Proton S70 (2024) secara rasminya dilancarkan hari ini, 28 November 2023!
Jika sebelum ini PROTON telah memperkenalkan model terbarunya di Tanjong Malim di suatu upacara yang telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Dato’ Hairil Yahri Yaacob. Diberi nama Proton S70 serta tagline “Intelligence that Evolves”, hari ini Proton telah membuat pelancaran rasmi dengan pengumuman harga model dan varian yang ditawarkan.
Sedan baharu ini dilengkapi teknologi keselamatan terkini, enjin turbo 1.5L dan transmisi 7-kelajuan DCT, di mana ia juga bakal membantu PROTON kembali ke pasaran sedan keluarga dengan kerjasama Geely, dan pra-tinjauan pelanggan bermula pada 11 November 2023.
Berikut dikongsikan info yang diperolehi tentang ProtonS70 untuk makluman bersama.
Pelancaran Proton S70 Di Malaysia
S70 boleh dilihat dengan lebih dekat di beberapa lokasi utama di Malaysia bermula 11 November nanti.
Tarikh pelancaran rasmi model ini adalah pada 28 November 2023.
Harga Proton S70 bermula dari RM73,800, terdapat empat varian yang ditawarkan iaitu 1.5 Executive (RM73,800), 1.5 Premium (RM79,800), 1.5 Flagship( RM89,800) dan 1.5 Flagship X (RM94,800).
Semasa pelancaran model Proton Saga facelift pada tahun 2019 lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong telah berkongsi gambar grafik menunjukkan perancangan Proton untuk mengeluarkan sebuah model baru setiap tahun sehingga 2023 nanti.
Setelah pelancaran Proton X70 pada tahun 2019 dan Proton X50 pada tahun 2020, dijangkakan pada tahun 2023 nanti Proton akan melancarkan model sedan baru yang dikenali sebagai Proton S70 bagi menggantikan Proton Waja atau Proton Preve.
Menurut sumber, rekaan asal kereta ini menggunakan model kereta Geely Emgrand dan telah direka semula dengan memasukkan DNA Proton ke dalam kereta sedan ini yang berada di antara segmen B dan C.
Kini segalanya terjawab setelah model tersebut diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya.
VIDEO RASMI OLEH PROTON
Pakej, Gambar Exterior & Interior
Jom kita lihat gambar interior dan exterior kereta ini dan pakej yang diumumkan hari ini:
Rata-rata, ramai netizen meninggalkan komen positif dan tanda LIKE pada visual yang dikongsikan ini.
Pada bahagian gril hadapan beliau telah menggantikan vertical slats dengan rekaan Infinite Weave yang telah menjadi ‘trademark’ sejak model Proton X70 lagi.
Manakala pada bahagian bumper hadapan pula, Theo masih mengekal rekaan yang sama pada Geely Emgrand.
Rekaan dalaman Proton S70 yang lengkap dengan paparan skrin infotainmen, digital instrumen kluster pada dashboard dan stereng lengkap dengan butang pelbagai fungsi.
Ruangan dalam kabin nampak lebih premium dan eksklusif dengan pengunaan tekstur kulit pada beberapa bahagian dalam kereta, sesuai dengan permintaan terkini di pasaran Malaysia.
Spesifikasi & Pilihan Warna
- Enjin 1.5 liter turbo
- Transmisi DCT
Terdapat 4 model dibuka untuk tempahan iaitu
- 1.5T Executive
- 1.5T Premium
- 1.5T Flagship
- 1.5T Flagship X (didatangkan dengan sunroof)
Lihat penerangan bagi setiap varian melalui lampiran di bawah:
Lihat https://www.proton.com/en/models/protons70
Bagi pilihan warna pula, model ini ditawarkan dengan beberapa warna bergantung kepada varian.
Antara pilihan warna yang ditawarkan bagi setiap model termasuklah :
- Snow White
- Armour Silver
- Space Grey
- Passion Red
- Marine Blue
- Teal Bayou Green
- Quartz Black
Harga & Tempahan Proton S70
Tentunya peminat Proton menjangkakan harga sedan ini lebih murah dan mampu milik untuk rakyat Malaysia berbanding model yang seangkatan dengannya.
Harga yang telah diumumkan oleh Proton adalah seperti berikut:
- 1.5T Executive RM73,800
- 1.5T Premium RM79,800
- 1.5T Flagship RM89,800
- 1.5T Flagship X RM94,800
Tak mustahil kereta sedan ini akan menjadi rebutan ramai, kan?
Tempahan kini sudah dibuka di semua cawangan Proton, dengan yuran RM500 sahaja.
Layari https://www.proton.com/en/models/protons70 dan dapatkan update terbaru di Facebook Rasmi Proton Cars
Baca juga: