Puteri Balqis – Biodata, Perjalanan Hidup & Fakta Menarik

Puteri Balqis
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Puteri Balqis – Biodata & Fakta Menarik

Puteri Balqis adalah antara salah satu pelakon cilik yang terkenal dan sering muncul di kaca televisyen. 

Meningkat dewasa, Puteri Balqis terus aktif mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan dan hiburan tanah air. Beliau juga aktif dalam media sosial dan suka menulis puisi. 

Mari kenali sosok anak muda ini dengan lebih lanjut melalui perkongsian di bawah. 

BACA JUGA: Rosyam Nor – Biodata & Update Terkini (Drama “Keluarga Itu”)

Siapa Puteri Balqis?

Puteri Balqis atau panggilan manjanya Aqish adalah merupakan seorang pelakon, model, pempengaruh (influencer), penyanyi dan juga penulis buku puisi. 

Dengan bakatnya yang serba boleh, Puteri Balqis berjaya menempah nama dalam dunia seni sejak dari kecil lagi.

Aqish mula dikenali melalui penampilan pertamanya dalam drama Gemilang pada tahun 2011 sebagai pelakon pembantu sebelum meraih peranan utama dalam drama Bicara Hati pada tahun 2012. 

Sejak itu, nama beliau semakin melonjak naik sebagai salah seorang pelakon kanak-kanak paling berbakat di negara ini.

Puteri Balqis telah membintangi pelbagai drama terkenal seperti Astana Cinta Aleesa (2014), Akulah Balqis (2015) dan Andainya Takdir. 

Beliau juga terlibat dalam beberapa telefilem termasuk Pelarian (2012), yang mana lakonannya berjaya memenangi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin 2012. 

Puteri Balqis

Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menjadi pelakon termuda yang memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia. 

Selain daripada dunia lakonan, Aqish juga melibatkan diri bidang penulisan dan menerbitkan buku puisi bertajuk “38 Poems of Puteri Balqis”. Buku keduanya yang bertajuk “The Cry of The Crow” bakal diterbitkan tidak lama lagi. 

Biodata Puteri Balqis 

  • Nama Penuh: Puteri Balqis binti Azizi
  • Nama Panggilan: Aqish
  • Tarikh Lahir: 12 April 2007
  • Tempat Lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Umur: 18 tahun (pada tahun 2025)
  • Kerjaya: Pelakon, model, pempengaruh (influencer), penyanyi, penulis buku puisi
  • Instagram: @morosechild

Perjalanan Kerjaya

  • Memulakan kerjaya lakonan pada usia 2 tahun
  • Penampilan pertama di televisyen dalam drama “Gemilang” (2011)
  • Memegang watak utama pertama dalam “Bicara Hati” (2012)
  • Filem sulung “Strawberi Cinta” (2012)
  • Membintangi drama TV terkenal seperti “Takdir Qismah” (2012), “Astana Cinta Aleesa” (2014), dan “Akulah Balqis” (2015)
  • Membintangi filem-filem seperti “1 Lawan Satu” (2013), “Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!” (2016), dan “KL Special Force” (2018)
  • Terlibat dalam siri antarabangsa HBO Asia “Halfworlds”
  • Membintangi pelbagai drama televisyen termasuk yang terbaru drama”Keluarga Itu”. 
  • Filem terbaru akan datang bertajuk “The Damned” bakal ditayangkan 5 Jun 2025. 

BACA JUGA: Keluarga Itu: Sinopsis Drama, Pelakon & Sedutan Episod 1-30

Pencapaian Puteri Balqis

  • Memenangi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin 2012 untuk telefilem “Pelarian”.
  • Memenangi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 pada 2014.
  • Menjadi pelakon wanita termuda yang memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin.
  • Memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014, mengalahkan pelakon veteran antarabangsa seperti Joan Chen.
  • Dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah P. Ramlee untuk telefilem “Di Mana Kan Ku Cari Ganti”.
  • Disenaraikan oleh Harian Metro sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global pada Jun 2018.

Kehidupan Peribadi Puteri Balqis

Di sebalik kejayaannya, kehidupan peribadi Puteri Balqis tidaklah semudah yang disangka. Beliau pernah melalui fasa sukar dalam kehidupannya, termasuk cabaran kewangan dan masalah kesihatan yang menyebabkan beliau terpaksa berehat seketika daripada dunia hiburan. 

Puteri Balqis

Ibubapanya telah bercerai dan beliau tinggal bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz. 

Dalam satu hantaran Instagramnya (@morosechild), Balqis menyatakan bahawa beliau telah disahkan menghidap autoimmune oleh pihak doktor setelah beberapa kali ujian kesihatan dilakukan ke atasnya.

Puteri Balqis

Pada tahun 2020, Puteri Balqis juga pernah diuji dengan fasa kehidupan yang mencabar dalam hidup mereka.

Ikuti temubual dengan beliau dengan ibunya dalam sedutan di bawah:

Buku Puisi – 38 Poems of Puteri Balqis

Mungkin ramai yang tak tahu, Balqis telah menulis sebuah memoir bertajuk “38 Poems of Puteri Balqis”. Buku ini adalah berdasarkan pengalaman hidupnya. 

Puteri Balqis

Demi memberi kekuatan dan inspirasi pada diri, maka terbitlah buku ’38 Poems of Puteri Balqis’ yang menceritakan kisah suka dukanya sebelum dan sepanjang beliau bergiat aktif dalam dunia seni.

Puteri Balqis

Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapinya, namun dengan semangat dan bakat luar biasa yang dimilikinya, beliau masih lagi kekal teguh dalam industri seni dan berusaha membina kerjaya yang lebih gemilang. 

Dapatkan buku ini di Shopee : https://shopee.com.my/Buku-Poems-Puteri-Balqis-38-Poems-i.78577178.1756538789?sp_atk=822336f4-86a9-4948-a3d1-a1760111409f&xptdk=822336f4-86a9-4948-a3d1-a1760111409f

Lagu ‘Rinduku’ Oleh Puteri Balqis

Tajuk : Rinduku
Penyanyi : Puteri Balqis
Lagu & Lirik : Amirul Rizuan, Puteri Balqis, Arnab Santai
Keyboards – Afiez Azam
OP : Rusa Publishing Sdn Bhd

RINDUKU (LIRIK)

(*)
Ooh hujan
Jatuh membasahi bumi
Gemuruh petir membelah angkasa,
Menemaniku dalam sepiku

(**)
Ooh hujan
Seakan kau mengerti yang ku rasa,
Kau mewakili air mata ini, menyembunyikan kesedihanku.

Reff :
Ku rindu dirimu yang slalu temaniku
Ku rindu akan semua canda tawamu
Bayanganmu slalu hadir sejak kita tak berjumpa, temaniku dalam sepi.
(**)
Ooh hujan
Seakan kau mengerti yang ku rasa,
Kau mewakili air mata ini, menyembunyikan kesedihanku.

Reff :
Ku rindu dirimu yang slalu temaniku
Ku rindu akan semua canda tawamu
Bayanganmu slalu hadir sejak kita tak berjumpa, temaniku dalam sepi.

Ku rindu dirimu yang slalu temaniku
Ku rindu akan semua canda tawamu

Kau menjelma menjadi
malaikat yang menghiasi rinduku slama ini
Kau menjelma menjadi 2x
malaikat yang menghiasi rinduku slama ini

Fakta Menarik Puteri Balqis

  1. Puteri Balqis memulakan kerjaya lakonan pada usia 2 tahun.
  2. Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014 pada usia 7 tahun, mengalahkan pelakon veteran antarabangsa seperti Joan Chen.
  3. Bakat lakonan Puteri Balqis diwarisi daripada datuknya, Mohd Aziz Arifin atau Ken Arifin, yang merupakan pelakon terkenal seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
  4. Pada usia 17 tahun, Puteri Balqis telah diberi kepercayaan untuk melakonkan watak wanita dewasa dalam drama terbarunya. 
  5. Balqis menjadikan bintang Hollywood Dakota Fanning dan Natalie Portman sebagai idolanya dalam bidang lakonan.
  6. Beliau merupakan pelakon kanak-kanak pertama yang menghiasi Slot Akasia TV3 melalui drama “Akulah Balqis”. 
  7. Dalam drama rantaian terbaru “Keluarga Itu”, Puteri Balqis memegang watak Dhamiah. Watak ini dilaporkan memberi tekanan kepada Balqis sehingga menyebabkan rambutnya beruban!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut