Rumah IKRAM KPKT: Permohonan Rumah Sewa Serendah RM124

rumah ikram kpkt
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

INISIATIF KEDIAMAN RUMAH KELUARGA MALAYSIA (RUMAH IKRAM KPKT) UNTUK RAKYAT YANG MEMERLUKAN

Pada 15 September 2022, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican dan pasukan KPKT memperkenalkan RUMAH IKRAM KPKT – iaitu sebuah Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia khusus kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menariknya, inisiatif ini menawarkan rumah sewa yang selesa serendah RM124 sahaja untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Rumah IKRAM KPKT supaya mereka yang terkesan akibat COVID-19, boleh memanfaatkan inisiatif ini.

Jom ketahui lebih lanjut tentang syarat-syarat, cara permohonan dan senarai Rumah IKRAM di seluruh Malaysia melalui artikel ini.

Apakah Rumah IKRAM KPKT?

Kita tahu di luar sana ada rakyat yang kekurangan atau kehilangan pendapatan dan pekerjaan mereka sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi akibat pandemik ini.

Ada di kalangan mereka dihalau keluar dari rumah sewa atau terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan.

Inisiatif ini akan menawarkan sewaan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sehingga dua tahun pada kadar yang paling minimum iaitu RM124 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Johor pada peringkat permulaan ini.

Dalam masa terdekat, usaha ini akan turut diperluaskan ke negeri-negeri lain tidak lama lagi.

rumah ikram kpkt

Syarat Permohonan

Syarat-syarat bagi permohonan inisiatif kediaman ini adalah seperti berikut:

Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah :-

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan

Lokasi Rumah

Projek yang terlibat adalah seperti berikut:

  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor
  • PPR Amanjaya, Kedah
  • PPR Kota Setar, Kedah
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah
  • PPR Kota Bharu, Kelantan
  • PPR Gua Musang, Kelantan
  • PPR Sg. Melana 2, Johor

Ciri-ciri PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Cara Permohonan Rumah IKRAM KPKT

Permohonan mendapatkan RUMAH IKRAM ini boleh dibuat di portal TEDUH melalui capaian https://teduh.kpkt.gov.my/

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Rumah IKRAM ini, sila rujuk pautan:

https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/rumah-ikram-keluarga-malaysia

Anda juga boleh berhubung dengan pihak KPKT untuk pertanyaan lanjut melalui saluran berikut:

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

Pertanyaan Program Skim PPR :

  • 03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
  • 03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
  • 03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Kalau ada rakan, saudara atau ahli keluarga yang memerlukan, terkesan akibat COVID-19 ini, pelawa mereka untuk memohon RUMAH IKRAM KPKT ini.

Banyak lagi inisiatif KPKT yang boleh dimanfaatkan seperti berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut