Rakan Muda 2024 : Cara Daftar Ahli & Kebaikan

Rakan Muda merupakan sebuah program kesukarelawanan remaja di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ia diwujudkan untuk memberi peluang kepada belia Malaysia menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan khidmat masyarakat. Program Rakan Muda menyasarkan penyertaan pelajar sekolah menengah berusia antara 15 hingga 25 tahun.

Melalui program ini, ahli akan didedahkan dengan pengalaman sukarelawan dan diterapkan nilai-nilai murni seperti semangat patriotik, kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap masyarakat. Ia bertujuan membina generasi muda yang prihatin, bertanggungjawab dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Pengenalan Rakan Muda

Program Rakan Muda telah mengalami evolusi yang besar sejak diperkenalkan pada tahun 1994. Bermula sebagai program kesukarelawanan remaja biasa, Rakan Muda telah melalui fasa transformasi demi memenuhi keperluan semasa dan cabaran baharu yang dihadapi generasi muda Malaysia.

FASA 1 (1994 -2006)

Fokus kepada pembangunan sahsiah individu melalui platform 9 gaya hidup bagi mengurangkan isu lepak terutamnya dalam kalangan remaja

FASA 2 (2007 -2014)

Fokus kepada pembanguan potensi remaja berasaskan penglibatan aktif dalam 8 gaya hidup menerusi elemen prihatin, mahir dan dinamik

FASA 3 (2015- 2022)
Showcase of talent.Fokus untuk mendekati minat anak muda dengan memberi penumpuan kepada penyerlahan kreativiti dan pengembangan bakat

FASA 4 (2023 -KINI)

Fokus kepada pembangunan anak muda menerusi penterjemahan ekspersi, minat dan kecenderungan positif berlandaskan 10 gaya hidup yang Fun, Vibrant & Meaningful

Logo & Lagu

logo rakan muda terkini

Logo Rakan Muda memaparkan lambang berbentuk dua tangan yang merangkul sebagai simbol kebersamaan, kerjasama dan prihatin terhadap masyarakat. Warna kuning mewakili kegemilangan dan biru melambangkan ketinggian jati diri.

Tatacara penggunaan logo boleh di download menerusi pautan di bawah ;

Lirik Lagu Rakan Muda Terkini

MASANYA TELAH TIBA,

BERTEKAD BERSEMANGAT
CAPAI CITA MURNIMU
PEWARIS ERA JAYA

HARAPAN BANGSA
BERUSAHA DAN BERJAYA
RAKAN MUDA, RAKAN MUDA, RAKAN MUDA

(PRIHATIN, MAHIR, DINAMIK )

RAKAN MUDA, YAKIN BOLEH GEMILANG

Fokus Utama & 10 Gaya Hidup Rakan Muda

Mulai 2023, Kementerian Belia & Sukan Malaysia di bawah YB Hannah Yeoh, telah mengariskan 3 fokus utama Program Rakan Muda iaitu ;

  • Menghangatkan semula jenama Rakan Muda kepada generasi kini melalui 10 gaya hidup yang diberi nafas baru
  • Membangunkan anak muda menerusi penterjemahan minat dan kecenderungan positif
  • Sinergi dengan pelbagai rakan strategik

Baca juga : Definisi & Umur Belia di Malaysia

Manakala 10 gaya hidup yang diperkenalkan KBS dan boleh dipilih oleh setiap ahli merangkumi aspek seperti berikut :

rakan muda 10 gaya hidup

1. Rakan Aktif

Rakan Aktif menekankan kepada penglibatan secara aktif dalam aktiviti sukan, rekreasi dan fizikal bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas. Antara aktivitinya termasuk sukan permainan, pendakian gunung dan ekspedisi lasak.

2. Rakan Bumi

Rakan Bumi memberi penekanan kepada kepekaan dan kepedulian terhadap alam sekitar. Aktiviti seperti kempen kitar semula, penanaman pokok bakau dan penerangan mengenai pemanasan global dilaksanakan.

3. Rakan Demokrasi 

Gaya hidup ini mendedahkan ahlinya dengan proses demokrasi, pilihanraya dan sistem kerajaan di Malaysia. Lawatan ke parlimen, demonstrasi mengundi dan perbahasan berkaitan isu semasa diterapkan.

4. Rakan Digital

Rakan Digital membantu peserta menguasai dunia digital dengan memberikan latihan dan kemahiran berkaitan penggunaan teknologi, aplikasi dan media sosial secara positif dan berhemah. 

5. Rakan Ekspresi

Rakan Ekspresi menggalakkan ahlinya menzahirkan bakat seni dan kreativiti seperti seni khat, pencatan, puisi dan penulisan kreatif untuk pembangunan diri dan menyemai identiti kebudayaan.

6. Rakan Litar

Rakan Litar mempromosi gaya hidup melibatkan aktiviti litar lasak, berkayak, bermotosikal dan sebagainya untuk membina semangat kesukanan dan kehidupan luar bandar.

7. Rakan Mahir

Ini merupakan komponen kemahiran teknikal dan vokasional seperti pertukangan, elektrik, jahitan dan masakan untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan merebut peluang pekerjaan.

8. Rakan Muzik

Rakan Muzik menjana minat ahlinya dalam seni muzik melalui aktiviti seperti persembahan muzik, bengkel nyanyi dan komponen teori dan praktikal muzik untuk mengasah bakat mereka.

9. Rakan Niaga

Rakan Niaga memberikan pendedahan kepada ahlinya tentang dunia keusahawanan dan perniagaan untuk memupuk minda keusahawanan seperti penjenamaan, pemasaran dan merebut peluang perniagaan.  

10. Rakan Prihatin

Gaya hidup Rakan Prihatin memberikan pendedahan kepada ahlinya tentang isu-isu sosial dan kemasyarakatan agar mereka mempunyai sifat prihatin, dermawan dan bertanggungjawab kepada komuniti sekitar.

Kesemua 10 gaya hidup ini membentuk komponen penting untuk melahirkan generasi yang bersahsiah tinggi, berdaya saing dan menyumbang kepada kemajuan negara. Generasi muda diharapkan mengamalkan gaya hidup ini sejak dari peringkat awal lagi.

Manfaat dan Kebaikan Menyertai Program Rakan Muda

Menyertai program Rakan Muda memberi banyak manfaat dan kelebihan kepada para peserta antaranya:

  1. Memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial
  2. Membina kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan 
  3. Mempelajari nilai-nilai murni seperti berdikari, disiplin dan integriti
  4. Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan di kawasan masing-masing
  5. Peluang mewakili Malaysia di program kesukarelawanan antarabangsa
  6. Menerima Sijil Penglibatan Rakan Muda sekali tamat program

Cara Daftar Ahli

Untuk menyertai sebagai ahli Rakan Muda, anda boleh mendaftar secara dalam talian dengan melayari laman web rasmi di https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html. Proses pendaftaran adalah mudah:

  • Klik butang “Daftar” di laman utama
  • Isikan maklumat diri dengan lengkap
  • Muatnaik gambar diri bersaiz passport
  • Pilih nama dan kawasan cawangan Rakan Muda berdekatan
  • Sahkan pendaftaran dengan klik “Hantar”

Selepas pendaftaran berjaya, anda akan menerima e-mel pengesahan beserta maklumat pelantikan dan aktiviti akan datang.

Soalan Lazim

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Rakan Muda, anda juga boleh layari website Kementerian Belia & Sukan (KBS) menerusi https://www.kbs.gov.my/

Bantu kami share artikel ini: