Rapid Transit System (RTS Link): Tarikh Operasi & Simbol ASEAN

rts link
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pada 30 Jun 2025 di Singapore Rail Test Centre (SRTC), Tren pertama untuk projek RTS Link Johor Bahru – Singapura telah tiba secara rasmi. 

Sistem transit aliran ringan rentas sempadan ini bakal menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru, Malaysia, dengan Woodlands North, Singapura. 

Bagi anda yang sering merentasi sempadan negara Malaysia – Singapura, pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi.

RTS Link, atau Rapid Transit System Link, adalah sistem kereta api ulang-alik sepanjang kira-kira 4 km yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru, Malaysia, dengan Woodlands North di Singapura. 

Sistem transportasi ini jenis ini merupakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) moden yang bertujuan menyediakan pengangkutan berkapasiti tinggi, cepat, dan efisien antara kedua-dua stesen ini. 

Projek ini adalah kerjasama antara Malaysia dan Singapura untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor-Singapura, meningkatkan hubungan rentas sempadan, dan memupuk pertumbuhan ekonomi serta hubungan sosial.

Projek ini juga dijangka menggantikan perkhidmatan KTM Shuttle Tebrau pada tahun 2027, menawarkan perjalanan yang lebih kerap (setiap 3.6 minit pada waktu puncak) dan pengalaman perjalanan yang lebih lancar. 

Ciri-ciri Utama 

Berikut merupakan beberapa ciri-ciri utama yang dimiliki Rapid Transit System Link, yang membezakannya dengan kenderaan awam yang lain.

  • Kapasiti dan Kelajuan
    • Mampu mengangkut sehingga 10,000 penumpang sejam setiap arah, dengan masa perjalanan kira-kira 5-6 minit antara stesen.
  • Integrasi
    • Berintegrasi dengan sistem pengangkutan awam di kedua-dua lokasi, seperti Thomson-East Coast Line di Singapura dan stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Johor Bahru.
  • Imigresen dan Kastam
    • Dilengkapi dengan kemudahan Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (ICQ/CIQ) yang terletak bersama di kedua-dua stesen, membolehkan pemeriksaan imigresen diselesaikan di stesen berlepas, menjadikan ketibaan lebih lancar tanpa pemeriksaan sempadan tambahan.
  • Infrastruktur
    • Merangkumi viaduk setinggi 25 meter melintasi Selat Johor, dengan stesen Woodlands North dibina di bawah tanah (kedalaman maksimum 28 meter) dan stesen Bukit Chagar di atas tanah. 
    • Depoh penyelenggaraan terletak di Wadi Hana, Johor Bahru.
  • Operasi
    • Dikendalikan oleh RTS Operations Pte Ltd, syarikat usaha sama antara Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Corporation Ltd dari Singapura.
  • Jadual Operasi
    • Dijangka mula beroperasi pada akhir 2026, dengan anggaran 40,000 penumpang sehari pada permulaan operasi.

Tarikh Operasi

Sistem kereta api ulang-alik sepanjang 4 km yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru, Malaysia, dengan Woodlands North, Singapura ini, dijangka akan siap sepernuhnya pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada 1 Januari 2027.

Pembinaan sistem kereta api ini akan mengambil masa hampir enam tahun dengan pembinaan bahagian Malaysia bermula pada November 2020 dan bahagian Singapura pada Januari 2021. Sehingga Jun 2025, kemajuan projek telah mencapai 56%, dengan ujian tren pertama sedang dijalankan di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC). 

rts link

Peta Jajaran

Berikut merupakan peta jajaran sistem keretapi RTS Link ini:

RTS-Link-Alignment-Map

RTS Link simbol kerjasama serantau ASEAN, menghubungkan Malaysia dan Singapura melalui sistem rel automatik bertaraf dunia. Viaduct Aesthetic Feature (VAF) berbentuk tangan berjabat melambangkan hubungan erat kedua-dua negara.

Projek ini diteruskan melalui Perjanjian Dua Hala pada Julai 2020 dan penyempurnaan span pada Januari 2024 disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Singapura. Ia menyokong matlamat Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dengan meningkatkan ketersambungan, memudahkan pergerakan rakyat, dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi rentas sempadan.

RTS Link dijangka merancakkan pelancongan dan pelaburan di Johor Bahru dan Singapura, sekaligus memperkukuh ekonomi ASEAN. Pembangunan sistem LRT moden ini turut memperlihatkan perkongsian teknologi dan kepakaran antara kedua-dua negara, yang boleh dijadikan model bagi projek ASEAN lain.

Selain menjimatkan masa dan kos perjalanan, RTS Link mempererat hubungan sosial dan budaya rakyat Malaysia-Singapura, selaras dengan matlamat Komuniti Sosiobudaya ASEAN. Kerjasama ini bukan sahaja meningkatkan ketersambungan fizikal tetapi menjadi contoh integrasi serantau yang sejajar dengan visi ASEAN 2025.

Berikut merupakan beberapa kebaikan yang bakal diperoleh dengan penubuhan RTS Link ini:

  • Peluang Pekerjaan
    • Dianggarkan 1,500 peluang pekerjaan bakal ditawarkan kepada penduduk tempatan semasa pembinaan dan operasi, termasuk pekerjaan penyelenggaraan tren di Depoh Wadi Hana.
  • Kesalinghubungan
    • Menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dengan pengangkutan yang lancar, bebas tekanan, dan bebas kesesakan lalu lintas.
  • Integrasi Pengangkutan
    • Sistem keretapi ini berintegrasi dengan mod pengangkutan awam lain di kedua-dua stesen.
  • Mengurangkan Kesesakan
    • Mengurangkan kesesakan di Tambak Johor, yang kini digunakan oleh lebih 350,000 orang setiap hari.
  • Berpatutan dan Selamat
    • Menyediakan mod pengangkutan yang berpatutan dan selamat untuk penglaju harian.
  • Mesra Alam
    • Mampu membantu dalam mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya yang seterusnya menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih dan perjalanan yang lebih mampan.

Baca juga: Peta Laluan Kereta Api (MRT, LRT, Monorel, KTM Komuter)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut