Cara Daftar Rumah Siswa Untuk Pelajar IPTA ~ Berita baik untuk semua pelajar IPTA yang ingin mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus masing-masing, kini mereka boleh lakukannya menerusi Portal Rumah Siswa yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Inisiatif ini dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada 4 Mac 2021 bagi menangani isu pengurusan serta keselamatan pelajar IPTA yang tidak tinggal dalam kampus.
Dengan adanya Rumah Siswa ini, ia akan secara tidak langsung akan membantu pihak IPT untuk mentadbir, menelaras serta menguruskan keperluan serta hal ehwal berkaitan kebajikan mahasiswa yang menyewa di luar kampus.
Baca Juga : GsPel GIATMARA: Permohonan Pengambilan Pelatih Baru 2022 Online
Apa Itu Portal Rumah Siswa?
Portal Rumah Siswa adalah platform khas yang menghubungkan pelajar sebagai penyewa kepada pemilik premis, mendapatkan khidmat nasihat serta memudahkan proses pencarian bilik atau rumah sewa di sekitar kampus pada harga kompetitif.
Ini bagi memastikan bahawa pelajar IPTA tidak teraniaya apabila membuat persediaan mencari rumah sewa berdekatan kampus.
IPTA Yang Terlibat
Portal ini melibatkan kerjasama daripada 20 IPTA utama di seluruh negara seperti berikut :
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Cara Mendaftar Rumah Siswa
Pelajar yang berminat untuk mendaftar ke Portal Rumah Siswa boleh ikuti langkah-langkah berikut :
- Layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.
- Klik butang ‘Daftar’ di bahagian atas kanan laman web.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Kemudian, log masuk ke email anda dan klik butang ‘Verify Email Address’ untuk mengesahkan email.
- Kemudian untuk membuat carian, taip nama tempat/bandar diikuti dengan butang ‘Cari.’
- Senarai kediaman dipaparkan untuk rujukan pelajar.
RUJUK VIDEO TUTORIAL:
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Portal Rumah Siswa, sila layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.