Roti Canai : Jumlah Kalori & Cara Menikmati Secara Sihat

roti canai
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Roti canai yang juga merupakan roti nombor satu terbaik di seluruh dunia merupakan sejenis makanan kaum India yang berasal dari Malaysia yang sangat digemari ramai, tidak kira bangsa dan agama. 

Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam dan sering dinikmati bersama kuah dal atau kari atau kadang-kadang dengan taburan gula dan susu pekat sering menjadi pilihan orang ramai terutamanya ketika sarapan pagi.

Walaupun mempunyai rasa yang sedap, roti canai dikenali sebagai makanan yang tinggi kalori kerana kandungan ghee dan minyak yang digunakan dalam penyediaannya. Artikel ini akan menerangkan kandungan kalori dalam makanan ini, dan cara menikmatinya secara sihat.

Apakah Roti Canai?

Roti canai adalah sejenis roti leper tradisional yang popular di Malaysia, Singapura, dan beberapa negara Asia Tenggara lain. Ia merupakan makanan ruji yang sering dinikmati sebagai sarapan atau snek, tetapi juga boleh dimakan pada bila-bila masa sepanjang hari

Makanan popular berasal dari Malaysia ini dibuat daripada tepung gandum, air, garam, dan ghee, yang diuli, dilipat, dan diratakan berulang kali untuk menghasilkan tekstur berlapis yang unik. 

Proses memasak roti ini melibatkan proses menggoreng roti di atas kuali dengan sedikit minyak atau ghee, menjadikan tekstur roti ini rangup di luar dan lembut di dalam. 

Makanan ini biasanya dihidang dengan kuah kari, dal, atau sambal, tetapi ada juga yang menikmatinya dengan topping manis seperti susu pekat.

Sumber: Rosli Abdul Jalil

Jumlah Kalori

Kalori dalam roti canai boleh berbeza bergantung pada saiz hidangan, bahan tambahan (seperti telur atau ghee), dan cara penyediaan. Berikut adalah anggaran kalori berdasarkan pelbagai sumber:

  • Roti Canai Kosong (Tanpa Kuah):
    • Satu keping roti canai kosong (kira-kira 80-100g) mengandungi 300-350 kalori secara purata.
  • Roti Canai dengan Kuah Dhal:
    • Satu keping roti canai dengan kuah dhal (kira-kira 100-120g keseluruhan) mengandungi 350-414 kalori
    • Kuah dhal menambah kira-kira 50-100 kalori, bergantung pada kuantiti dan resipi
  • Roti Canai Telur:
    • Roti canai dengan tambahan telur (kira-kira 100-237g) mengandungi 356-552 kalori. Telur meningkatkan kandungan protein dan lemak.
  • Variasi Lain:
    • Roti Planta (dengan marjerin dan gula): 400-500 kalori kerana tambahan gula dan lemak.
    • Roti Tisu: Lebih nipis dan biasanya lebih tinggi kalori kira-kira 400-450 kalori kerana penggunaan lebih banyak minyak atau ghee.
    • Roti Boom: Lebih tebal dan kaya lemak, boleh mencecah 500 kalori atau lebih.

Sumber: azriabd

Faktor yang Mempengaruhi Kalori

  1. Saiz Hidangan: Roti canai di kedai mamak mungkin lebih besar atau kecil berbanding anggaran standard.
  2. Bahan Tambahan: Penggunaan ghee, minyak, atau marjerin yang banyak akan meningkatkan kandungan lemak dan kalori.
  3. Kuah atau Lauk: Kuah kari (ayam, kambing, atau ikan) boleh menambah 100-200 kalori lagi, bergantung pada jenis dan kuantiti.

Risiko Pengambilan Berlebihan

Makan roti canai secara berlebihan boleh membawa beberapa risiko kesihatan kerana kandungan nutrien dan cara penyediaannya. Berikut adalah risiko utama:

  1. Peningkatan Berat Badan dan Obesiti
    • Roti ini tinggi kalori, lemak, dan karbohidrat ringkas kerana dibuat dengan tepung gandum halus, minyak, atau ghee. Jika anda makan secara berlebihan ia boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan risiko obesiti.
  2. Masalah Jantung dan Kolesterol
    • Roti canai sering dimasak dengan minyak atau lemak tepu (seperti ghee atau minyak kelapa sawit). Pengambilan lemak tepu yang tinggi boleh meningkatkan kadar kolesterol LDL yang boleh  meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
  3. Kencing Manis dan Lonjakan Gula Darah
    • Tepung gandum dalam roti ini mempunyai indeks glikemik tinggi yang  menyebabkan gula dalam darah meningkat dengan cepat, yang seterusnya boleh menyebabkan diabetes.
  4. Masalah Pencernaan
    • Kandungannya yang tinggi lemak boleh membebankan sistem pencernaan, menyebabkan rasa kembung atau tidak selesa.
    • Kekurangan serat dalam tepung halus boleh menyebabkan sembelit jika tidak diimbangi dengan makanan kaya serat.
  5. Hipertensi (Darah Tinggi)
    • Kuah atau kari yang dihidang bersama roti jenis ini sering mengandungi garam yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan risiko hipertensi.

                    Cara Menikmati Roti Canai Secara Sihat

                    Jika anda merupakan peminat makanan ini, anda boleh menikmati makanan ini dengan sihat jika anda mengikuti langkah-langkah di bawah:

                    1. Kawalan Saiz Hidangan
                      • Hadkan kepada satu keping roti canai kosong dan elakkan tambahan seperti telur atau kuah berkrim.
                    2. Pilih Kuah Rendah Kalori
                      • Pilih kuah dal (175 kalori) berbanding kari ayam (boleh melebihi 300 kalori).
                    3. Gantikan dengan Alternatif
                      •  Cubalah thosai kosong, yang mengandungi kurang daripada 200 kalori, atau capati dengan dal (190 kalori) untuk pilihan yang lebih rendah kalori.
                    4. Seimbangkan dengan Senaman
                      • Untuk membakar 300 kalori dari sepinggan roti canai, anda boleh melakukan senaman seperti berjoging selama 45 minit atau yoga selama 105 minit.
                    5. Makan Secara Sederhana
                      • Nikmati roti canai sekali-sekala, bukan setiap hari, dan seimbangkan dengan makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

                    Tukar kepada Alternatif Sihat

                    Jika anda ingin mengurangkan kalori tetapi masih mahu menikmati makanan seumpamanya, pertimbangkan:

                    • Thosai Kosong: Hanya sekitar 150-200 kalori per keping, diperbuat daripada beras dan kacang dal yang lebih berkhasiat.
                    • Capati: Mengandungi sekitar 120 kalori per keping, lebih rendah lemak berbanding roti canai.
                    • Idli: Kuih kukus yang rendah kalori (79 kalori per keping) dan diperbuat daripada bahan fermentasi yang baik untuk kesihatan usus.
                    roti canai

                    Baca juga: Kalori Durian, Khasiat & Keburukan Jika Makan Berlebihan

                    Follow eCentral di WhatsApp Channel
                    Ikut

                    Artikel berkaitan: