Program PERMATA Negara – Dibuka Hingga Sept 2025

program permata negara
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program PERMATA Negara (Pusat Anak Permata Negara) – Permohonan Dibuka Hingga Sept 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk menyertai Program PERMATA Negara di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) bagi tahun 2026 kini dibuka. 

Permohonan menyertai Program PERMATA Negara ini dibuka bermula 1 Julai hingga 30 September 2025.

Berikut dikongsikan info-info penting bagi ibu bapa/penjaga yang berminat untuk memohon. Pastikan anda membaca dengan teliti setiap maklumat yang diberikan agar permohonan tidak ditolak. 

BACA JUGA: Program Tabung Warisan Anak Selangor 2025 – TAWAS

Apa itu Program PERMATA Negara?

Program PERMATA Negara ialah sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan memberikan asuhan dan pendidikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah, dengan keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40). 

Program ini bermula sebagai projek perintis pada tahun 2007, digerakkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan profesional dari pelbagai bidang dan kemudiannya diperluaskan ke seluruh negara setelah keberkesanannya terbukti. 

Sebanyak 89 buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) telah dibina di seluruh negara meliputi kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Selain itu, terdapat sebanyak tujuh inisiatif dilaksanakan di bawah Program PERMATA iaitu PERMATA Negara; PERMATA@Pintar; PERMATA Insan; PERMATA Seni; PERMATA Remaja; PERMATA Kurnia; serta PERMATA STEM Talent.

Program-program PERMATA ini merupakan pelengkap kepada sistem pendidikan kebangsaan dan merupakan kesinambungan pendidikan kanak-kanak sejak lahir hingga dewasa seterusnya memastikan bahawa tidak ada kanak-kanak yang tertinggal dalam mencapai kecemerlangan. 

Syarat Kelayakan

  1. Anak pemohon mestilah berumur di antara 1 hingga 4 tahun untuk memasuki program PERMATA Negara.
  2. Gaji suami isteri hendaklah RM 2500 bagi kawasan bandar dan RM 1500 bagi kawasan luar bandar.
  3. Suami isteri serta anak mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  4. Jarak Pusat Anak PERMATA Negara tidak melebihi 10 km dari kawasan rumah atau tempat kerja.
  5. Anak mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan.
  6. Satu anak sahaja untuk setiap keluarga yang layak untuk dimasukkan kecuali anak kembar.
  7. Sekiranya pemohon menghantar 2 permohonan, keutamaan akan diberikan kepada anak yang lebih kecil. 
Program PERMATA Negara - Dibuka Hingga Sept 2025

Pemohon yang menghantar anak ke PERMATA Negara tidak akan dikenakan sebarang yuran kerana ianya merupakan program percuma yang membantu keluarga berpendapatan rendah khususnya.

Permohonan ke Pusat Anak Permata Negara

Permohonan kemasukan program PERMATA Negara dibuka mulai 1 Julai hingga 30 September 2025 bagi pengambilan sesi 2026.

Bagi ibu bapa/penjaga yang berminat untuk memohon, sila layari: https://tinyurl.com/PAPN2026

Kemudian, pilih lokasi mengikut negeri. Klik pautan yang disediakan atau scar QR. Seterusnya,  isi borang dengan maklumat yang diperlukan. 

Program PERMATA Negara - Dibuka Hingga Sept 2025

Dokumen Sokongan

  1. Salinan Sijil Kelahiran Anak.
  2. Salinan Rekod Imunisasi Anak.
  3. Salinan slip gaji/ penyata gaji terkini ibu bapa/ penjaga yang disahkan oleh majikan atau surat perakuan pendapatan bekerja sendiri/ tidak bekerja ibu bapa/ penjaga yang disahkan oleh Ketua Kampung/ Penghulu/ Penggawa/ Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/ Ahli Dewan Undangan Negeri/ Ahli Parlimen / Pesuruhjaya Sumpah.

Tarikh-Tarikh Penting

  • Tarikh Permohonan Dibuka: 1 Julai hingga 30 September 2025 
  • Tarikh Tutup: 30 September 2025 
  • Keputusan permohonan boleh disemak mulai 1 Disember 2025.

NOTA: Pemilihan anak PERMATA Negara adalah tertakluk kepada keputusan Bahagian PERMATA. Keputusan pemilihan anak PERMATA Negara adalah MUKTAMAD. 

Keistimewaan Program PERMATA Negara

Keistimewaan program PERMATA Negara antaranya kerana ia menyediakan pendidikan secara percuma bagi membolehkan kanak-kanak dalam kumpulan berkenaan mengikuti pembelajaran sambil bermain dan menerokai aktiviti-aktiviti kegemaran.

Dalam masa yang sama, program tersebut turut menggalakkan penglibatan ibu bapa bagi mewujudkan kesinambungan dalam aktiviti perkembangan kanak-kanak di rumah dan kerjasama antara pendidik serta komuniti setempat.

Kelebihan lain yang ada pada Program PERMATA Negara ialah penggunaan Kurikulum Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telah dibangunkan pada tahun 2008 yang mempunyai enam bidang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

Program PERMATA Negara - Dibuka Hingga Sept 2025
  • Sasaran utama: Kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 4 tahun ke bawah, terutama dari keluarga berpendapatan rendah (pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah diberi keutamaan).
  • Matlamat: Menyediakan permulaan hidup terbaik melalui asuhan dan pendidikan awal yang holistik, merangkumi perkembangan fizikal, emosi, sosial, dan kognitif kanak-kanak.
  • Pendekatan: Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain (play-based learning) yang diiktiraf sebagai kaedah paling berkesan untuk kanak-kanak kecil meneroka dan belajar dalam suasana menyeronokkan.
  • Kurikulum: Berasaskan Kurikulum Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang merangkumi enam bidang perkembangan utama: fizikal dan psikomotor, awal matematik dan logik, deria dan pemahaman dunia persekitaran, bahasa dan komunikasi, kreativiti dan estetika, serta sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian.
  • Pelaksanaan: Program ini dijalankan di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang terdapat di seluruh negara, termasuk kawasan bandar dan luar bandar. Pendidikan adalah percuma bagi kumpulan sasar.
  • Penglibatan komuniti: Ibu bapa digalakkan terlibat aktif dalam proses pembelajaran anak, dan program ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi serta komuniti setempat untuk memastikan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Senarai Pusat Anak PERMATA Negara

ALAMAT NO TEL
Pusat Anak Permata Negara Batu Pahat
No 7, Jalan Gunung Soga83000 Batu Pahat 
JOHOR
013-7081754
Pusat Anak PERMATA Negara Felda Tenggaroh 2
No.1, Jalan CempakaFelda Tenggaroh 286810 Mersing JOHOR
07-7911059
Pusat Anak PERMATA Negara Parit Guntong
TLJM 336 Parit GuntongMukim Lubok, Semerah83600, Batu Pahat
JOHOR
07-4163036
Pusat Anak PERMATA Negara Segamat
LOT 15550 Mukim Sg SegamatBandar Putra85000 Segamat
JOHOR
07-9432385
Pusat Anak PERMATA Negara Kulaijaya
LOT 23780, Jalan Sri Putri 1/13 Taman Putri, 81000 Kulaijaya
JOHOR
07-662311707-6623257
Pusat Anak PERMATA Negara Pasir Gudang
PTD 158017 Persimpangan Jalan GunungJalan Gunung 41, Bandar Sri Alam81750 Masai
JOHOR
07-3861070
Pusat Anak PERMATA Negara Bukit Peringgit
No. 47 Kuarters Kerajaan75150 Bukit Peringgit
MELAKA
06-2821309
Pusat Anak PERMATA Negara Jasin
Lot PT 5566, Jalan Melaka, Taman Bahagia 77000, Jasin 
MELAKA
06-5292791
Pusat Anak PERMATA Negara Bukit Katil
Lot PT 5497, Kawasan MITC, Ayer Keroh Daerah Melaka Tengah, 75450 
MELAKA
06-2325173
Pusat Anak PERMATA Negara Alor Gajah
Lot PT 7295, Mukim Kelemak (Jalan Hospital Lama)Daerah Alor Gajah, 78000 
MELAKA
06-5562223
Pusat Anak PERMATA Negara Merlimau
Lot 481, Jalan Merlimau-Jasin
Bersebelahan Klinik Kesihatan Merlimau77300 Merlimau  
MELAKA
06-263391306-2634451
Pusat Anak PERMATA Negara Serkam
Lot 3306, Taman Serkam Perdana Jalan Serkam-Bemban 77300 Merlimau 
MELAKA
06-2635224
Pusat Anak PERMATA Negara Gadek
Lot 180, Japerun Lama Gadek78000 Alor Gajah 
MELAKA
06-5547163
Pusat Anak PERMATA Negara Sungai Udang
Lot 2223, Jalan Wira 18Taman Peruna76300 Sungai Udang
MELAKA
06-351004306-3510020
Pusat Anak PERMATA Negara Taboh Naning
Kg. Simpang Ampat Taboh Naning78000 Alor Gajah
MELAKA
06-5520959
Pusat Anak PERMATA Negara Duyong
Lot 3677 dan Lot 3678, Jalan SP 10Taman Semabok Perdana75050 Semabok
MELAKA
06-2815978
Pusat Anak PERMATA Negara Chembong
Rumah Contoh No. 5&6Taman Chembong Jaya71300 Rembau
NEGERI SEMBILAN
06-6853584
Pusat Anak PERMATA Negara Kuala Pilah
Bekas Kediaman Kerajaan JBA(Bersebelahan Rumah Rehat Kuala Pilah)Jalan Bukit, 72000 Kuala Pilah
NEGERI SEMBILAN
06-4810905
Pusat Anak PERMATA Negara Felda Raja AliasNo. 1, Perumahan Feldajaya Selatan72120 Bandar Baru Jempol
NEGERI SEMBILAN
06-4581178
Pusat Anak PERMATA Negara Bagan Pinang
No 18,19,20, Tmn Desa Pinang71000 Port Dickson
NEGERI SEMBILAN
06-646204606-6462043
Pusat Anak PERMATA Negara Rembau
Jalan Ekar 2, Taman Bandar Ekar 71200 Rantau
NEGERI SEMBILAN
06-6941743
Pusat Anak PERMATA Negara Tampin
Taman Gunung Mas, Pekan Tampin Tengah73000 Tampin 
NEGERI SEMBILAN
06- 441469
Pusat Anak PERMATA Negara Jelebu
Kawasan Lapang, Kuarters MengkanJalan Petaling, 71600 Jelebu
NEGERI SEMBILAN
06-6134326
Pusat Anak PERMATA Negara Gemencheh
Kg. Jelawai 73200 Gemencheh 
NEGERI SEMBILAN
06-4310468
Pusat Anak PERMATA Negara Rahang
Jalan Keliling70100 Seremban 
NEGERI SEMBILAN
06-7623525
Pusat Anak PERMATA Negara Subang Jaya
Aras Bawah, Kompleks 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya Jalan PJS 11/2 46000 Bandar Sunway 
SELANGOR
03-56359054
Pusat Anak PERMATA Negara Hulu Selangor
Aras Bawah Blok C, Apartment Kenanga,  Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang SELANGOR
03-60211495
Pusat Anak PERMATA Negara Presint 16
Aras Bawah Kompleks Kejiranan Presint 16, 62150 PUTRAJAYA
03-88811316
Pusat Anak PERMATA Negara Putrajaya
No.5 Jalan P16G, Presint 1662150
PUTRAJAYA
03-8888984403-88889845
Pusat Anak PERMATA Negara Kerinchi
Aras Bawah, Blok F, PPR Kerinchi Jalan Pantai Permai 2, Pantai Dalam59200
KUALA LUMPUR
03-22400221
Pusat Anak PERMATA Negara ATM Desa Tun Hussein Onn 
Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek 50634
KUALA LUMPUR
03-41421735
Pusat Anak Permata Negara TD Sungai Besi
Kem Perdana Sungai Besi 57000
KUALA LUMPUR
03-90562054
Pusat Anak PERMATA Negara PPR Seri Semarak
Tingkat Bawah Blok F, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri SemarakDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lot 28425, Jalan Ayer Keroh, Mukim Setapak53300
W.P. KUALA LUMPUR
03-4031 7966
Pusat Anak PERMATA Negara PPR Air Panas
Tingkat Bawah Blok E, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kolam Air PanasDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)Lot 200429, Jalan Kolam Air Panas, Mukim Setapak53200
W.P. KUALA LUMPUR
03-4144 2300
Pusat Anak PERMATA Negara Bercham
Persiaran Tasik Timur 7, Taman Mewah31400 Bercham
PERAK
05-5482145
Pusat Anak PERMATA Negara Felda Besout
Felda Gunung Besout 135600 Sungkai
PERAK
05-431324005-4313243
Pusat Anak PERMATA Negara Parit Buntar
Lot. 10642, Jalan Persiaran PermaiTaman Kerian Permai34200 Parit Buntar 
PERAK
05-716 2814
Pusat Anak PERMATA Negara Pangkor
Lot. 3765, Kampung Sungai Pinang Besar32300 Pulau Pangkor, Lumut
PERAK
05-6851189
Pusat Anak PERMATA Negara Teluk Intan
Lot. 125 & 127, Jalan Jawa36000 Teluk Intan
PERAK
05-6214844
Pusat Anak PERMATA Negara Hutan Melintang
Parlimen Bagan Datoh,Belakang Bangunan UMNO36400 Hutan Melintang 
PERAK
05-6412620
Pusat Anak PERMATA Negara Padang Rengas
Jalan Seri Permai 5, Taman Seri Permai33700 Padang Rengas
PERAK
05-758321505-7583392
Pusat Anak PERMATA Negara Sungai Siput
RPA Rimba Panjang31100 Sungai Siput (U)
PERAK
05-5972307
Pusat Anak PERMATA Negara Kota Tampan
No.172 Taman Sri Adika RajaJalan Bukit Raja 33400 Lenggong
PERAK
05-767656905-7676570
Pusat Anak PERMATA Negara Pengkalan Hulu
JKA 18, Jalan Sri Adika Raja KPLX Kerajaan 33100 Pengkalan Hulu
PERAK
04-4770669
Pusat Anak PERMATA Negara Gopeng
Lebuh Rapat Baru 19, Taman Song Choon 31350 Ipoh
PERAK
05-311423105-3122461
Pusat Anak PERMATA Negara Kepala BatasTaman Seri Menerong, Mukim 1213300 Tasek Gelugor Seberang Prai Utara
PULAU PINANG
04-5733381
Pusat Anak PERMATA Negara Nibong Tebal
Hadapan 468, Jalan SelamatLot. 500 Sungai Bakap, 14200 Sungai Jawi Seberang Perai Selatan
PULAU PINANG
04-5823146
Pusat Anak PERMATA Negara Balik Pulau
Mukim B, Solok Nelayan 1, Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau11010
PULAU PINANG
04-8662041
Pusat Anak PERMATA Negara Kuala Ketil
Lot. 3610 (GM2517)Pekan Malau, Mukim Bakai09020 Baling
KEDAH
04-4723116
Pusat Anak PERMATA Negara Pokok Sena
Desa KEDA Batu 13Jalan Kuala Nerang06400 Pokok Sena
KEDAH
04-7821459
Pusat Anak Permata Negara Yan
Permatang Kelumpang06900 Yan
KEDAH
04-4655069
Pusat Anak PERMATA Negara Langkawi
Blok B, Medan Budaya,Kompleks LADA, 07000 Kuah, Langkawi
KEDAH
04-9660360
Pusat Anak PERMATA Negara Tambun Tulang
Dewan Serbaguna PerumahanAwam Kos Rendah Tambun Tulang02600 Arau
PERLIS
04-9862677
Pusat Anak PERMATA Negara Kangar
Rumah Kerajaan JKR 395,Jalan Pegawai01000 Kangar
PERLIS
04-9763717
Pusat Anak PERMATA Negara Padang Besar
Lot. 3591, Mukim PayaBeseri, 02400 Kangar
PERLIS
04-9381994
Pusat Anak PERMATA Negara Arau
Bekas Tapak Balai Penghulu02700 Simpang Empat
PERLIS
04-9805546
Pusat Anak PERMATA Negara Dungun
PT 13234 Kg TemiangSeberang Pintasan23000 Dungun
TERENGGANU
09-8454626
Pusat Anak PERMATA Negara Kerteh
Felda Kerteh 523300 Ketengah JayaDungun
TERENGGANU
09-8200012
Pusat Anak PERMATA Negara Pasir Mas
JKR 287 Kg. Kubang Panjang17000 Pasir Mas
KELANTAN
09-7904351
Pusat Anak PERMATA Negara Jeli
Hadapan Pejabat Perhilitan17600 Jeli
KELANTAN
09-944010809-9440061
Pusat Anak PERMATA Negara Felda Chiku 118300 Gua Musang 
KELANTAN
09-9284001
Pusat Anak PERMATA Negara Tumpat
Pengkalan Kubor16210 Tumpat
KELANTAN
09-7211236
Pusat Anak PERMATA Negara Ketereh
Lot 450, Kg Padang Upe 16450 Kota Bharu
KELANTAN
09-7530120
Pusat Anak PERMATA Negara Bachok
Pusat Ko-Kurikulum Kelantan Jab. Pelajaran Kelantan, Tangok16310 Bachok 
KELANTAN
09-7780364
Pusat Anak PERMATA Negara Mempaga
No 28, Felda Jaya Timur Mempaga 28600 KarakPAHANG
09-2222406
Pusat Anak PERMATA Negara Chini
Felda Chini Timur 326690 Chini
PAHANG
09-4571058
Pusat Anak PERMATA Negara Bera
Taman Kerayong Indah28200 Bera
PAHANG
09-2552089
Pusat Anak PERMATA Negara Bentong
Kg. Bukit Gajah, Simpang Pelangai28740 Bentong
PAHANG
09-245026409-2450063
Pusat Anak PERMATA Negara Maran Bersebelahan Perumahan Maran Damai Luit 26500 Maran
PAHANG
09-4771231
Pusat Anak PERMATA Negara Raub
Taman Amalina Lestari 27600 Raub
PAHANG
09-3551675
Pusat Anak PERMATA Negara Kuantan
Astaka Village 26060 Kuantan
PAHANG
09-5344142
Pusat Anak PERMATA Negara Temerloh
Lot 1623, Jalan ¼Taman Tualang Indah28400 Mentakab, Temerloh
PAHANG
09-2770775
Pusat Anak PERMATA Negara Cameron Highlands
Lot 360, Jalan Istana, Tanah Rata 39000 Cameron Highlands
PAHANG
05-4914137
Pusat Anak PERMATA Negara Kota Samarahan
Sublot 8, Blok 1, Desa IlmuJalan Dato Mohd Musa94300 Kota Samarahan 
SARAWAK
082-896231
Pusat Anak PERMATA Negara Sarikei
Jalan KJD, Blok 10, Lot 515Kampung Nyelang, Batu 596507 Meradong, Bintangor
SARAWAK
TIADA
Pusat Anak PERMATA Negara Sibu
Jalan Kemboja, Lot 909, Blok 2, Sibu96000 Sibu
SARAWAK
084-320794
Pusat Anak PERMATA Negara Tuaran
Rumah JKR 7, No. 450389200 Tuaran 
SABAH
088-787195
Pusat Anak PERMATA Negara Beaufort
KM 0.1, Jalan Perumahan JKR Off Jalan Pejabat-Pejabat Kerajaan 89807 Beaufort
SABAH
087-211397
Pusat Anak PERMATA Negara Kota Belud
Jalan Sulidan 89150 Kota Belud
SABAH
088-971476
Pusat Anak PERMATA Negara Papar
Jalan Tanjung Pagar89600 Papar 
SABAH
088-911015
Pusat Anak PERMATA Negara Matunggong
Pejabat Pos Mini Matunggong89058 Kudat 
SABAH
088-611120
Pusat Anak PERMATA Negara Ranau
Jalan SMK Agama Lama Ranau89307, Ranau 
SABAH
088-875286
Pusat Anak PERMATA Negara Kudat
Jalan Flat Persekutuan89058, Kudat 
SABAH
088-611751
Pusat Anak PERMATA Negara Sandakan
Batu 1 1/2, Jalan Phang Kok Yuen90000, Sandakan
SABAH
089-212025
Pusat Anak PERMATA Negara Batu Sapi
D/A Bersebelahan Sekolah Bandar II (SKII) Karamunting, Batu Sapi90009, Sandakan
SABAH
089-611194
Pusat Anak PERMATA Negara Kota KinabaluTaman Keramat Batu 2Jalan Tuaran88100 Kota KinabaluSABAH088-253107
Pusat Anak PERMATA Negara Putatan
Bersebelahan Jabatan Belia dan Sukan SabahJalan Taman Pasir Putih, Putatan88998 Kota Kinabalu
SABAH
087-886214
Pusat Anak PERMATA Negara Penampang
Kampung Inobong, P.O.BOX 33189507, Penampang
SABAH
088-702381
Pusat Anak PERMATA Negara Membakut
Jalan Papar- Beaufort89720, Membakut
SABAH
087-886214

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, info terkini dan maklumat lanjut, sila hubungi: 03-8880 5151 (Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan (KPM)). 

Ikuti media rasmi Program Pertama Negara:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: