Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA) kini menawarkan program pembelajaran Bahasa Jepun menerusi Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA).
Program ini memberi peluang kepada pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti kursus Bahasa Jepun untuk asas dan lanjutan. Lebih menarik lagi, pelajar lepasan MARA-OISCA juga berberpeluang untuk menjalani Latihan Industri di Jepun selama 3 tahun.
Untuk makluman, pengambilan bagi program ini diadakan 5 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mac, Jun, Ogos dan Oktober setiap tahun.
Baca Juga : Tawaran Pembiayaan Program Perakaunan Profesional ACCA Yayasan JCorp
Tarikh Permohonan
Calon yang berminat untuk ikuti program ini boleh hantarkan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 9 September 2022.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama 2 bulan iaitu bermula Oktober sehingga Disember 2022.
Kemudahan Yang Disediakan
Kemudahan yang disediakan kepada peserta yang mengikuti program anjuran Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA ini adalah :
- Elaun Sara Hidup Bulanan.
- Asrama disediakan.
- Yuran pengajian ditanggung MARA.
- Peluang latihan industri di Jepun.
Bidang Yang Diperlukan
Bidang yang diperlukan untuk calon memohon program ini adalah seperti berikut :
- Teknologi Kejuruteraan Automotif.
- Teknologi Kejuruteraan Bangunan.
- Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.
Syarat Permohonan
Pemohon perlu menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Bujang.
- Lelaki.
- Warganegara berumur 20-29 tahun.
- Merupakan Lepasan IPMA.
Cara Memohon Program Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA
Calon yang berkelayakan boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :
- Layari pautan pendaftaran iaitu http://bit.ly/PusatBahasaMaraOisca.
- Klik butang ‘Next.’
- Lengkapkan permohonan dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai program anjuran Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, sila hubungi talian 03-87249344 atau melalui whatsapps 011-13307312.