SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024: CARA PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA STATUS KELULUSAN & RAYUAN STR 2024 BAGI PEMOHON BERSTATUS TIDAK LAYAK / TIDAK LULUS
Kementerian Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 4 telah mula disalurkan secara berperingkat bermula pada 7 November 2024 sehingga 14 November 2024.
Menerusi bantuan ini, para penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.
Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 7 November 2024.
Semakan Status Tidak Lulus STR 2024
Pemohon boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima sekiranya mendapat status LULUS RAYUAN.
Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2023 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2024 :
MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA
- Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?
- Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
- Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
MAKSUD STATUS LULUS
- Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?
- Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
MAKSUD STATUS LULUS
- Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?
- Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
APA PERLU BUAT JIKA STR 2024 TIDAK LULUS?
- Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?
- Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
- Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
KEMASKINI STR 2024
- Sekiranya status permohonan saya Dalam Proses, adakah saya boleh mengemas kini semula maklumat permohonan saya?
- Tidak. Bagi permohonan berstatus Dalam Proses tindakan kemas kini maklumat permohonan tidak boleh dibuat sehingga keputusan dipaparkan.
MAKSUD TIDAK LAYAK STR 2024
- Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?
- Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
Soalan Lazim Berkaitan Status TIDAK LULUS STR 2024 & Rayuan – FAQ
1. SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2024 pada November 2023 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
JAWAPAN : Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1 maka anda akan menerima bayaran STR fasa 1 sebanyak RM100 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c)
2. SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2024 dan permohonan tersebut telah lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
JAWAPAN : Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
3. SOALAN : Permohonan STR 2024 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan pada April 2024. Permohonan Rayuan tersebut telah Lulus bagi kategori Isi Rumah dengan pendapapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
JAWAPAN : Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
4. SOALAN : Saya telah Lulus Permohonan STR 2024 bagi kategori bujang dan telah berkahwin pada April 2024. Saya telah membuat rayuan tambahan pada bulan Mei 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun yang akan saya terima untuk fasa seterusnya? (bujang – kahwin)
JAWAPAN : Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
- FASA 1 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Bujang)
- FASA 2 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Bujang
- FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah)
- FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah)
5. SOALAN : Saya telah Lulus Permohonan STR 2024 kategori Isi Rumah tiada maklumat anak berpendapatan RM2,500 dan ke bawah dan telah mengemas kini maklumat anak pada bulan Februari 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
JAWAPAN : Anda akan menerima amaun bayaran bagi fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 mengikut kategori kelayakan terkini seperti jadual di bawah:
- FASA 1 : RM500 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 0)
- FASA 2 : RM300 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
6. SOALAN : Permohonan STR saya Lulus STR 2024 Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah dengan bilangan anak 1 – 2 orang. Anak ketiga saya telah lahir pada bulan Mei 2024, saya telah mengemas kini maklumat anak pada Julai 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 4. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
JAWAPAN : Anda akan menerima amaun bayaran fasa 4 sahaja sahaja mengikut kategori kelayakan seperti jadual di bawah:
- FASA 1 : RM500 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- FASA 2 : RM300 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
- FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak 3-4)
7. SOALAN : Saya telah Lulus STR 2024 kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) / Bujang tiada maklumat anak. Saya telah menambah maklumat anak pada Januari 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
JAWAPAN : Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 sahaja seperti jadual di bawah:
- FASA 1 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Bujang)
- FASA 2 : RM300 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
- FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
8. SOALAN : Saya telah lulus permohonan STR 2024 pada bulan Mei 2024 dan telah menerima bayaran bagi fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi fasa 1 dan fasa 2?
JAWAPAN : Tidak. Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran fasa 3 dan fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2024 iaitu setelah pembayaran fasa 2 berlaku. Oleh itu, bayaran yang akan diperolehi hanyalah bagi fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
9. SOALAN : Sekiranya saya ingin mendapatkan bayaran STR 2024 bermula daripada fasa 1, bilakah saya perlu membuat permohonan?
JAWAPAN : Anda perlu membuat Permohonan STR 2024 dalam tempoh 1 November 2023 hingga 30 November 2023 dan permohonan tersebut mestilah berstatus Lulus bagi memastikan anda menerima bayaran STR mulai fasa 1 hingga fasa 4.
Cara Semakan STR Fasa 4
Sila rujuk cara membuat semakan seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi STR 2024 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Semak status anda.
- Jika tidak lulus, status akan dipaparkan seperti contoh di bawah:
Pembayaran STR adalah secara berperingkat, bergantung kepada tarikh permohonan anda dihantar.
Sila rujuk jadual di bawah:
Jumlah Pembayaran STR Fasa 3 2024
Jumlah yang bakal diterima untuk STR Fasa 3 adalah mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Sila rujuk jadual di bawah:
- Isi rumah (<RM2500): RM 200 – RM700
- Isi rumah (RM2501-RM5000): RM150 – RM350
- Warga Emas (Tiada pasangan): RM150
- Bujang: RM100
Permohonan Rayuan STR 2024
Sekiranya status permohonan anda TIDAK LULUS, anda boleh menghantar permohonan rayuan.
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.
Untuk membuat rayuan, sila ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Cara Membuat Permohonan Rayuan STR
- Secara Dalam Talian
- Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.
Cara Membuat Rayuan Secara Dalam Talian
- Layari portal rasmi STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan no kad pengenalan, dan klik Log Masuk.
- Klik Semakan Permohonan untuk mengetahui status permohonan anda. Sila rujuk Kod Alasan Tidak Lulus STR dan muatnaik dokumen yang diperlukan untuk permohonan.
- Untuk membuat rayuan, klik ikon Permohonan Semakan Rayuan Semula (Rayuan) pada menu utama seperti yang tertera dalam tangkap layar di bawah:
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.
Cara Membuat Rayuan Melalui Borang
- Dapatkan borang rayuan di mana-mana pejabat LHDNM yang berhampiran anda.
- Isikan semua butiran maklumat pada borang rayuan tersebut dengan lengkap.
- Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Serahkan borang tersebut berserta dokumen sokongan ke pejabat yang ditetapkan atau dropbox di pejabat LHDNM.
Pembayaran STR 2024 Fasa 3 bagi Penerima Permohonan Baharu dan Semakan Semula (Rayuan) akan disalurkan mulai 18 September 2024 secara berperingkat.
Soalan Lazim (FAQ)
RUJUK: Soalan Lazim STR 2024 (Dikemaskini 1 April 2024)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang bantuan lanjut, sila hubungi Pejabat LHDNM yang berdekatan anda.
Atau, layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah(STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Anda juga boleh rujuk sumber berikut untuk sebarang maklumat lanjut:
BACA JUGA: