Proteinuria : Punca Berlaku, Tanda-tanda & Cara Merawatnya

proteinuria
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Protein dalam air kencing atau nama saintifiknya, Proteinuria , merupakan satu keadaan di mana kandungan protein dalam air kencing seseorang individu adalah tinggi. Keadaan ini selalunya merupakan tanda penyakit buah pinggang.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang protein dalam air kencing ini dan punca berlakunya masalah ini. Pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu Proteinuria?

Protein dalam air kencing atau Proteinuria merupakan satu kondisi di mana, terdapat peningkatan tahap protein yang luar biasa di dalam air kencing seseorang individu. Keadaan ini merupakan tanda bahawa terdapatnya masalah pada buah pinggang individu tersebut.

Buah pinggang yang sihat mampu menapis perkara yang tidak diperlukan badan dan menyimpan nutrien penting seperti protein dan vitamin. Oleh itu, apabila jumlah protein yang tinggi ditemui dalam air kencing ia merupakan tanda bahawa buah pinggang anda tidak berfungsi dengan betul.

Dua jenis protein yang biasa dijumpai dalam air kencing adalah albumin yang mengawal isipadu darah dan globulin yang merupakan protein antibodi. Apabila fungsi buah pinggang semakin menurun, jumlah albumin yang didapati dalam air kencing akan meningkat dan menjadi proteinuria.

Punca Berlakunya Proteinuria

Seperti yang dinyatakan di atas, punca utama berlakunya proteinuria ini adalah disebabkan oleh masalah buah pinggang. Keadaan ini biasanya disebut sebagai glomerulonefritis atau nefritis.

Namun begitu, masalah ini juga boleh berlaku disebabkan oleh perkara-perkara lain. Antaranya ialah:

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Obesiti
  • Penyakit Kardiovaskular
  • Sejarah kesihatan keluarga.

Antara sebab lain berlakunya proteinuria sementara yang bukan menjadi tanda kerosakan buah pinggang yang signifikan ialah:

  • Berlaku berikutan senaman berat.
  • Berlaku semasa demam.
  • Berlaku semasa jangkitan saluran kencing

Tanda-tanda Protein Dalam Air Kencing

Kebanyakan orang yang mempunyai proteinuria tidak akan melihat sebarang tanda, terutamanya dalam kes awal atau ringan. Dari semasa ke semasa, apabila ia menjadi lebih teruk, anda mungkin mengalami gejala termasuk:

  • Kencing berbuih
  • Bengkak (edema) di tangan, kaki, perut, dan muka anda
  • Kencing lebih kerap
  • Sesak nafas
  • Kepenatan
  • Hilang selera makan
  • Sakit perut dan muntah
  • Kekejangan otot pada waktu malam
proteinuria-dv

Ujian Pengesanan Proteinuria

Seperti yang dinyatakan dibahagian sebelum ini, proteinuria ini sukar untuk dikenalpasti kerana simptom yang muncul selalunya berlaku apabila penyakit buah pinggang sudah berada pada tahap kronik.

Oleh itu, pemeriksaan berkala di hospital atau di klinik perlu dilakukan bagi menjamin kesihatan kita. Ujian pengesanan proteinuria ini boleh dilakukan di hospital atau klinik dengan beberapa cara. Berikut ialah cara-caranya:

  • Ujian air kencing.
    • Doktor akan menganalisis air kencing anda menggunak strip uji dan melihat tahap protein dalam air kencing
  • Ujian darah.
    • Ujian ini mengukur bahan kimia tertentu untuk memeriksa sejauh mana buah pinggang anda berfungsi.
  • Ujian pengimejan
    • Imbasan CT dan ultrasound boleh mengesan batu karang, tumor, atau penyumbatan lain.
  • Biopsi buah pinggang.
    • Doktor anda mungkin perlu mengambil sampel kecil tisu buah pinggang supaya juruteknik makmal boleh melihatnya di bawah mikroskop.

Sumber: WebMD

Cara Mengurangkan Protein Dalam Air Kencing

Berikut kami senaraikan beberapa tips atau kaedah yang boleh anda amalkan bagi mengurangkan proteinuria ini:

  • Amalkan gaya pemakanan sihat (kurang garam dan minyak).
  • Tukar sumber protein haiwan kepada sumber tumbuhan ( Contohnya tauhu, tempeh, fucuk ATAU anda boleh cuba Minuman Nutrilite Soy Protein)
  • Amalkan pengambilan Omega 3 bagi mengawal tekanan darah.
  • Kurangkan pengambilan gula bagi pesakit diabetes.
  • Pastikan pengambilan air masak adalah mencukupi.

Nutrilite Soy Protein : Alternatif Kepada Protein Haiwan

Nutrilite Soy Protein Drink Stick Packs ialah minuman protein berasaskan tumbuhan yang 100% menggunakan protein soya berkualiti tinggi. Ia direka untuk menyokong gaya hidup aktif dan sihat, membantu mengekalkan otot, memberikan tenaga, dan mudah disediakan di mana-mana sahaja. Minuman ini sesuai untuk mereka yang mencari alternatif protein selain daripada sumber haiwan, serta mereka yang mahukan nutrisi mudah dan praktikal dalam rutin harian.

Berikut antara kelebihan minuman Nutrilite Soy Protein:

  • Pilihan Protein Yang Sedap! – Boleh dicampur dengan air, susu, jus, smoothies, atau tabur pada makanan kegemaran anda.
  • Bebas Kolesterol – Pilihan lebih sihat untuk jantung berbanding sumber protein haiwan.
  • 100% Plant-Based & Mesra Vegan – Dibuat sepenuhnya daripada tumbuhan, menjadikannya alternatif sihat untuk protein haiwan tanpa kolesterol.
  • Protein Berkualiti Tinggi – Mengandungi gabungan protein soya, gandum, dan kacang (tri-blend) dengan PDCAAS 1, memastikan semua 9 asid amino penting mudah diserap tubuh.
  • Meningkatkan Jisim Otot – Sesuai untuk pertumbuhan, pembangunan dan menyokong gaya hidup aktif tanpa perlu bergantung kepada protein haiwan.
  • Mudah & Cepat – Bentuk stick pack membolehkan anda nikmati protein bila-bila masa, di mana sahaja.
  • Mengurangkan Rasa Lapar – Memberi rasa kenyang lebih lama berbanding protein biasa, membantu kawal selera makan.

Cara Merawat Proteinuria

Kaedah merawat proteinuria ini bergantung kepada punca berlakunya masalah ini. Setiap punca memerlukan cara rawatan yang berbeza. Oleh itu, sangat penting untuk anda rujuk semula kepada Doktor, agar rawatan segera dapat dilakukan.

Namun begitu, langkah-langkah pencegahan masih boleh anda lakukan dari awal agar penyakit ini dapat dielak. Berikut kami senaraikan beberapa tips atau kaedah yang boleh anda amalkan bagi mengelakkan berlakunya proteinuria ini:

  • Amalkan gaya pemakanan sihat (kurang garam dan minyak).
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman atau aktiviti riadah.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, dan boleh tukar kepada sumber tumbuhan bagi menampung keperluan badan (tauhu, tempeh, fucuk, dll)
  • Amalkan pengambilan Omega 3 bagi mengawal tekanan darah. (*Anda boleh cuba minyak ikan Nutrilite Salmon Omega Complex)
  • Kurangkan pengambilan gula bagi pesakit diabetes.
  • Pastikan pengambilan air masak adalah mencukupi

NOTA: Omega-3 tidak secara langsung merawat proteinuria, tetapi ia boleh membantu menyokong kesihatan buah pinggang dan mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan masalah ini.

Baca juga: Kelopak Garam : Jenis, Punca & Cara Merawat

Manfaat Omega-3

Terdapat kajian yang mendapati bahawa Omega-3 seperti minyak ikan membantu mengurangkan stres oksidatif – salah satu faktor utama yang mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Ini boleh membantu memperlahankan kesan terhadap masalah buah pinggang termasuk proteinuria.

Sebuah lagi kajian pada tahun 2020 mendapati ia berpotensi membantu mengawal proteinuria dalam sesetengah kumpulan — terutama pesakit diabetes Type 2 dengan pengambilan sekurang‑kurangnya 24 minggu.

Selain proteinuria, Omega‑3 dikatakan mampu menunjukkan kesan positif dalam mengurangkan keradangan, stres oksidatif, dan faktor risiko metabolik & kardiovaskular dalam pesakit buah pinggang kronik / ESRD.

Secara ringkasnya,

  • Sesetengah kajian menunjukkan pengambilan omega-3 seperti minyak ikan boleh mengurangkan sedikit jumlah protein dalam urin, terutamanya jika proteinuria disebabkan oleh penyakit kronik seperti diabetes.
  • Pengambilan Omega-3 seperti minyak ikan membantu mengurangkan keradangan dalam badan.
  • Menyokong kesihatan jantung dan saluran darah, yang penting untuk fungsi buah pinggang.

Kelebihan Nutrilite Salmon Omega Complex

Nutrilite Salmon Omega Complex ialah suplemen minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega‑3, hasil daripada minyak salmon di perairan sejuk serta campuran ikan bilis, sardin dan ikan lain.

Produk ini dihasilkan dengan proses teliti — termasuk penyulingan berulang (molecular distillation) untuk memastikan ketulenan minyak ikan. Ia ditambah antioksidan (Vitamin E / d‑alpha tocopherol) untuk mengekalkan kualiti yang premium.

Setiap softgel (gel lembut) mengandungi, anggaran: ~193.5 mg EPA dan ~137.4 mg DHA (jumlah ~ 330.9 mg omega‑3) dalam satu dos.

Nutrilite Salmon Omega Complex boleh menjadi pilihan suplemen minyak ikan omega-3 yang berkualiti bagi menyokong gaya hidup sihat — terutamanya untuk kesihatan jantung, saluran darah dan sistem vaskular.

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Proteinuria ini anda boleh lihat dalam risalah yang disediakan di bawah:

Sumber: National Kidney Foundation (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia)

Penafian: Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak menggantikan nasihat perubatan profesional. Sila berunding dengan doktor atau pakar kesihatan sebelum mengambil sebarang suplemen, terutama jika anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut