Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan program PROTEGE Maybank kini dibuka untuk graduan baru dalam bidang perbankan, perakaunan dan kewangan .
Apa itu Program PROTEGE Maybank?
Program ini dibangunkan khas oleh Korporat Kumpulan Maybank bagi mendedahkan graduan baru pada alam pekerjaan.
Graduan yang terpilih untuk sertai program PROTEGE Maybank (Ready To Work) akan menjalani latihan selama lapan bulan di tempat kerja di dalam unit perniagaan Maybank Group di seluruh negara.
Program ini selaras dengan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.
Graduan yang menyertai program ini juga bakal diberikan elaun sehingga RM 2,000 sebulan.
Justeru itu, lepasan Ijazah Sarjana Muda sangat digalakkan untuk memohon bagi menggilap potensi di samping meningkatkan kebolehpasaran kerja dan merasai sendiri realiti alam pekerjaan.
Teruskan membaca untuk ketahui butiran mengenai tawaran program ini.
Baca Juga : Program Protege MAIWP : Peluang Kerjaya Untuk Graduan Asnaf
Tempoh Permohonan
Untuk makluman, tempoh permohonan bagi pengambilan PROTEGE Maybank dibuka sehingga 12 Januari 2023.
Syarat-Syarat Kelayakan
Calon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Program terbuka kepada semua graduan baru dengan kelayakan minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan
- Telah menganggur dan masih tidak mendapat pekerjaan
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik
- Mempunyai kemampuan untuk berfikir ke hadapan berdasarkan hasil, motivasi diri serta bersemangat
- Berminat untuk pembelajaran berterusan dan peningkatan kemahiran diri.
Pengkhususan Bidang Pekerjaan
Graduan daripada bidang berikut adalah dipelawa untuk memohon :
- Accounting
- Finance
- Banking/Financial
Kelebihan Program PROTEGE Maybank
Peserta program ini bakal diberikan manfaat seperti berikut :
- Elaun bulanan sebanyak RM 2,000
- Rawatan pergigian
- Perubatan
- Pinjaman
- Kemudahan sukan (contoh : gimnasium)
- Sokongan pendidikan
- Waktu bekerja seperti biasa (Isnin-Jumaat)
Cara Memohon
Graduan yang berminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian sebelum tarih tutup melalui pautan berikut :
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai program PROTEGE Maybank, sila layari pautan berikut :
https://maybankjobs.com/#/details/1698/4/results
Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi graduan yang ingin melangkah ke alam pekerjaan. Semoga berjaya!