Rakyat Digital: Cara Daftar, Senarai Kursus Percuma

rakyat digital
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program Rakyat Digital, yang dilancarkan pada 12 Disember 2024, merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat.

Program ini menyediakan pelbagai kursus dalam talian secara percuma, bertujuan memperkasakan individu dengan kemahiran digital yang relevan dalam era teknologi masa kini.

Inisiatif Rakyat Digital mencerminkan komitmen kerajaan dalam mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi cabaran dan peluang dalam ekonomi digital.

Dengan menyediakan akses kepada pendidikan digital secara percuma, program ini diharapkan dapat merapatkan jurang digital dan memastikan lebih ramai individu memiliki kemahiran yang diperlukan dalam dunia yang semakin dipacu oleh teknologi.

Kursus percuma Rakyat Digital

Antara kursus yang ditawarkan termasuk “CyberSAFE untuk Rakyat”, yang memberi pengetahuan mengenai risiko dan keselamatan dalam talian, serta “Generative AI” yang memfokuskan kepada pembelajaran kecerdasan buatan janaan.

Selain itu, program “AI Untuk Rakyat” menyediakan asas pengetahuan berkaitan kecerdasan buatan manakala kursus “Data Untuk Rakyat” memfokuskan kepada pemahaman dan penggunaan data dalam kehidupan seharian.

  • CyberSAFE untuk Rakyat
  • Generative AI
  • AI Untuk Rakyat
  • Data Untuk Rakyat

Kursus ini ditawarkan secara percuma kepada semua warganegara Malaysia, memberikan mereka peluang untuk meningkatkan kemahiran digital dan kekal berdaya saing dalam era digital.

Setiap kursus ini menawarkan sijil penyertaan selepas berjaya diselesaikan.

Baca lagi: AI Untuk Rakyat – Daftar Modul & Jana Sijil Lencana Digital

Cara untuk daftar

daftar rakyat digital

Terdapat 2 kaedah untuk mendaftarkan akaun dengan portal Rakyat Digital, seperti berikut:

  1. Mengisi borang pendaftaran.
  2. Memautkan (connect) akaun Gmail anda
    • Klik butang “Daftar menggunakan Google” pada halaman di atas

Untuk menggunakan log masuk Google, anda perlu menyediakan akaun Gmail atau mana- mana akaun e-mel terlebih dahulu di bawah platform Google Workspace.

Klik “Daftar dengan Google” dan pilih akaun Gmail anda untuk meneruskan pendaftaran. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Gmail, anda boleh memilih untuk membuat akaun atau memilih untuk mendaftar melalui e-mel.

Setelah berjaya mendaftar, log masuk menggunakan e-mel yang sama yang anda daftarkan atau log masuk dengan Google.

Kelebihan Mendaftar

  • Tingkatkan Kemahiran Anda – Tingkatkan kemahiran dan kecekapan digital yang semakin diutamakan di dalam pasaran kerja hari ini.
  • Sentiasa Mengikuti Perkembangan – Pelajari aliran terkini serta amalan terbaik dalam celik digital, selaras dengan perkembangan dunia digital.
  • Pembelajaran Sepanjang Hayat – Hayati konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan mengemas kini kemahiran anda secara berterusan, untuk kekal relevan di dalam perubahan persekitaran digital.

Maklumat lanjut Rakyat Digital

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, individu boleh melayari laman web rasmi Rakyat Digital di rakyatdigital.gov.my.

Sila e-mel [email protected] untuk sebarang bantuan.

Kementerian Digital
Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut