayaran saguhati tersebut.

Apakah Saguhati Umrah?

Berdasarkan mesyuarat terkini yang telah diadakan antara Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Kewangan Malaysia dan Tabung Haji (TH), YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad bersetuju agar pembayaran saguhati akan dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH para jemaah umrah bagi memudahkan urusan.

Daripada jumlah tersebut, pihak TH mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.

Pengkreditan terus saguhati sebanyak RM1,671 seorang ke dalam akaun simpanan TH akan dibuat pada hari Jumaat, 18 Februari 2022.

Tarikh Bayaran

Bayaran akan dibuat 18 Februari ini melalui akaun simpanan Tabung Haji.

Sumber infografik: BERNAMA

Baca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK JKM) RM1000 Sebulan

Cara Permohonan & Semakan Bayaran Saguhati

Untuk makluman semua, MOTAC telah menyerahkan senarai nama sebanyak 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati kepada TH.

Oleh kerana kaedah bayaran adalah melalui akaun simpanan TH, maka semua jemaah umrah yang masih belum mempunyai akaun simpanan TH diminta untuk membuka akaun TH sebelum 18 Februari 2022.

Para jemaah umrah boleh melayari www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik.

Rujuk : Cara Buka Akaun Tabung Haji Secara Online (VAO)

Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendaftar secara atas talian, boleh terus ke cawangan TH terdekat untuk tujuan pendaftaran dan akan dibantu sebaiknya oleh semua kakitangan di cawangan-cawangan TH.

Para jemaah yang terkesan akan dilayan dengan serta merta tanpa perlu beratur dan menunggu lama.

YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad juga telah memaklumkan kepada pihak TH supaya segala tuntutan pembayaran ini akan dipermudahkan semaksimanya supaya tidak berlaku kesulitan yang besar terhadap tuntutan ini.

Semoga semua urusan para penerima dipermudahkan oleh Allah SWT.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk kenyataan media di bawah untuk maklumat lanjut.

Sumber: KENYATAAN MEDIA , YB SENATOR DATUK HAJI Idris Ahmad, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut