MyOnline Pasport: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online

INFO TERKINI : PEMBAHARUAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) / CARA RENEW PASSPORT MALAYSIA ONLINE

Untuk makluman, Sistem Temujanji Online (STO) dimansuhkan mulai 11 Mei 2022, namun STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.

“Jumpa Terus” (Walk-In) Bagi Kategori yang dibenarkan:

  • Permohonan kali pertama
  • Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah
  • Pasport hilang / rosak
  • Warga Emas (60 tahun ke atas)
  • OKU
  • Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara
  • Jemaah Haji

Pemohon mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari.

Kelulusan menerusi MyOnline Pasport boleh diperoleh dalam tempoh tiga (3) hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.

Pembaharuan / Gantian PMA secara atas talian melalui MyOnline Pasport (*sila rujuk langkah-langkah renew passport Malaysia secara online di bawah).

renew pasport malaysia online

MAKLUMAN : Pasport Hilang atau Rosak tidak dibenarkan mohon secara atas talian.

Apa itu MyOnline Pasport?

MyIMMS eServices adalah sebuah portal yang diperkenalkan untuk pelbagai kemudahan yang dikendalikan oleh Jabatan Imegresen Malaysia antaranya:

  1. MyOnline Permit
  2. MyOnline Residence Pass
  3. MyOnline Passport
  4. MyOnline Foreign Maid/Foreign Worker
  5. ePLSI

Disebabkan pertambahan ramai orang yang ingin memperbaharui passport mereka, kerajaan Malaysia telah membangunkan aplikasi permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui platform MyIMMS eServices.

Cara menggunakannya juga tersangatlah mudah.

Setelah membuat pembayaran secara online, anda hanya perlu hadir ke kaunter Jabatan Imegresen Malaysia yang berdekatan untuk membuat kutipan passport baru.

Walau bagaimanapun, kemudahan renew passport online ini hanyalah bagi pemohon yang passport mereka telah tamat tempoh sahaja.

Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

Cara Renew Passport Malaysia Online

Untuk renew passport dalam secara dalam talian, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari portal MyIMMS eServices di pautan https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main
  2. Lihat pada bahagian “MyOnline Passport” dan klik pada “Permohonan Pasport – Application for the renewal of passport”
  3. Pada halaman berikutnya, anda yand diterangkan mengenai tempoh pengeluaran passport, spesifikasi foto passport, terma dan syarkat, jumlah bayaran dan pelbagai perkara lain.
  4. Pastikan anda membaca kesemua informasi yang dipaparkan dengan teliti
  5. Klik pada butang Setuju pada bahagian bawah halaman tersebut
  6. Lengkapkan segala maklumat yang dikehendaki
  7. Pilih cawangan kutipan passport
  8. Muat naik gambar mengikut kriteria yang dinyatakan. Kegagalan berbuat demikian yang menyebabkan permohonan anda ditolak.
  9. Lengkapkan bayaran dengan menggunakan fungsi perbankan internet atau kredit kad
  10. Simpan resit

Rujuk tutorial video di bawah:

Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

renew passport online

Tempoh Masa Kutipan Passport

Setelah selesai membuat pembayaran, anda boleh membuat semakan di portal MyIMMS eServices untuk mengetahui sama ada passport baru anda sudah siap untuk dikutip.

Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

Sila rujuk waktu urus niaga Pejabat Pengeluar Pasport Malaysia di bawah:

PEJABAT PASPORT NEGERI & CAWANGAN

I) Semua negeri & cawangan :

  • Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 7.00 petang
  • Sabtu : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

II) Perlis, Pahang, Terengganu & Kedah

  • Hari bekerja : 8.00 pagi – 5.00 petang

PEJABAT UTC

I) Semua negeri

  • Hari bekerja : 8.00 pagi – 9.00 malam
  • Hujung minggu : 8.00 pagi – 5.00 petang

II) UTC negeri Perlis, Pahang, Terengganu & Kedah

Hari bekerja & hujung minggu : 8.00 pagi – 5.00 petang

INFO LANJUT:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!