Ramadan Kareem: Maksud & Contoh Ucapan رمضان كريم
Ramadan adalah merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam yang sangat dinantikan kehadirannya oleh umat Islam di seluruh dunia.
Bulan suci ini dijalani dengan berpuasa setiap hari selama sebulan serta dilengkapi dengan melakukan pelbagai amalan ibadah yang dianjurkan. Bulan Ramadan adalah masa yang tepat melakukan amal kebaikan, memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah.
Umat Islam meraikan bulan penuh berkat ini dengan mengucapkan ucapan selamat kepada satu sama lain contohnya seperti “Ramadan Kareem”.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Ramadan Mubarak (رمضان مبارك): Maksud & Contoh Ucapan
Maksud Ramadan Kareem
Ramadan Kareem adalah merupakan ucapan selamat yang diucapkan bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan.
Apabila diterjemahkan Ramadan Kareem bermaksud, ramadan yang pemurah. Atau, ia juga boleh memberi maksud, “Semoga Ramadan memberkati kamu dengan kemurahan hati.”
Ucapan tersebut juga dikatakan menggambarkan betapa pemurahnya Allah pada bulan ini. Setiap amal ibadah yang dilakukan akan mendapat pahala berlipat kali ganda.
Pada bulan Ramadan, kita digalakkan untuk bersifat pemurah, berkongsi rezeki dan saling bantu-membantu dalam melakukan kebaikan.
Contoh Ucapan Ramadan Kareem ( رمضان كريم )
Ucapan Untuk Rakan
1. Ramadan Kareem semua. Kalau ada plan nak berbuka bersama boleh roger ya!
2. Ramadan Kareem untuk semua! Mari kita meriahkan bulan ini dengan ibadah dan berbuat baik kepada orang lain.
3. رمضان كريم, sahabatku! Semoga bulan Ramadan ini penuh dengan keberkatan untuk kita semua.
2. Selamat menyambut Ramadan Kareem kepada rakan-rakan tersayangku! Semoga bulan suci ini memberi cahaya keimanan dalam hidup kita.
3. رمضان كريم, kawan-kawan! Semoga bulan Ramadan membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada kita semua.
4. Assalamualaikum, saya ingin mengucapkan رمضان كريم kepada sahabatku tercinta. Jom banyakkan ibadah dan sedekah.
5. Ramadan Kareem! Marilah kita sambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan penuh syukur dan kegembiraan.
Ucapan Untuk Ahli Keluarga
6. Ramadan Kareem untuk semua ahli keluarga ku tersayang. Marilah kita bersama-sama mengisi Ramadan dengan ibadah, kasih sayang, dan amal baik. Selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat menikmati bulan Ramadan bersama-sama. Semoga kita semua mendapatkan rahmat dan ampunan Allah di bulan yang mulia ini. Amin.
7. رمضان كريم. Selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua anggota keluarga. Semoga Ramadan kali ini mengeratkan lagi ikatan kasih sayang di antara kita semua.”
8. Kepada keluarga tercinta, Ramadan Kareem! Semoga bulan Ramadan membawa keberkatan yang melimpah kepada setiap anggota keluarga. Mari kita gunakan waktu ini untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan mengeratkan lagi hubungan ikatan keluarga. Selamat menjalankan ibadah puasa.
9. Di bulan yang penuh berkat ini, marilah kita bersama-sama meraih rahmat dan ampunan Allah. Semoga setiap ibadah dan amalan kita diterima-Nya dengan penuh keberkatan. Selamat menjalankan ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh. رمضان كريم.
10. Ramadan Kareem! Semoga bulan Ramadan kali ini menghampiri kita dengan limpahan keberkatan, kedamaian, dan kegembiraan. Selamat menjalankan ibadah puasa kepada seluruh keluarga. Semoga setiap amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.
Ucapan Untuk Anak
11. Selamat Ramadan, nak! Semoga bulan suci ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepadamu. Ramadan Kareem!
12. Ramadan Kareem anakku sayang. Semoga ramadan kali ini membawa keceriaan dan keberkatan kepada kamu. Selamat berpuasa dengan penuh kegembiraan dan semangat!
13. Anakku yang tercinta, Ramadan Kareem! Teruslah berbuat baik dan beribadah dengan penuh semangat.
14. Ramadan Kareem, anak-anakku.Marilah kita bersama-sama menjalani bulan suci ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Semoga setiap amalan kita diberkati oleh Allah. Amin.
15. Wahai anak-anakku. Mari kita gunakan bulan ini untuk memperbaiki diri kita dan mendekatkan diri kepada Allah. Semoga setiap doa dan usahamu dimakbulkan. Ramadan Kareem.
Ucapan Untuk Suami
16. رمضان كريم, suamiku. Jangan lupa untuk manfaatkan bulan ini dengan berbuat baik kepada orang lain dan beribadah dengan sungguh-sungguh.
17. رمضان كريم. Marilah kita sambut bulan yang mulia ini dengan hati yang penuh syukur dan harapan. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan yang melimpah kepada setiap sudut kehidupan kita.
18. Ramadan Kareem suamiku tersayang. Semoga bulan yang mulia ini memberkati kita dengan keberkatan dan kebahagiaan yang berlimpah. Amin.
19. Ramadan Kareem! Semoga di bulan yang mulia ini Allah memberikan kita kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan.
20. Salam Ramadan abang. Semoga tahun ini menjadi kenangan indah kita bersahur dan berbuka bersama-sama. رمضان كريم.
Ucapan Untuk Isteri
21. Tetap bersinar dalam bulan yang suci ini, isteriku. رمضان كريم. Semoga setiap detik kita dihiasi dengan keberkatan dan kasih sayang yang tak terhingga.
22. رمضان كريم, sayangku. Semoga kita dapat manfaatkan bulan yang mulia ini dengan ibadah yang banyak.
23. رمضان كريم kepada isteri tercinta. Semoga bulan Ramadan ini menguatkan hubungan kasih sayang kita dan iman kita bersama-sama.
24. Isteri tercinta, semoga bulan Ramadan ini menghadirkan lebih banyak keberkatan, kesyukuran, dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Ramadan Kareem!
25. رمضان كريم. Semoga setiap amalan kita diterima Allah dan setiap doa kita dikabulkan. Bersama-sama kita tempuh perjalanan ke arah syurga inshaAllah.
26. Untuk isteri terbaik di dunia, Ramadan Kareem! Semoga bulan Ramadan ini membawa lebih banyak ketenangan, kesyukuran, dan kasih sayang di antara kita berdua. Amin
Ucapan Untuk Ibu Bapa
27. رمضان كريمkepada ibu dan ayah. Semoga bulan yang mulia ini menghadirkan keberkatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan kepada kita sekeluarga. Terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang telah diberikan. Selamat menyambut Ramadan!
28.Ibu, Ayah, Ramadan Kareem! Semoga bulan Ramadan ini memenuhi rumah kita dengan cahaya dan kebahagiaan. Terima kasih atas segala doa, kasih sayang, dan petunjuk yang telah diberikan. Nanti call tau kejutkan sahur!
29. Selamat Ramadan kepada ibu dan ayah! Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan kepada keluarga kita. Maafkan segala kesilapan dan khilaf kami semua. Ramadan Kareem!
30. رمضان كريمkepada ibu dan ayah tersayang. Terima kasih atas segala kasih sayang dan nasihat yang tak ternilai. Tahun ni kalau puasa penuh dapat duit raya tak? Hehe.
Untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian berkenaan dengan ilmu agama dan soal jawab berkenaan fiqh dari sudut pandang Mufti, anda boleh ikuti kami di e-Central (Agama) dan Taqwa.
Akhir kata, semoga ucapan-ucapan di atas dapat menjadi rujukan untuk anda bagi mengucapkan salam ramadan kepada insan-insan tersayang.