Roti Gardenia Naik Harga – Senarai Harga Baru Mulai 1 Oktober 2023

roti gardenia naik harga
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

ROTI GARDENIA NAIK HARGA MULAI 1 OKTOBER 2023 – Ini Senarai Harga Baru Produk Terlibat

Tular di laman sosial, memo baharu dikeluarkan oleh pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd berkenaan harga peruncit dan harga pengguna baharu bagi 30 produk di bawah syarikatnya.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial itu, senarai harga baru beberapa jenis roti Gardenia tersebut mengalami kenaikan harga sebanyak RM0.10 hingga RM0.40 bagi produk terpilih berbanding sebelumnya.

Peningkatan dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan dijangka menjadi punca syarikat itu terpaksa menyemak semula harga (price revision).

gardenia naik harga

Sebelum ini, pihak Gardenia KL juga pernah mengeluarkan notis kenaikan harga pada 1 September 2022.

Ketika itu, pihak Gardenia memaklumkan amat terkesan dengan cabaran ketika pandemik dan berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini namun peningkatan ketara baru-baru ini menghadirkan cabaran berbeza.

Antara produk Gardenia yang naik harga meliputi rangkaian terkenal roti krim Gardenia, ban, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.

harga roti gardenia naik

Berikut antara harga baharu produk Gardenia yang tersenarai itu berkuatkuasa 1 Oktober 2023.

  1. Gardenia Numee – RM2.00 (*Harga lama RM1.90)
  2. Gardenia Numee Keluarga – RM3.20 (*Harga lama RM2.80)
  3. Gardenia Fluffy Buns 6pcs Corn Custard – RM4.20 (*Harga lama RM4.00)
  4. Gardenia Fluffy Buns 6 pcs Malty Chocolate – RM4.20 (*Harga lama RM4.00)
  5. Gardenia Fluffy Buns 6 pcs Adzuki Red Bean – RM4.20 (*Harga lama RM4.00)
  6. Gardenia Puazz! Sambal Bilis – RM1.60 (*Harga lama RM1.30)
  7. Gardenia Puazz! Kari Ayam – RM2.60 (*Harga lama RM2.50)
  8. Gardenia QuickBites Chocolate, Vanila, Butter Sugar, Corn – RM1.20 (*Harga lama RM1.10)
  9. Gardenia Quickbites Salted Caramel, Black Forest – RM 1.70 (*Harga lama RM1.60)
  10. Gardenia QuickBites Butter Toffee, Red Bean – RM1.50 (Harga lama RM1.40)
  11. Gardenia Double Choc Muffins – RM2.30 (Harga lama RM2.20)
  12. Gardenia Twiggies Tiramisu, Peanut Butter Bounce, Dream Cream, Choc-a-lot – RM2.10 (*Harga lama RM2.00)
  13. Gardenia Squiggles Strawberry, Choco Malto – RM1.60 (*Harga lama RM1.50)
  14. Gardenia Sandwich Bread Rolls – RM3.00 (*Harga lama RM2.90)
  15. Gardenia Toast’em Waffles – RM1.60 (*Harga lama RM1.50)
  16. Gardenia Auntie Rosie Kaya Pandan / Original – RM3.80 (*Harga lama RM3.50)

Lihat senarai produk Gardenia dan harga terkini di laman web Gardenia : https://www.gardenia.com.my/

Beli roti dengan harga borong di SINI.

Baca juga:

Lampiran notis kenaikan harga lama bagi produk Gardenia sebelum ini:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut