Setiap orang dari semua jantina mempunyai puting tetek. Namun pastinya kegunaan dan funsinya kepada lelaki dan wanita adalah berbeza.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah puting tetak yang sakit atau pedih secara tiba-tiba.
Baca juga:
Apa itu puting tetek?
Puting tetek adalah kawasan yang terangkat di tengah areola, iaitu lingkaran hitam pada payudara.
Ia terletak pada payudara antara rusuk keempat dan kelima yang dikenali sebagai ruang interkostal keempat.
Menariknya, saiz puting tetek setiap orang adalah berbeza-beza. Bahkan bentuknya juga boleh berbeza dari biasa.
Fungsi puting tetek
Bagi wanita yang sudah melahirkan anak, puting tetek memainkan peranan penting dalam menyusui bayi.
Puting mempunyai saluran yang bertindak sebagai tiub yang membawa susu daripada kelenjar yang dikenali sebagai lobulus.
Setiap payudara mengandungi kira-kira 15-25 lobulus. Lobul ini adalah kelenjar yang menghasilkan susu sebagai tindak balas kepada hormon yang dikeluarkan oleh badan.
Berbeza bagi lelaki, walaupun mereka dilahirkan dengan saluran dibawah puting, tetapi tidak ada susu untuk dibawa keluar.
Selain itu, puting ini juga dapat memberikan kenikmatan seksual ketika disentuh atau dirangsang.
Kenapa puting tetak sakit?
Puting tetek anda boleh sakit kerana beberapa faktor. Antara puncanya adalah seperti:
1. Jangkitan puting
Sama seperti ketiak dan kawasan kemaluan, terdapat liang dan folikel rambut mengelilingi puting. Ini boleh menyebabkan tersumbat dan dijangkiti.
Walaupun biasanya dikategorikan sebagai jangkitan kulat, kesakitan tertentu ini juga berasal dari punca lain.
Puting rosak atau rekat, jangkitan kulat faraj sebelum ini, iklim yang hangat dan lembap, atau memakai coli yang kotor atau tidak boleh bernafas adalah punca biasa.
Selain itu, tidak mengeringkan payudara anda dengan baik selepas mandi, dan peluh yang berlebihan boleh menyebabkan pembentukan lembapan dan jangkitan.
2. Perubahan hormon
Sakit atau puting jadi lembut boleh menjadi tanda kehamilan. Sesetengah wanita juga mungkin mengalami kelembutan pada puting dan payudara mereka sebelum atau semasa kitaran haid.
3. Alahan
Kadangkala, penggunaan losyen, sabun, pewangi atau detergen pakaian boleh menyebabkan tindak balas alahan yang mengakibatkan puting sakit.
4. Tindak balas ubat
Setiap ubat mempunyai pelbagai kesan sampingan. Sesetengahnya mungkin akan menyebabkan kesan sakit pada puting tetek anda.
5. Ekzema atau dematitis
Ekzema akan menyebabkan kulit kering, gatal dan meradang. Jika anda pernah mempunyai sejarah mengalami ekzema sebelum ini, ia mungkin menjadi punca puting anda sakit.
6. Bersenam dan bersukan
Aktiviti fizikal seperti berlari, berenang, atau berbasikal boleh menyebabkan ketidakselesaan puting. Ia mungkin berlaku apabila pakaian yang dipakai tidak sesuai dengan rutin senaman anda.
Jika anda berhati-hati untuk memakai pakaian senaman yang betul, ini boleh membantu mengurangkan geseran dengan kulit sensitif anda.
7. Pakaian yang tidak sesuai
Memakai pakaian yang ketat atau diperbuat dri kain yang merengsa boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Untuk mengurangkan masalah ini, anda boleh pilih pakaian yang lembut dan diperbuat daripada fabrik mesra kulit seperti kapas, satin, linen, dan sebagainya.
8. Komplikasi tindik puting
Bagi yang pernah atau gemar tindik puting, anda mungkin boleh mengalami risiko jangkitan bakteria atau kulat.
Hal ini biasa terjadi sekiranya teknik menindik yang digunakan tidak selamat atau penjagaan selepasnya tidak betul sehingga mengakibatkan jangkitan.
9. Masalah semasa menyusukan anak
Teknik menyusu yang salah seperti menyedut dengan kuat, penyepitan yang tidak betul atau faktor lain, boleh juga menyebabkan sakit puting.
10. Kanser payudara
Walaupun simptom ini tidak biasa tetapi puting tetek sakit boleh menjadi tanda amaran keadaan kesihatan yang kronik seperti kanser payudara.
Anda perlu perhatikan dari kebocoran puting, perubahan pada rupa atau rasa payudara, ketulan luar biasa, atau sakit yang berterusan walaupun selepas penjagaan diri.
Cara untuk merawatnya sendiri
Sebelum mengambil ubat-ubatan atau produk tertentu, anda boleh sahaja melegakan rasa sakit puting ini sendiri di rumah.
Antara cara yang boleh anda buat adalah warm or cold compress, pakai coli yang selesa, tidak ketat dan mempunyai material kain yang sesuai.
Selepas mandi pula, pastikan kawasan payudara khususnya puting dilap sehingga kering sebelum memakai coli untuk mengelakkan pertumbuhan kulat atau sebagainya.
Bila perlu jumpa doktor
Sekiranya anda mendapati puting tetek anda sakitnya semakin teruk dan berterusan, anda perlu segera mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar perubatan.
Doktor biasanya akan memberikan anda beberapa ubat tertentu atau krim anti radang atau anti kulat untuk menangani masalah tersebut.
Petua menjaga puting agar sihat
Puting sepatutnya mempunyai pelincir semula jadi supaya ia tidak kekal retak, kering, atau dijangkiti.
Anda boleh membantu puting anda kekal sihat dengan:
- Elakkan membasuh atau mengeringkan puting
- Gunakan hanya air atau sabun lembut untuk membersihkan kawasan tersebut
- Sapukan lanolin selepas menyusu jika puting anda retak
- Menggosok sedikit susu ibu pada puting anda selepas anda menyusu sebagai lapisan pelindung
- Belajar dan menggunakan kaedah penyusuan yang terbaik
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan puting tetek sakit dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Why Do My Nipples Hurt? 4 Possible Causes of Nipple Pain. Healthline
- What is the Cause of Nipple Pain? Understanding and Managing Discomfort PharmEasy