Permohonan Rayuan Tingkatan 6 KPM 2023 (Autonomi Pengetua)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 KPM 2023 (Autonomi Pengetua)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa autonomi kepada Pengetua Pusat Tingkatan Enam untuk menjalankan proses pengambilan pelajar, berkuat kuasa serta-merta.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu membolehkan pengetua membuat tawaran terus kepada pelajar berpotensi, yang memerlukan peluang menyambung pengajian tanpa perlu menunggu tawaran daripada KPM seperti tahun sebelumnya.

Pemberian autonomi itu juga memberi jaminan akses yang lebih luas bagi pelajar daripada golongan B40 untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang permohonan rayuan ini.

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 KPM 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam untuk membuat permohonan rayuan melalui autonomi pengetua mulai 7 hingga 17 Ogos 2023.

Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam boleh dibuat di semua Pusat Tingkatan Enam KPM.

Ini bermaksud, Pengetua boleh mendaftarkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak ada tempat, peluang dan ruang boleh sambung tanpa tunggu tawaran KPM.

rayuan tingkatan 6

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6

Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 18 Ogos 2023 melalui Pusat Tingkatan Enam yang dimohon.

Tarikh Lapor Diri

Murid yang berjaya dan ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 20 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan A dan 21 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan B.

Soalan Lazim Kemasukan Murid Ke Tingkatan 6 & Rayuan

A. Syarat Tawaran Tingkatan 6

1. Adakah murid perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke Tingkatan Enam.

2. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?

a. Syarat am

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2023.

b. Syarat Khas

  • Bidang Sains – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.
  • Bidang Sains Sosial – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.

3. Apakah nilai wajaran mata unit untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam?

Gred = Nilai

  • A+ = 1
  • A = 1
  • A- = 2
  • B+ = 3
  • B = 4
  • C+ = 5
  • C = 6
  • D = 7
  • E = 8
  • G = 9

3 Kategori Kolej Tingkatan 6

Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada 3 kategori:

Kolej Tingkatan Enam (Mod 1)  – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.

Kolej Tingkatan Enam (Mod 2) – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.

Kolej Tingkatan Enam (Mod 3) – sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.

Senarai Kolej / Sekolah / Pusat Tingkatan 6

Untuk semak senarai pusat Tingkatan 6, sila klik pautan senarai dibawah mengikut negeri :

SENARAI PENUH PUSAT TINGKATAN 6 : https://sst6.moe.gov.my/…/SenaraiSekolah%20Pusat%20T6.pdf

SENARAI MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN : https://sst6.moe.gov.my/…/PAKEJ%20MATA%20PELAJARAN%20T6…

Tempoh Pengajian Tingkatan 6

Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama 1 ½ tahun:

1.    Semester 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 1 (S1) 

2.    Semester 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 2 (S2)

3.    Semester 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)

Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga Semester, iaitu S1, S2 dan S3 dalam tempoh pengajian selama 1½ t

*Sila rujuk lampiran yang disertakan:

https://sst6.moe.gov.my/upload_file/SOALAN%20LAZIM.pdf

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di https://sst6.moe.gov.my/

Alamat BPSH & No Telefon :

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

No. Telefon : 03-8884 9370
No. Fax : 03-8888 6671

Untuk maklumat lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 dan semakan, sila klik artikel berikut : Tingkatan 6: Syarat Kelayakan, Senarai Kolej, Subjek & Permohonan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut